Sale!
Original price was: RM28.00.Current price is: RM20.00.
Sale!
Original price was: RM35.00.Current price is: RM20.00.
Sale!

Buku Fizikal

Taufan Al-Aqsa

Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM40.00.Current price is: RM30.00.
Sale!
Original price was: RM70.00.Current price is: RM60.00.
Sale!
Original price was: RM310.00.Current price is: RM160.00.

Soalan:         

Assalamualaikum w.b.t. Adakah keberkatan air zamzam terikat dengan kawasan tanah haram Makkah dan Madinah sahaja atau umum semua tempat? Terima kasih.

Jawapan:

Waalaikumussalam w.b.t.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Kami mulakan dengan firman Allah SWT:

رَّبَّنَا إِنِّي أَسْكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِندَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُوا الصَّلَاةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِّنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُم مِّنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ

Maksudnya: “(Nabi Ibrahim berkata): Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumah-Mu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian daripada manusia tertarik kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka daripada berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.’”[1]

Air zamzam merupakan penghulu bagi segala air dan sebaik-baik air di atas muka bumi ini. Zamzam adalah nama bagi sebuah telaga yang berada di dalam Masjidil Haram di Makkah. Kemunculan telaga ini adalah pada zaman Nabi Ismail bin Ibrahim A.S, apabila Allah SWT telah sediakan air dari telaga ini bagi menghilangkan kelaparan dan dahaga buat dirinya dan ibunya, apabila mereka sudah kehabisan bekalan air di Makkah yang tandus pada ketika itu.

Di antara keistimewaan air Zamzam ini ialah ia merupakan air yang diberkati dan boleh mengenyangkan sesiapa yang meminumnya. Hal ini adalah sebagaimana hadith daripada Abu Zar R.A bahawasanya Nabi SAW bersabda:

إِنَّهَا مُبَارَكَةٌ إِنَّهَا طَعَامُ طُعْمٍ

Maksudnya:Sesungguhnya air Zamzam ialah air yang penuh dengan keberkatan dan mengandungi makanan yang mengenyangkan.[2]

Tambahan lagi, air zamzam juga merupakan sebaik-baik air yang ada di atas muka bumi dan penawar daripada penyakit. Terdapat sebuah riwayat daripada Abdullah bin Abbas, bahawa Nabi SAW bersabda:

خَيْرُ مَاءٍ عَلَى وَجْهِ الْأَرْضِ مَاءُ زَمْزَمَ فِيهِ طَعَامٌ مِنَ الطُّعْمِ وَشِفَاءٌ مِنَ السُّقْمِ

Maksudnya:Sebaik-baik air di atas muka bumi ialah air zamzam, padanya terdapat makanan yang mengenyangkan dan penawar daripada penyakit.[3]

Selain itu, al-Munawi ada menyebutkan bahawa air zamzam adalah penghulu bagi segala air, merupakan air yang paling mulia, paling berharga dan paling disukai oleh manusia. Ia telah digali oleh malaikat Jibril dan diberi minum kepada Nabi Ismail A.S.[4]

Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan bahawa air zamzam mempunyai kelebihan dan fadhilat tertentu seperti mengenyangkan dan penawar bagi segala penyakit. Selain itu, ia juga merupakan sebaik-baik air di atas muka bumi dan air yang diberkati.

Secara zahirnya, hadith-hadith mengenai kelebihan air zamzam bersifat umum dan tidak terikat dengan kemuliaan Tanah Haram. Oleh itu, di mana sahaja air zamzam dibawa, keberkatan dan fadhilatnya kekal sebagaimana yang asalnya, selagi mana tiada nas atau dalil yang menunjukkan bahawa keberkatannya terikat dengan kemuliaan Tanah Haram.

Perkara ini dijelaskan lagi oleh al-Sakhawi yang menyatakan bahawa sebahagian orang menyebut kelebihan air zamzam itu kekal selagi mana masih berada di tempatnya — yakni Makkah. Apabila dipindahkan air zamzam tersebut, maka ia berubah — yakni kelebihannya itu hilang. Pendapat ini tiada asal (tidak berasas). Hal ini kerana ‘Ata’ pernah ditanya berkenaan hukum membawanya keluar dari Makkah dan beliau menjawab dengan menyebutkan bahawa sesungguhnya Nabi SAW, Hasan dan Husain pernah membawa air zamzam keluar dari Makkah.[5]

Begitu juga, Syeikh Muhammad bin Soleh pernah ditanya mengenai adakah disyaratkan bagi mendapatkan kelebihan air zamzam, mesti meminumnya di Makkah? Beliau menjawab dengan menyatakan bahawa tidak disyaratkan sedemikian dan Nabi SAW sendiri tidak mengikat kelebihan tersebut hanya khusus di Makkah.[6]

Bahkan Syeikh al-Syibramalisi pernah menyebutkan bahawa kelebihan air zamzam itu merangkumi bagi mereka yang meminumnya sekalipun bukan pada tempatnya — yakni di Makkah.[7]

Selain itu, para ulama juga telah sepakat akan keharusan membawa air zamzam ke seluruh negeri bagi tujuan bertabarruk — yakni mengambil berkat — dengannya sebagaimana telah disebutkan oleh Dr. Nasir bin ‘Abd al-Rahman dalam kitabnya.[8]

Kesimpulannya

Berdasarkan kepada perbahasan dan perbincangan di atas, kami berpendapat bahawa keberkatan dan kelebihan air zamzam tidak terikat dengan kemuliaan Tanah Haram sama ada Makkah mahupun Madinah. Hal ini kerana nas hadith juga menunjukkan kepada zat air zamzam itu sendiri. Oleh itu, di mana sahaja air zamzam dibawa, keberkatan dan fadhilatnya kekal sebagaimana yang asalnya. Dakwaaan bahawa kelebihannya hilang apabila dibawa keluar atau dipindahkan adalah tidak berasas dan tiada asalnya sebagaimana yang telah dinyatakan oleh al-Sakhawi.

Perkara ini dikuatkan lagi dengan beberapa riwayat yang menyebutkan bahawa Baginda SAW sendiri pernah membawa air zamzam ketika bermusafir. Malah ada sebahagian ulama menyebutkan disunatkan untuk membawa air zamzam keluar dari Makkah dan kelebihannya tetap ada — yakni kekal.[9]

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Wallahua‘lam.

Bertarikh: 28 Januari 2022 bersamaan 25 Jamadil Akhir 1443H

[1] Surah Ibrahim: 37

[2] Riwayat Muslim (2473)

[3] Riwayat al-Fakihi dalam Akhbar Makkah (1106); al-Tabarani (11167); al-Dhiya’ dalam al-Ahadith al-Mukhtarah (137); Lihat juga Majma‘ al-Zawaid wa Manba‘ al-Fawaid, 3/286; Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, 3/44-45; perawi-perawinya adalah thiqah dan telah disahihkan oleh Ibn Hibban.

[4] Lihat Faid al-Qadir Syarh al-Jami‘ al-Saghir, 5/404.

[5] Lihat al-Maqasid al-Hasanah, hlm. 569; al-Tabarruk, (Cet. Maktabah al-Rusyd), hlm. 293-294.

[6] Lihat  Fatawa Nur ‘ala al-Darb, 6/2.

[7] Lihat Hasyiah Nihayah al-Muhtaj, 3/318.

[8] Lihat al-Tabarruk, (Cet. Maktabah al-Rusyd), hlm. 293.

[9] Lihat Hasyiah al-Sawi ‘ala al-Syarh al-Saghir, 2/44.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *