Sale!
Original price was: RM28.00.Current price is: RM20.00.
Sale!
Original price was: RM35.00.Current price is: RM20.00.
Sale!

Buku Fizikal

Taufan Al-Aqsa

Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM40.00.Current price is: RM30.00.
Sale!
Original price was: RM70.00.Current price is: RM60.00.
Sale!
Original price was: RM310.00.Current price is: RM160.00.

Soalan

Assalamualaikum. Apa hukum saling bersalaman ketika wabak Covid-19 masih sedang menular dan merebak dalam masyarakat?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Sunnah Saling Bersalaman

Tidak dinafikan bahawa bersalaman di atas tujuan mengeratkan hubungan silaturrahim kerana Allah SWT merupakan suatu kemuliaan dan dijanjikan pengampunan dosa. Ini sepertimana hadith yang diriwayatkan oleh al-Barra’ bin Azib, sabda Nabi SAW:

مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَلْتَقِيَانِ فَيَتَصَافَحَانِ إِلاَّ غُفِرَ لَهُمَا قَبْلَ أَنْ يَفْتَرِقَا

Maksudnya: “Tidaklah dua orang Muslim itu bertemu lalu mereka bersalaman melainkan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah.”[1]

Berjabat tangan atau bersalaman ketika berjumpa itu adalah sunnah hukumnya. Hal ini sudah menjadi ijma’ dalam kalangan para alim ulama’. Ibn Battal turut menyebut bahawa hukum asal berjabat tangan itu adalah baik dan sangat elok menurut para ulama’ secara amnya.[2]

Perbuatan ini juga telah dinaskan oleh kebanyakan para ahli feqah bahawa bersalaman adalah sunnah dengan berdalilkan kepada sejumlah khabar-khabar yang sahih dan juga hasan.[3]

Hukum Bersalaman Ketika Penularan Wabak Covid-19

Dalam isu bersalaman, buat masa ini, keadaan di Malaysia alhamdulillah sudah terkawal, namun masih lagi dalam keadaan pengawasan dan pemerhatian kerana kebolehjangkitan masih lagi berlaku. Maka kita dituntut untuk berusaha dengan sebaik mungkin bagi mengelakkan diri daripada menyumbang kepada penularan virus tersebut. Ini kerana, sentuhan merupakan salah satu cara yang boleh menyebabkan virus tersebut semakin menular. Oleh sebab itu, kami berpandangan dengan tidak bersalaman adalah lebih sesuai buat masa ini sebagai jalan ihtiyat (berjaga-jaga) dan juga cara atau inisiatif bagi mengekang virus ini daripada terus menular walaupun pada asalnya ia merupakan satu sunnah.

Hal ini disebabkan, terdapat satu riwayat yang sahih daripada Nabi SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim berkaitan arahan Nabi SAW agar menjauhkan diri daripada orang yang dijangkiti penyakit kusta ini. Ini kerana, penyakit kusta merupakan penyakit yang berjangkit. Maka arahan Nabi SAW agar menjauhkan diri adalah bagi mengekang penularan penyakit tersebut kepada orang lain atau kawasan lain yang tidak dijangkiti.

Daripada al-Syarid bin Suwaid R.A, katanya:

كَانَ فِي وَفْدِ ثَقِيفٍ رَجُلٌ مَجْذُومٌ، فَأَرْسَلَ إِلَيْهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّا قَدْ بَايَعْنَاكَ فَارْجِعْ

Maksudnya: “Dalam delegasi daripada Bani Thaqif terdapat seorang lelaki yang terkena penyakit kusta. Maka Rasulullah SAW mengutuskan seorang utusan untuk menyampaikan berita kepadanya bahawa: Kami telah menerima bai’ah kamu, maka pulanglah.”[4]

Menurut Imam al-Nawawi di sana terdapat dua hadith yang dilihat terdapat percanggahan dalam berinteraksi dengan orang yang mempunyai penyakit kusta ini. Kebanyakan ulama’ cenderung untuk menghimpunkan antara dua riwayat tersebut dengan menyatakan arahan Nabi SAW agar menjauhi atau melarikan diri daripada orang yang berpenyakit kusta ini adalah bersifat sunat dan bagi tujuan berhati-hati.[5]

Hal ini juga selaras dengan arahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar meminimumkan sentuhan seperti bersalaman ini kerana virus tersebut mampu tersebar dengan cara tersebut. Oleh sebab itu, kami amat menyokong seruan KKM agar bersalaman itu dilakukan dengan cara mengisyaratkan tangan ke dada bagi tujuan mengelakkan bersentuhan.

Di samping itu, kita juga digalakkan untuk mengucapkan salam ketika mengisyaratkan tangan ke dada dengan disertakan senyuman. Ini kerana, memberi salam dan melontarkan senyuman merupakan sunnah yang amat dianjurkan oleh Nabi SAW sebagaimana di dalam riwayat berikut:

  • Daripada Abdullah bin ‘Amr bin al-As R.A, katanya:

أنَّ رجلًا سأَل النبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم: أيُّ الإسلامِ خيرٌ؟ قال: تُطعِمُ الطعامَ، وتَقرَأُ السلامَ على مَن عرَفتَ، وعلى مَن لم تَعرِفْ

Maksudnya: “Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah SAW: Islam manakah yang paling baik? Nabi SAW bersabda: “Kamu memberi makan dan mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal atau yang tidak kamu kenal.”[6]

  • Daripada Abu Zar R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:

لَا تَحْقِرَنَّ مِنَ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا، وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ

Maksudnya: “Janganlah kamu menganggap remeh apa-apa amalan yang baik walaupun kebaikan itu dengan sekadar menunjukkan muka yang manis (senyum) ketika bertemu dengan saudaramu.”[7]

 

Kesimpulan

Melihat kepada beberapa pertimbangan di atas, maka kami cenderung kepada tidak bersalaman buat masa ini sehingga keadaan kembali seperti sediakala. Akan tetapi, bersalaman boleh dilakukan dengan cara mengisyaratkan tangan ke dada atau jika dipastikan keselamatan bagi kedua-dua belah pihak sepertimana yang telah kami jelaskan di atas. Wallahu a’lam.

Bertarikh: 28/10/2021 bersamaan 21 Rabiul Awwal 1443H

 

[1] Riwayat Abu Daud (5212) dan al-Tirmizi (2727). Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan gharib.

[2] Lihat Fath al-Bari, 11/55 dan Tuhfah al-Ahwazi, 7/426

[3] Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 37/356

[4] Riwayat Muslim (2231)

[5] Lihat al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 14/228

[6] Riwayat al-Bukhari (5767)

[7] Riwayat Muslim (2626)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *