Sale!
Original price was: RM28.00.Current price is: RM20.00.
Sale!
Original price was: RM35.00.Current price is: RM20.00.
Sale!

Buku Fizikal

Taufan Al-Aqsa

Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM40.00.Current price is: RM30.00.
Sale!
Original price was: RM70.00.Current price is: RM60.00.
Sale!
Original price was: RM310.00.Current price is: RM160.00.

Soalan

Apakah bacaan doa qunut yang warid daripada Nabi SAW?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Doa qunut ialah zikir yang khusus yang mengandungi ucapan doa dan puji-pujian kepada Allah SWT. Ia boleh untuk diucapkan dengan apa-apa lafaz yang mempunyai dua unsur ucapan tersebut termasuk ayat-ayat al-Quran dengan syarat hendaklah seseorang itu berniat membaca doa qunut.

Hal ini sepertimana yang disebutkan di dalam Kasyifah al-Saja Syarh Safinat al-Naja, bahawa Qunut ialah zikir yang khusus yang merangkumi doa dan puji-pujian kepada Allah SWT. Ia boleh diucapkan dengan apa-apa lafaz yang membawa makna kedua-dua unsur tersebut, contohnya: “Ya Allah, ampunkan dosaku, wahai Yang Maha Pengampun.” Maka, doa terhasil dengan lafaz ‘ampunkan’ dan puji-pujian terhasil dengan lafaz ‘Yang Maha Pengampun’. Contohnya lagi: “Kasihanilah aku wahai Yang Maha Mengasihani.”, “Berlemah lembutlah ke atasku wahai Yang Maha Lembut.” Dan sebagainya. Begitu juga termasuk dalam zikir yang khusus ini juga ialah ayat al-Quran yang mempunyai unsur tersebut (doa dan pujian) seperti ayat terakhir dalam surah al-Baqarah dengan syarat hendaklah diniatkan untuk membaca qunut. Dan juga seperti firman Allah SWT, “Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu”.”[1]

Walaubagaimanapun, lafaz doa qunut yang afdhal bagi doa qunut ialah apa yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW oleh Abu Hurairah RA, iaitu apa yang biasa diamalkan oleh masyarakat kita pada hari ini dan disertakan dengan beberapa penambahan. Bagi penambahan doa dan puji-pujian tersebut, Imam Ibn al-Hajar al-Asaqalani berkata: “Tidak mengapa untuk menambah lafaz (doa dan puji-pujian) dan tidak perlu sujud sahwi kerana meninggalkan tambahan tersebut.”

Hal ini sama sepertimana disunatkan untuk menambah doa qunut yang dibaca oleh Saidina Umar al-Khattab RA:

وَاسْتَحَبَّ الْأَصْحَابُ أَنْ يَضُمَّ إِلَيْهِ قُنُوتَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ

Maksudnya: Disunatkan menurut para ulama’ syafieyyah untuk menggabungkan kepada doa qunut yang diriwayatkan itu dengan doa qunut Saidina Umar.[2]

Doa Qunut terbahagi kepada dua iaitu:

Pertama: Qunut Ratibah, iaitu qunut yang disunatkan untuk membacanya pada dua tempat :

  • Pada Iktidal di dalam rakaat yang kedua solat Subuh
  • Pada Iktidal yang terakhir dalam solat sunat Witir bermula pertengahan bulan Ramadhan.[3]

Kedua: Qunut Nazilah iaitu doa yang disunatkan untuk dibaca di dalam solat ketika berlaku sesuatu musibah atau bencana khususnya ketika ianya melibatkan orang muslim.

Doa qunut ini disunatkan dibaca di dalam solat sunat witir dan juga solat fardhu subuh berdasarkan mazhab al-Syafi’e. Bacaan di dalam qunut ini warid daripada Nabi SAW sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh al-Hasan bin Ali R.anhuma, katanya:

 عَلَّمَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَلِمَاتٍ أَقُولُهُنَّ فِي قُنُوتِ: اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِنِي فِيمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَ، وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ، إِنَّكَ تَقْضِي وَلَا يُقْضَى عَلَيْكَ، وَإِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ، وَلَا يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ.

Maksudnya: “Rasulullah SAW mengajarkan kepadaku kalimah-kalimah yang aku baca dalam qunut witir: Ya Allah, berikan petunjuk kepada ku sebagaimana orang-orang yang telah Kau berikan hidayah. Berikan aku keselamatan sebagaimana orang-orang yang telah Kau berikan keselamatan. Jadikan aku sebagai wali sebagaimana mereka yang telah Kau jadikan wali. Berkati untuk aku apa yang telah Kau berikan kepada ku, selamatkan ku daripada keburukan yang telah Kau takdirkan. Sesungguhnya Kau yang mentakdirkan dan tiada sesiapa mentakdirkan ke atas Mu. Tidak akan dizalimi orang yang Kau jadikan wali. Tiada kekuatan untuk sesiapa yang engkau Musuhi. Tuhan kami, Kau yang penuh keberkatan dan maha tinggi.”[4]

Syeikh Syaraf al-Haq al-‘Azim Abadi dalam syarahnya menyebut: “Dalam riwayat mengatakan qunut witir, dan secara zahirnya, ianya mutlaq dalam semua jenis sunnah sebagaimana pandangan mazhab Hanafi. Manakala mazhab Syafi’e mengkhususkan qunut witir di separuh akhir Ramadhan sebagaimana mazhab kebanyakan daripada para sahabat.[5]

Dibolehkan juga untuk berdoa selain dengan doa yang masyhur dalam qunut ini sebagaimana yang dilakukan pada zaman Umar RA berdasarkan hadith mauquf daripada Umar RA yang diriwayatkan oleh Abd al-Rahman bin Abd al-Qari:

…فَكَانَ النَّاسُ يَقُومُونَ أَوَّلَهُ، وَكَانُوا يَلْعَنُونَ الْكَفَرَةَ فِي النِّصْفِ: اللَّهُمَّ قَاتِلِ الْكَفَرَةَ الَّذِينَ يَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِكَ وَيُكَذِّبُونَ رُسُلَكَ، وَلَا يُؤْمِنُونَ بِوَعْدِكَ، وَخَالِفْ بَيْنَ كَلِمَتِهِمْ، وَأَلْقِ فِي قُلُوبِهِمُ الرُّعْبَ، وَأَلْقِ عَلَيْهِمْ رِجْزَكَ وَعَذَابَكَ، إِلَهَ الْحَقِّ، ثُمَّ يُصَلِّي عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَيَدْعُو لِلْمُسْلِمِينَ بِمَا اسْتَطَاعَ مِنْ خَيْرٍ، ثُمَّ يَسْتَغْفِرُ لِلْمُؤْمِنِينَ قَالَ: وَكَانَ يَقُولُ إِذَا فَرَغَ مِنْ لَعْنَةِ الْكَفَرَةِ، وَصَلَاتِهِ عَلَى النَّبِيِّ، وَاسْتِغْفَارِهِ لِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، وَمَسْأَلَتِهِ: اللَّهُمَّ إِيَّاكَ نَعْبُدُ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ، وَإِلَيْكَ نَسْعَى وَنَحْفِدُ، وَنَرْجُو رَحْمَتَكَ رَبَّنَا، وَنَخَافُ عَذَابَكَ الْجِدَّ، إِنَّ عَذَابَكَ لِمَنْ عَادَيْتَ مُلْحِقٌ، ثُمَّ يُكَبِّرُ وَيَهْوِي سَاجِدً.

Maksudnya: (Paza zaman Umar RA), manusia mendirikan malam yang awalnya, dan mereka melaknat orang-orang kafir pada separuh Ramadhan: “Ya Allah, binasakanlah orang-orang kafir yang menghalangi manusia dari jalan-Mu, mereka mendustakan para rasul-Mu, dan tidak beriman dengan janji-Mu. Pisahkanlah kesatuan mereka dan timpakanlah rasa takut di hati mereka, serta timpakanlah seksaan dan azab-Mu pada mereka, wahai sembahan yang haq.” Kemudian imam berselawat kepada Nabi SAW dan berdoa kebaikan untuk kaum muslimin mengikut kemampuan, kemudian beristighfar untuk mereka. Dia (Abd al-Rahman bin Abd al-Qari) berkata: Kemudian imam berdoa setelah habis daripada mendoakan laknat untuk orang-orang kafir, dengan berselawat ke atas Nabi SAW, serta mendoakan keampunan untuk kaum muslimin dan muslimat, dan berdoa: Ya Allah, kami menyembah hanya kepada-Mu, hanya kepada-Mu kami solat dan sujud, hanya untuk-Mu kami berusaha dan beramal, dan kami memohon rahmat-Mu, wahai Rabb kami. Kami takut kepada azab-Mu yang pedih. Sesungguhnya azab-Mu ditimpakan kepada orang yang Engkau musuhi. Kemudian dia bertakbir dan bersujud.[6]

Terdapat juga riwayat daripada oleh Ali bin Abi Talib RA, katanya:

أَنَّ رَسُولُ اللهِ – صلى اللهُ عليه وسلَّم – يَقُولُ فِي آخِرِ وِتْرِهِ : اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ وَأَعُوذُ بِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ , وَأَعُوذُ بِكَ مِنْكَ , لَا أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ

Maksudnya: Bahawa Rasulullah SAW berdoa pada akhir witir baginda: “Ya Allah, dengan keredhaan-Mu, aku mohon perlindungan daripada kemurkaan-Mu. Dengan keampunan-Mu, aku mohon perlindungan daripada hukuman-Mu. Dan dengan hikmah-Mu, aku mohon perlindungan daripada takdir yang buruk. Tidak terhitung pujian untuk-Mu. Engkau sebagaimana pujian yang Engkau pujikan kepada Diri-Mu”.[7]

Begitu juga dengan riwayat daripada Ubaid bin Umair, katanya:

أَنَّ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قنت بَعْدَ الركوع، فَقَالَ: «اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَنَا، وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، وَالْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ، وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ، وَأَصْلحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ، وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ، اللَّهُمَّ الْعَنْ كَفَرَةَ أَهْلِ الْكِتَابِ الَّذين يَصُدُّونَ عَنْ سَبِيِلِكَ، وَيُكَذِّبُونَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُونَ أَوْلِيَاءَكَ، اللَّهُمَّ خَالِفْ بَيْنَ كَلِمَتِهِمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَأَنْزِلْ بِهِمْ بَأْسَكَ الَّذِي لَا تَرُدُّهُ عَنِ الْقَوْمِ الْمُجْرِمِينَ. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَعِينُكَ، وَنَسْتَغْفِرُكَ، وَنُثْنِي عَلَيْكَ، وَلَا نَكْفُرُكَ، وَنَخْلَعُ وَنَتْرُكُ مَنْ يَفْجُرُكَ. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ، اللَّهُمَّ إِيَّاك نَعْبُدُ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ، وَإِلَيْكَ نَسْعَى وَنَحْفِدُ، وَنَخْشَى عَذَابَكَ الْجِدَّ، وَنَرْجُو رَحْمَتَكَ، إِنَّ عَذَابَكَ بِالْكَافِرِينَ مُلْحِقٌ

Maksudnya: Sesungguhnya Umar RA melakukan Qunut selepas daripada Ruku’ sambil berdoa: Ya Allah ampunilah kami dan orang yang beriman lelaki dan perempuan, ampunilah orang Islam lelaki dan perempuan, satukan antara hati-hati mereka, dan berilah kemaslahatan (kebaikan) apa yang ada di antara mereka, tolonglah mereka dalam mengahadapi musuh-musuh-Mu dan musuh mereka, ya Allah laknat-lah orang-orang kafir daripada ahli kitab yang mereka selalu menghalang-halangi jalan agama-Mu, yang mereka mendustkan Rasul-Rasul-Mu, dan membinasakan kekasih-kekasih-Mu, ya Allah jadikanlah saling berselisih perkataan-perkataan mereka, berilah kegamangan dan kenistaan terhadap langkah-langkah mereka, turunkanlah seksa-Mu terhadap mereka dimana orang-orang pendosa tidak mampu menghindar, dengan menyebut Asma Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Ya Allah kami memohon pertongan-Mu dan memohon ampunan-Mu, sambil memuji-Mu dan tidak mengingkari-Mu, kami memutuskan hubungan dan meninggalkan orang-orang yang berbuat dosa kepada-Mu, dengan menyebut Asma Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, ya Allah hanya kepada-Mu kami menyembah hanya kepada-Mu kami mendirikan shalat dan bersujud, hanya kerana-Mu kami berusaha dan bekerja dengan penuh kesungguhan, kami sangat takut terhadap seksa-Mu yang sangat pedih yang tidak terperikan, kami mendambakan kasih sayang-Mu, sesungguhnya seksa-Mu pasti akan ditimpakan kepada orang-orang kafir. [8]

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, kami menyatakan bahawa doa qunut yang warid dan yang masyhur adalah sebagaimana yang diriwayatkan daripada al-Hasan bin Ali R.anhuma, katanya: Rasulullah SAW mengajarkan kepadaku kalimah-kalimah yang aku baca dalam qunut witir:

 اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِنِي فِيمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَ، وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ، إِنَّكَ تَقْضِي وَلَا يُقْضَى عَلَيْكَ، وَإِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ، وَلَا يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ.

Maksudnya: “Ya Allah, berikan petunjuk kepada ku sebagaimana orang-orang yang telah Kau berikan hidayah. Berikan aku keselamatan sebagaimana orang-orang yang telah Kau berikan keselamatan. Jadikan aku sebagai wali sebagaimana mereka yang telah Kau jadikan wali. Berkati untuk aku apa yang telah Kau berikan kepada ku, selamatkan ku daripada keburukan yang telah Kau takdirkan. Sesungguhnya Kau yang mentakdirkan dan tiada sesiapa mentakdirkan ke atas Mu. Tidak akan dizalimi orang yang Kau jadikan wali. Tiada kekuatan untuk sesiapa yang engkau Musuhi. Tuhan kami, Kau yang penuh keberkatan dan maha tinggi.”[9]

Begitu juga dengan riwayat daripada Ali bin Abi Talib RA, bahawa Rasulullah SAW berdoa pada akhir witir baginda:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ وَأَعُوذُ بِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ , وَأَعُوذُ بِكَ مِنْكَ , لَا أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ

Maksudnya: “Ya Allah, dengan keredhaan-Mu, aku mohon perlindungan daripada kemurkaan-Mu. Dengan keampunan-Mu, aku mohon perlindungan daripada hukuman-Mu. Dan dengan hikmah-Mu, aku mohon perlindungan daripada takdir yang buruk. Tidak terhitung pujian untuk-Mu. Engkau sebagaimana pujian yang Engkau pujikan kepada Diri-Mu”.[10]

Akhirnya, semoga dengan sedikit penjelasan yang diberikan ini mampu memberikan kepada kita sedikit kefahaman dalam menjalani kehidupan seharian yang lebih baik. Amin.

Wallahua`lam.

Bertarikh: 6 April 2022 bersamaan 4 Ramadhan 1443H

[give_form id=”14962″]

 

[1] Lihat Kasyifat al-Saja Syarh Safinat al-Naja, 1/177

[2] Lihat Raudhat al-Talibin, 1/331

[3] Lihat al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masa’il al-Mufidah, hlm. 244

[4] Riwayat Abu Dawud (1425), al-Tirmidzi (464), al-Nasaie (1745), dan Ahmad (1718)

[5] Lihat ‘Aun al-Ma’bud Syarh Sunan Abi Dawud, 4/211

[6] Riwayat Ibn Khuzaimah (1100)

[7] Riwayat Abu Dawud (1427), al-Tirmizi (3566), al-Nasaie (1747), Ibn Majah (1179) dan Ahmad (1295). Syeikh Syuaib al-Arnout di dalam Takhrij al-Musnad (1259) menyatakan hadith ini sanadnya qawiy

[8] Riwayat Abd al-Razzaq di dalam al-Musannaf (4969), Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya (2/314) dan al-Baihaqi di dalam al-Sunan al-Kubra (2/210-211)

[9] Riwayat Abu Dawud (1425), al-Tirmidzi (464), al-Nasaie (1745), dan Ahmad (1718)

[10] Riwayat Abu Dawud (1427), al-Tirmizi (3566), al-Nasaie (1747), Ibn Majah (1179) dan Ahmad (1295). Syeikh Syuaib al-Arnout di dalam Takhrij al-Musnad (1259) menyatakan hadith ini sanadnya qawiy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *