Sale!
Original price was: RM28.00.Current price is: RM20.00.
Sale!
Original price was: RM35.00.Current price is: RM20.00.
Sale!

Buku Fizikal

Taufan Al-Aqsa

Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM40.00.Current price is: RM30.00.
Sale!
Original price was: RM70.00.Current price is: RM60.00.
Sale!
Original price was: RM310.00.Current price is: RM160.00.

Soalan

Siapakah al-Niswah di dalam surah Yusuf? Adakah mereka secara tidak sengaja melukakan tangan mereka disebabkan oleh balasan kepada mereka ataupun disebabkan mereka terpegun dengan Nabi Yusuf AS?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Firman Allah SWT:

وَقَالَ نِسْوَةٌ فِي الْمَدِينَةِ امْرَأَتُ الْعَزِيزِ تُرَاوِدُ فَتَاهَا عَن نَّفْسِهِ ۖ قَدْ شَغَفَهَا حُبًّا ۖ إِنَّا لَنَرَاهَا فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ٣٠﴾‏ فَلَمَّا سَمِعَتْ بِمَكْرِهِنَّ أَرْسَلَتْ إِلَيْهِنَّ وَأَعْتَدَتْ لَهُنَّ مُتَّكَأً وَآتَتْ كُلَّ وَاحِدَةٍ مِّنْهُنَّ سِكِّينًا وَقَالَتِ اخْرُجْ عَلَيْهِنَّ ۖ فَلَمَّا رَأَيْنَهُ أَكْبَرْنَهُ وَقَطَّعْنَ أَيْدِيَهُنَّ وَقُلْنَ حَاشَ لِلَّهِ مَا هَٰذَا بَشَرًا إِنْ هَٰذَا إِلَّا مَلَكٌ كَرِيمٌ

Maksudnya: “Dan (sesudah itu) perempuan-perempuan di bandar Mesir (mencaci hal Zulaikha dengan) berkata: Isteri Al-Aziz itu memujuk hambanya (Yusuf) berkehendakkan dirinya, sesungguhnya cintanya (kepada Yusuf) itu sudahlah meresap ke dalam lipatan hatinya; sesungguhnya kami memandangnya berada dalam kesesatan yang nyata. Maka apabila ia mendengar cacian mereka, dia pun menjemput mereka dan menyediakan satu jamuan untuk mereka, serta memberi kepada – tiap seorang di antara mereka sebilah pisau. Dan pada ketika itu berkatalah ia (kepada Yusuf): “Keluarlah di hadapan mereka”. Maka ketika mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya, dan mereka dengan tidak sedar melukakan tangan mereka sambil berkata: “Jauhnya Allah dari kekurangan! Ini bukanlah seorang manusia, ini tidak lain melainkan malaikat yang mulia.”[1]

Menurut Ibn Kathir, al-Niswah yang dimaksudkan di dalam ini ialah isteri pemerintah dan pembesar. Mereka mengingkari dan mencela isteri al-‘Aziz atas perbuatannya terhadap Yusuf kerana dia adalah isteri seorang menteri.[2]

Manakala al-Baghawi menyatakan di dalam tafsirnya pada ayat “وَقالَ نِسْوَةٌ فِي الْمَدِينَةِ ”: Telah tersebar kisah Yusuf dan isteri al-Aziz di Bandar Mesir. Dikatakan juga di Bandar Ain Syams. Diceritakan bahawa perempuan tersebut ada lima orang sebagaimana pandangan al-Muqatil, iaitu:

  • Isteri pengawal raja
  • Isteri penjaga binatang
  • Isteri pembuat roti
  • Isteri pemberi minuman
  • Isteri pengawal penjara

Dikatakan juga  bahawa al-Niswah di sini ialah wanita-wanita dalam kalangan orang yang mulia di mesir. [3]

Ibn Kathir menyatakan lagi di dalam tafsirnya[4]:

Maka tatkala isteri al-Aziz mendengar cercaan wanita-wanita itu sebagian ahli tafsir mengatakan: “Mendengar perkataan wanita-wanita bahawa cinta telah membawanya untuk berbuat demikian.” Muhammad bin Ishaq mengatakan: “Setelah sampai kepada mereka berita tentang eloknya rupa Yusuf AS. maka mereka ingin menyaksikannya.” Mereka mengatakan hal itu agar mereka dapat melihat dan menyaksikannya sendiri.

Isteri al-Aziz mengundang mereka ke rumah untuk menjamu mereka dan menyediakan untuk mereka tempat duduk yang disediakan, dilengkapi dengan karpet (Permadani), bantal, dan makanan, di antaranya ada yang harus dipotong dengan pisau seperti buah dan lain-lainnya sebagaimana pandangan Ibn Abbas, Sa’id bin Jubair, Mujahid, al-Hasan, as-Suddi.

Isteri al-Aziz memberikan kepada wanita-wanita itu masing-masing sebuah pisau. ini merupakan tipudaya dari Isteri al-‘Aziz, sebagai balasan atas usaha mereka untuk melihat Yusuf. Dia kemudian berkata kepada Yusuf: ‘Keluarlah kamu kepada mereka’. Ini kerana dia menyembunyikan Yusuf di tempat lain.

Apabila Yusuf keluar dan wanita-wanita itu melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya iaitu mereka mengagumi keadaan Yusuf yang sangat menarik, sehingga dengan tidak terasa mereka memotong jari-jari tangan mereka [dengan pisau] kerana tertegun, mengagumi apa yang mereka lihat dari ketampanan Yusuf AS. Mereka mengira bahawa mereka sedang memotong buah-buahan yang ada di tangan mereka dengan pisau. Maksudnya, mereka melukai tangan mereka dengan pisau tersebut. Demikian menurut pendapat kebanyakan ahli tafsir. Kemudian mereka berkata: ‘Maha sempurna Allah, ini bukanlah manusia. Sesungguhnya ini tidak lain hanyalah malaikat yang mulia.”

Nabi Yusuf AS merupakan seorang yang sangat tampan sebagaimana hadith yang diriwayatkan dalam hadith yang panjang yang menceritakan kisah isra’ dan mikraj, daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda:

فَإِذَا أَنَا بِيُوسُفَ عَلَيْهِ السَّلَامُ، وَإِذَا هُوَ قَدْ أُعْطِيَ شَطْرَ الْحُسْنِ قَالَ: فَرَحَّبَ بِي وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ

Maksudnya: Ketika aku bertemu dengan Nabi Yusuf AS, ternyata dia telah dikurniakan sebahagian daripada keindahan. Dia terus menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan.[5]

Ibn al-Qayyim menjelaskan makna hadith ini: Zahir daripada makna hadith bahawa Yusuf AS secara khusus memiliki separuh ketampanan semua manusia. Manakala baki separuh ketampanan  dibahagikan kepada semua manusia lainnya.[6]

Beliau kemudian membawakan juga pandangan sebahagian ulama’ lain, katanya: Sebahagian ulama menyebutkan, maksud hadith bahawa Yusuf diberi separuh ketampanan yang dimiliki Muhammad SAW. Sehingga, Nabi SAW berada di puncak ketampanan, sementara Yusuf hanya mencapai separuh ketampanan baginda.[7]

Al-San’ani di dalam al-Tanwir Syarh al-Jami’ al-Saghir[8] berkata: Dikatakan bahawa tidak diberikan keindahan kepada yang lain lebih daripada Yusuf, kerana ia merupakan kelebihan dan fadhilat yang Allah SWT berikan kepada Yusuf.

Manakala Ibn Kathir di dalam al-Bidayah wa al-Nihayah menyatakan bahawa maknanya, Yusuf diberi separuh daripada ketampanan Nabi Adam.[9]

Disebabkan oleh ketampanan Nabi Yusuf AS, perempuan-perempuan tersebut terkedu dan terpegun akan keindahannya sehingga mereka melukakan tangan mereka tanpa mereka sedari.

Kesimpulan

Akhir kalam, kami nyatakan bahawa al-Niswah di dalam Surah Yusuf dimaksudkan adalah isteri-isteri pembesar dan pemerintah sebagaimana pandangan daripada Ibn Kathir. Manakala, sebab mereka melukakan tangan mereka dengan pisau yang diberikan oleh Isteri al-Aziz adalah disebabkan oleh terpegun akan keindahan dan ketampanan Nabi Yusuf AS, dan hasil helah daripada isteri al-Aziz itu sendiri sebagai balasan kepada mereka kerana mengutuknya atas perbuatan buruk tersebut. Wallahu’alam.

Namun begitu, perbuatan isteri al-Aziz dan juga al-Niswah di dalam surah Yusuf ini ini bukanlah bermakna bahawa mereka dalam kalangan orang yang jahat, tetapi perbuatan mereka tersebut yang mereka lakukan adalah disebabkan oleh perasaan tidak dapat menahan cemburu dan juga ghairah apabila melihat ketampanan Nabi Yusuf AS.

Akhirnya, semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman dalam memahami agama ini. Kami akhiri dengan doa:

اللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اِتِّبَاعه وَأَرِنَا الْبَاطِل بَاطِلًا وَارْزُقْنَا اجْتِنَابه وَلَا تَجْعَلهُ مُتَلَبِّسًا عَلَيْنَا فَنَضِلَّ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya:Ya Allah, tunjukkanlah kami kebenaran itu sebagai kebenaran dan rezekikan kami untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kami untuk menjauhinya dan janganlah Kamu jadikannya keliru atas kami yang menyebabkan kami menyimpang dari kebenaran dan jadikanlah kami bagi orang yang bertaqwa sebagai pemimpin.”

Wallahua`lam.

Bertarikh: 28 Januari 2022 bersamaan 25 Jamadil Akhir 1443H

 

[1] Surah Yusuf: 30

[2] Lihat Tafsir Ibn Kathir, 4/284

[3] Lihat Tafsir al-Baghawi, 2/488

[4] Lihat Tafsir Ibn Kathir, 4/285

[5] Riwayat Muslim (162)

[6] Lihat Badai al-Fawaid, 3/723

[7] Lihat Badai al-Fawaid, 3/723

[8] Lihat al-Tanwir Syarh al-Jami’ al-Saghir, 2/496

[9] Lihat al-Bidayah wa al-Nihayah, 1/97

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *