Sale!
Original price was: RM28.00.Current price is: RM20.00.
Sale!
Original price was: RM35.00.Current price is: RM20.00.
Sale!

Buku Fizikal

Taufan Al-Aqsa

Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM40.00.Current price is: RM30.00.
Sale!
Original price was: RM70.00.Current price is: RM60.00.
Sale!
Original price was: RM310.00.Current price is: RM160.00.

Soalan

Assalamualaikum ustaz. Adakah perlu diganti semula sesuatu ibadah yang telah dikerjakan dengan yakin, namun kemudiannya didapati ia adalah salah?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Perkara adalah mengikut kepada situasi. Sebagai contoh, dalam isu menghadap kiblat, Imam al-Nawawi menjelaskan: “Sesiapa yang solat dengan ijtihad lalu yakin telah tersilap, dia perlu melakukan qadha’ mengikut pendapat yang zahir, sekalipun dia jika yakin padanya (kemudian diketahui salah) wajib dia memulakan semua (qadha).”[1]

Antara contoh lain, dalam itu jika terlihat najis di badan selepas solat, Imam al-Nawawi menyebut: “Mazhab kami (al-Syafie) mengatakan sesungguhnya menghilangkan najis itu ialah syarat sah solat. Justeru, jika seseorang mengetahuinya, maka tidak sahlah solatnya tanpa khilaf. Sekalipun dilakukannya kerana lupa atau jahil, maka mazhab menyatakan bahawa solatnya tetap tidak sah.”[2]

Meskipun begitu jika boleh diandaikan contohnya, selepas solat dan menyedari najis tahi cicak di tapak kaki selepas beberapa minit, maka diandaikan najis itu datang terkena kepada badan selepas solat bukan semasa di dalam solat.

Wallahu a’lam.

Bertarikh: 28/10/2021 bersamaan 21 Rabiul Awwal 1443H

[1] Lihat Minhaj al-Talibin, 1/73

[2] Lihat al-Majmu’, 3/131

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *