Sale!
Original price was: RM28.00.Current price is: RM20.00.
Sale!
Original price was: RM35.00.Current price is: RM20.00.
Sale!

Buku Fizikal

Taufan Al-Aqsa

Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM40.00.Current price is: RM30.00.
Sale!
Original price was: RM70.00.Current price is: RM60.00.
Sale!
Original price was: RM310.00.Current price is: RM160.00.

Soalan

Assalamualaikum ustaz. Seseorang baru teringat bahawa dia terlupa untuk rukuk semasa di sudah berada di tahiyat akhir. Apa perlu dilakukannya? Mohon penjelasan.

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Solat yang sah dan sempurna adalah yang memenuhi rukun-rukun serta syarat-syaratnya. Rukun adalah bahagian yang asas bagi sesuatu perkara. Contohnya dinding bagi sesebuah bilik. Oleh itu bahagian-bahagian solat adalah rukun-rukunnya. Solat tidak akan sempurna dan tidak sah kecuali dengan menyempurnakan kesemua bahagiannya mengikut cara dan susun atur yang datang daripada Rasulullah SAW sebagaimana yang diterimanya daripada Jibril AS. Semua rukun solat dapat kita rumuskan kepada 13 perkara.[1]

Rukun solat adalah perbuatan atau bacaan tertentu yang wajib untuk dilakukan. Rukun  terbahagi kepada empat bahagian. Iaitu rukun qauli, rukun fi’li, rukun qalbi dan juga rukun maknawi. Kesemua rukun ini mempunyai 13 rukun yang wajib untuk dilakukan dengan sempurna di dalam solat yang mana jika ditinggalkan akan menyebabkan solat terbatal. Rukun-rukun ini boleh dijelaskan secara ringkas seperti berikut:

Pertama: Rukun Qauliyyah, iaitu:

  • Takbiratul ihram
  • Bacaan surah al-Fatihah
  • Bacaan tasyahhud akhir
  • Selawat ke atas Nabi SAW serta ke atas keluarga baginda
  • Memberi salam.

Kedua: Rukun Fi’liyyah, iaitu:

  • Berdiri
  • Rukuk
  • I’tidal
  • Sujud
  • Duduk antara dua sujud
  • Duduk tasyahhud akhir.

Ketiga: Rukun Ma’nawiyyah, hanya ada satu iaitu tertib.

Keempat: Rukun Qalbiyyah, hanya ada satu iaitu niat.[2]

Maka tidak boleh untuk meninggalkan rukun-rukun ini kerana ianya boleh menyebabkan solat menjadi batal sama ada ditinggalkan secara sengaja atau tidak sengaja.

Dalam isu di atas, jika hanya syak semata-mata, maka abaikan dan sempurnakan solat kerana perkara yang meragukan tidak menjejaskan perkara yang yakin. Hal ini selaras dengan kaedah:

اليَقِين لَا يُزَالُ بِالشَّكّ

Maksudnya: “Keyakinan tidak dihilangkan dengan syak (keraguan).”[3]

Kaedah ini bermaksud, sekiranya seseorang itu telah memastikan akan sesuatu, kemudian dia berasa syak adakah perkara yang dipastikan itu telah hilang atau tidak, maka asasnya adalah masih kekal perkara yang dipastikan itu. Maka sesuatu itu kekal di atas apa yang telah dipastikan.[4]

Namun, jika dia memang yakin tidak melakukan dengan sengaja, maka perlu ditambah dengan satu lagi rakaat untuk menyempurnakannya. Hal ini juga seperti dalam kaedah:

اليَقِينُ لَا يُزَالُ إِلَّا بِاليَقِين

Maksudnya: “Keyakinan tidak dihilangkan melainkan dengan suatu keyakinan juga.”[5]

Wallahu a’lam.

Bertarikh: 17/11/2021 bersamaan 12 Rabiul Akhir 1443H

[1] Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/141

[2] Lihat al-Taqrirat al-Sadidah, hlm. 208-209

[3] Lihat al-Asybah wa al-Nazair, hlm. 50, 59 dan 263

[4] Lihat Syarah al-Qawa’id al-Fiqhiyyah, hlm. 45

[5] Lihat Mausu’ah al-Qawa’id al-Fiqhiyyah, 9/81

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *