Sale!
Original price was: RM28.00.Current price is: RM20.00.
Sale!
Original price was: RM35.00.Current price is: RM20.00.
Sale!

Buku Fizikal

Taufan Al-Aqsa

Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM40.00.Current price is: RM30.00.
Sale!
Original price was: RM70.00.Current price is: RM60.00.
Sale!
Original price was: RM310.00.Current price is: RM160.00.

Soalan:         

Assalamualaikum w.b.t. Apakah status puasa orang yang melewatkan mandi junub sehingga terbit fajar pada bulan Ramadhan? Mohon pencerahan. Terima kasih.

Jawapan:

Waalaikumussalam w.b.t.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Pada asasnya, orang yang berpuasa diharuskan untuk mandi dan perkara itu tidak menjejaskan puasanya. Mengenai hal ini, Ibn Qudamah menyebutkan, tidak mengapa orang yang berpuasa itu mandi — pada siang Ramadhan.[1] Hal ini adalah berdasarkan kepada riwayat daripada Aisyah dan Ummu Salamah bahawa:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُدْرِكُهُ الفَجْرُ وَهُوَ جُنُبٌ مِنْ أَهْلِهِ، ثُمَّ يَغْتَسِلُ، وَيَصُومُ

Maksudnya:Rasulullah SAW mendapati fajar telah pun terbit, sedangkan ketika itu Baginda masih lagi dalam keadaan berjunub setelah bergaul dengan isterinya. Kemudian Baginda mandi dan berpuasa.”[2]

Selain daripada itu, Imam al-Bukhari juga ada meletakkan dalam kitab sahihnya, ‘Bab Mandi bagi Orang yang Berpuasa.’[3] Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani  ketika mengulas kenyataan Imam al-Bukhari ini menyebutkan, perkataannya ‘Bab Mandi bagi Orang yang Berpuasa’ bermaksud bagi menjelaskan keharusannya. Al-Zain bin al-Munir menyatakan bahawa perkataan “اغْتِسَال” (mandi) datang dalam bentuk mutlak bagi meliputi mandi sunat, mandi wajib dan mandi harus.[4]

Berbalik kepada soalan yang diajukan, dalam al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah dinyatakan bahawa sesiapa yang berjunub pada malam hari, kemudian dia berpuasa, maka puasanya sah, dan tidak ada qadha’ puasa ke atasnya. Inilah pendapat jumhur ulama berdasarkan hadith Aisyah dan Ummu Salamah sebagaimana di atas.[5] Selain itu, Muhammad al-Zuhaili juga ada menyebutkan, sekiranya seseorang itu bersetubuh sebelum fajar, lalu berhenti daripada bersetubuh bersamaan dengan waktu terbitnya fajar dan keluar mani, maka ia tidak membatalkan puasanya.[6]

Selain daripada itu, Imam al-Nawawi menjelaskan lagi mengenai perkara ini dalam kitabnya, sekiranya seseorang itu berjimak pada malam hari, lalu waktu Subuh tiba dan dia masih lagi dalam keadaan berjunub, maka sah puasanya tanpa sebarang khilaf di sisi ulama dalam kalangan mazhab Syafi‘i. Begitu juga jika seseorang perempuan itu, darah haid atau nifasnya berhenti pada malam hari, lalu dia berniat untuk puasa pada keesokan harinya dan masih lagi belum mandi wajib, maka sah puasa perempuan tersebut tanpa sebarang khilaf di sisi ulama dalam kalangan mazhab Syafi‘i dan jumhur ulama dalam kalangan sahabat, tabiin dan ulama selepas generasi mereka. Di antara ulama yang berpegang dengan pendapat ini ialah (dalam kalangan sahabat seperti) Ali bin Abu Talib, Ibn Mas‘ud, Abu Zar, Zaid bin Thabit, Abu al-Darda’, Ibn Abbas dan Aisyah R.Anhum, majoriti ulama tabiin, al-Thauri, Malik, Abu Hanifah, Ahmad dan Abu Thaur. Bahkan, al-‘Abdari menyatakan, ini merupakan pendapat seluruh fuqaha.

Manakala Ibn al-Munzir dan Salim bin Abdullah berpendapat, puasa orang tersebut adalah tidak sah. Pendapat ini adalah masyhur daripada Abu Hurairah dan al-Hasan al-Basri. Begitu juga daripada Tawus dan ‘Urwah bin al-Zubair satu riwayat daripada Abu Hurairah bahawa sesiapa yang mengetahui dirinya dalam keadaan berjunub sebelum fajar, kemudian dia tidur sehinggalah subuh (terbit fajar), maka tidak sah puasanya. Sekiranya tidak — yakni dia tidak tahu dia sedang dalam keadaan junub — maka puasanya adalah sah. Selain itu, al-Nakha‘i pula berpendapat, puasa sunatnya adalah sah berbeza dengan puasa wajib — yakni tidak sah. Begitu juga al-Auza‘i berpendapat bahawa puasa perempuan yang haidnya berhenti (pada malam hari) adalah tidak sah, sehinggalah dia mandi wajib. Mereka kesemuanya berhujah dengan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:

من أَصْبَحَ جُنُبًا فلا صَومَ له

Maksudnya: “Sesiapa yang bangun Subuh dalam keadaan berjunub, maka tidak ada puasa baginya.”[7]

Adapun jumhur ulama dan ulama dalam kalangan mazhab Syafi‘i pula berhujah mengenai sahnya puasa orang yang melewatkan mandi junub sehingga fajar berdasarkan beberapa dalil. Di antaranya, hadith ‘Abd al-Rahman yang bertanya kepada Aisyah dan Ummu Salamah berkenaan dengan mandi junud selepas waktu fajar, maka Aisyah dan Ummu Salamah berkata:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصْبِحُ جُنُبًا مِنْ غَيْرِ حُلُمٍ، ثُمَّ يَصُومُ

Maksudnya:Nabi SAW dalam keadaan berjunud disebabkan selain dari mimpi, kemudian Baginda meneruskan puasanya.”[8]

Begitu juga hadith daripada Aisyah dan Ummu Salamah bahawa:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُدْرِكُهُ الفَجْرُ وَهُوَ جُنُبٌ مِنْ أَهْلِهِ، ثُمَّ يَغْتَسِلُ، وَيَصُومُ

Maksudnya:Rasulullah SAW mendapati fajar telah pun terbit, sedangkan ketika itu Baginda masih lagi dalam keadaan berjunub setelah bergaul dengan isterinya. Kemudian Baginda mandi dan berpuasa.”[9]

Seterusnya, Imam al-Nawawi menyebutkan, para ashab kami — yakni ulama dalam kalangan mazhab Syafi‘i — menjawab hujah yang dikemukakan oleh mereka yang berpendapat puasanya tidak sah dengan dua jawapan. Pertamanya, hadith Abu Hurairah itu telah dimansuhkan kerana jimak pada awal-awal Islam adalah diharamkan bagi orang yang berpuasa pada malam hari selepas tidur seperti mana makan dan minum. Ketika mana Allah SWT mengizinkan jimak (dari malam hari) sehingga terbitnya fajar, maka dibolehkan juga bagi orang yang berjunub apabila sudah Subuh (terbit fajar) sebelum mandi untuk berpuasa. Adapun Abu Hurairah telah memberi fatwanya berdasarkan kepada apa yang beliau dengar daripada al-Fadhl bin Abbas, daripada Nabi SAW terhadap ketetapan yang awal — yakni tidak dibenarkan untuk jimak bagi orang yang berpuasa pada malam hari — dan beliau tidak mengetahui mengenai pemansuhan hukum tersebut. Apabila beliau mendengar (mengetahui) hadith daripada Aisyah dan Ummu Salamah R.Anhuma (sebagaimana hadith di atas), beliau menarik semula pendapatnya itu. Ini merupakan kenyataan al-Baihaqi daripada Ibn al-Munzir.

Keduanya, hadith Abu Hurairah itu dapat difahami atau ditakwilkan ke atas sesiapa yang sudah terbit fajar dan sedang berjimak. Lalu mereka tetap meneruskannya dalam keadaan mengetahui bahawa fajar itu sudah pun terbit.[10]

Walau bagaimanapun, Imam al-Nawawi menambah lagi dengan menyebutkan bahawa disunatkan untuk mengawalkan mandi junub disebabkan oleh jimak atau mimpi basah sebelum terbitnya fajar. Hal ini kerana hadith-hadith sahih yang menceritakan berkenaan perbuatan Baginda SAW melewatkan mandi janabah sehingga terbitnya fajar, dapat difahami bahawa ia adalah bertujuan bagi menjelaskan mengenai keharusannya — yakni mandi selepas terbitnya fajar. Sedangkan kebanyakannya menceritakan bahawa Baginda SAW mengawalkan mandi junub sebelum fajar.[11]

Kesimpulannya

Berdasarkan kepada perbahasan di atas, kami berpendapat bahawa puasa seseorang yang menangguhkan atau melewatkan mandi wajib bagi orang yang berjunub sama ada disebabkan oleh jimak, mimpi basah atau selainnya sehingga terbitnya fajar, tidak kira dalam bulan Ramadhan mahupun bulan selainnya, adalah sah. Namun, sekiranya seseorang itu dapat menunaikan mandi junub sebelum fajar, maka hal itu adalah lebih baik, bahkan disunatkan sebagaimana dinyatakan oleh Imam al-Nawawi.

Walau bagaimanapun, dia juga hendaklah menyegerakan mandi wajibnya selepas masuknya waktu fajar supaya tidak terlewat mendirikan solat Subuh atau luputnya waktu solat.

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Wallahua‘lam.

Bertarikh: 5 April 2022 bersamaan 3 Ramadhan 1443H

[give_form id=”14962″]

 

[1] Lihat al-Mughni, 3/18.

[2] Riwayat al-Bukhari (1925-1927)

[3] Lihat Sahih al-Bukhari, 3/30.

[4] Lihat Fath al-Bari, 4/153.

[5] Lihat al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 28/63.

[6] Lihat al-Mu‘tamad fi al-Fiqh al-Syafi‘i, 2/184.

[7] Riwayat Ahmad (26298); al-Nasa’i dalam al-Sunan al-Kubra (2979)

[8] Riwayat Muslim (1109)

[9] Riwayat al-Bukhari (1925-1927)

[10] Lihat al-Majmu‘ Syarh al-Muhazzab, 6/307-308.

[11] Lihat al-Majmu‘ Syarh al-Muhazzab, 6/377.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *