Sale!
Original price was: RM28.00.Current price is: RM20.00.
Sale!
Original price was: RM35.00.Current price is: RM20.00.
Sale!

Buku Fizikal

Taufan Al-Aqsa

Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM40.00.Current price is: RM30.00.
Sale!
Original price was: RM70.00.Current price is: RM60.00.
Sale!
Original price was: RM310.00.Current price is: RM160.00.

Soalan

Bagaimana cara untuk menentukan waktu solat di dalam kapal terbang?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Solat lima waktu sama Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak pada asalnya dilakukan pada waktunya. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ كَانَتْ عَلَى ٱلْمُؤْمِنِينَ كِتَـٰبًا مَّوْقُوتًا

Maksudnya:Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.”[1]

Sheikh Mustafa Al-Maraghi menyebut bahawa Allah SWT menjadikan waktu solat itu ada waktu yang khusus untuk ditunaikan. Ini bermakna bahawa hukum Allah ini adalah kefardhuan yang mesti dilaksanakan dalam tempoh yang tertentu dengan segera yang mungkin. Antara hikmahnya ialah jika tiada tempoh waktu yang khusus maka manusia pasti tidak akan melakukannya ataupun melakukan dalam keadaan cuai dan leka.[2]

Begitu juga firman Allah SWT:

وَأَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَى لِلذَّاكِرِينَ

Maksudnya: Dan dirikanlah sembahyang, pada dua bahagian siang, dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.[3]

Imam al-Qurtubi di dalam tafsirnya menyebut bahagian pertama siang itu bermaksud solat fardu subuh, dan bahagian kedua siang itu merangkumi solat fardu zuhur dan asar. Manakala solat malam pula merangkumi solat fardu maghrib dan isyak.[4]

Waktu Solat Lima Waktu

Daripada Abdullah bin Amr RA, Rasulullah SAW bersabda:

وَقْتُ الظُّهْرِ إِذَا زَالَتْ الشَّمْسُ وَكَانَ ظِلُّ الرَّجُلِ كَطُولِهِ مَا لَمْ يَحْضُرْ الْعَصْرُ وَوَقْتُ الْعَصْرِ مَا لَمْ تَصْفَرَّ الشَّمْسُ وَوَقْتُ صَلَاةِ الْمَغْرِبِ مَا لَمْ يَغِبْ الشَّفَقُ وَوَقْتُ صَلَاةِ الْعِشَاءِ إِلَى نِصْفِ اللَّيْلِ الْأَوْسَطِ وَوَقْتُ صَلَاةِ الصُّبْحِ مِنْ طُلُوعِ الْفَجْرِ مَا لَمْ تَطْلُعْ الشَّمْسُ فَإِذَا طَلَعَتْ الشَّمْسُ فَأَمْسِكْ عَنْ الصَّلَاةِ فَإِنَّهَا تَطْلُعُ بَيْنَ قَرْنَيْ شَيْطَانٍ.

Maksudnya: “Waktu solat zuhur adalah jika matahari telah tergelincir dan bayangan sesorang seperti panjangnya selagimana belum tibanya waktu solat Asar. Waktu solat Asar selagimana matahari belum menguning. Waktu solat maghrib selagimanwa warna merah (syafaq) belum menghilang. Waktu solat isya` sehingga tengah malam, dan waktu solat Subuh bermula terbitnya fajar selagimana matahari belum terbit, jika matahari terbit, maka tahanlah daripada melakukan solat, kerana ia terbit di antara dua tanduk syaitan.”[5]

Menentukan Waktu Solat dalam Penerbangan 

Musafir dengan kapal terbang pada masa kini mempunyai suasana khususnya yang tersendiri dan sering menimbulkan pertanyaan kepada mereka yang mencari dan menentukan bilakah mula dan berakhirnya sesuatu waktu solat itu.  Walaubagaimanapun suasana musafir sebegini bukan alasan untuk dijadikan faktor keuzuran untuk tidak berusaha mencari dan menentukan waktu solat. Hal ini kerana setiap penerbangan itu tetap tertakluk kepada suasana siang dan malam dan tetap berada di bawah pancaran sinar matahari, sama ada bayangan atau cebisan cahayanya. Maka oleh itu adalah tetap wajib bagi setiap muslim yang sedang bermusafir dalam penerbangan, mencari dan menentukan waktu solatnya.

Berdasarkan persoalan di atas, antara perkara yang boleh menjadi rujukan dalam penentuan waktu solat ialah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim berkenaan waktu solat. Jika perjalanan tersebut pada waktu malam sehingga melangakui waktu siang, waktu untuk solat subuh boleh diketahui melalui terbitnya fajar dengan kemunculan cahaya semasa keberadaan seseorang itu di dalam kapal terbang.

Manakala solat zuhur dan asar, boleh dilakukan dengan bermulanya waktu zohor dan dijama’kan dengan waktu asar dengan mengambil kira rukhsah permusafiran yang terdapat dalam syara’.   Waktu zohor bermula apabila tergelincirnya matahari. Adapun solat Maghrib dan Isya, lebih mudah untuk mengetahuinya, iaitu ketika matahari telah terbenam, maka masuklah waktu solat Maghrib. Pada waktu itu, solat Maghrib boleh dijama’kan dengan Isya’ dengan jama’ taqdim, sebagaimana ditangguhkan solat Maghrib untuk dijama’kan dengan solat Isya’ dengan jama’ ta’khir.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, kami menyatakan bahawa penentuan waktu solat di dalam kapal terbang bergantung kepada keberadaan pesawat itu sendiri, dan juga terbit dan tenggelamnya matahari. Untuk lebih mudah, rujuklah pada krew penerbangan berkenaan keberadaan pesawat dan juga berkenaan dengan waktu solat. Bahkan rukhsah untuk menjama’kan solat dan menqasarkannya boleh diambil untuk kemudahan mereka yang bermusafir dan berada di atas kapal terbang.

Berkenaan dengan solat jama’ dan qasar di dalam penerbangan, kami telahpun menjawabnya di dalam artikel bertajuk #solat jama’ dan qasar di dalam penerbangan.

Akhirnya, semoga dengan sedikit penjelasan yang diberikan ini mampu memberikan kepada kita sedikit kefahaman dalam menjalani kehidupan seharian yang lebih baik. Amin.

Wallahua`lam.

Bertarikh: 29 Mac 2022 bersamaan 26 Syaaban 1443H

[give_form id=”14962″]

 

[1] Surah Al-Nisa : 103

[2] Lihat Tafsir Al-Maraghi, 5/143-144

[3] Surah Hud: 114

[4] Lihat Tafsir al-Qurtubi, 9/108-109

[5] Riwayat Muslim (612)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *