Sale!
Original price was: RM28.00.Current price is: RM20.00.
Sale!
Original price was: RM35.00.Current price is: RM20.00.
Sale!

Buku Fizikal

Taufan Al-Aqsa

Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM40.00.Current price is: RM30.00.
Sale!
Original price was: RM70.00.Current price is: RM60.00.
Sale!
Original price was: RM310.00.Current price is: RM160.00.

Soalan

Assalamualaikum ustaz. Berapakah jumlah pintu syurga? Saya terbaca hadis bahawa setiap orang yang melazimi sesuatu amalan, akan dipanggil melalui pintu amalan yang sering dia lazimi. Contohnya pintu sedekah, pintu jihad, pintu al-Rayyan bagi yang banyak berpuasa dan lain-lain. Mohon penjelasan.

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Dalam menjawab persoalan di atas, kami asaskan jawapan ini berdasarkan penjelasan yang dikemukakan oleh Syeikh Maher Ahmad al-Sufi dalam kitabnya, Mausu’ah al-Akhirah; Jinan al-Khuldi [1].

Allah SWT berfirman:

حَتَّىٰ إِذَا جَاءُوهَا وَفُتِحَتْ أَبْوَابُهَا

Maksudnya: “Sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka..”[2]

Ibn Kathir berkata: Tatkala telah sampai di syurga, maka dibukalah semua pintu syurga bagi mereka sebagai bentuk penghormatan dan pengagungan. Para malaikat penjaga syurga menyambut kedatangan mereka dengan berita gembira, salam dan pujian.[3]

Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili berkata: “Yakni, hingga mereka sampai ke pintu-pintu syurga yang berjumlah lapan, setelah melewati jambatan al-Sirat dan dibersihkan daripada dosa-dosa dunia, pintu-pintu syurga telah terbuka menyambut kedatangan para penghuninya dengan penuh kehangatan.”[4]

Syeikh Maher berkata: Sebahagian ulama’ mengatakan: “Ini adalah ‘waw al-thamaniyyah’ (واو الثمانية) sehingga (bermaksud) syurga memiliki lapan pintu.” [5]Mereka berhujahkan dengan sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Umar al-Khattab R.A, sabda Baginda SAW:

مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ يَتَوَضَّأُ فَيُبْلِغُ أَوْ فَيُسْبِغُ الْوَضُوءَ ثُمَّ يَقُولُ : أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ إِلَّا فُتِحَتْ لَهُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ الثَّمَانِيَةُ يَدْخُلُ مِنْ أَيِّهَا شَاءَ

Maksudnya: “Tiadalah seorang kamu berwuduk dan memenuhi kesempurnaan wuduk, kemudian berdoa: “: أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ” kecuali akan dibuka baginya pintu-pintu syurga yang lapan. Dia berhak masuk dari pintu mana yang dia mahu.”[6]

Para ulama’ telah memperincikan pintu-pintu tersebut seperti yang disebutkan dalam hadith al-Muwatta’, Sahih al-Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah R.A yang meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ أَنْفَقَ زَوْجَيْنِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، نُودِيَ مِنْ أَبْوَابِ الجَنَّةِ: يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا خَيْرٌ، فَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّلاَةِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الصَّلاَةِ، وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الجِهَادِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الجِهَادِ، وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصِّيَامِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الرَّيَّانِ، وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّدَقَةِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الصَّدَقَةِ. فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: بِأَبِي أَنْتَ وَأُمِّي يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا عَلَى مَنْ دُعِيَ مِنْ تِلْكَ الأَبْوَابِ مِنْ ضَرُورَةٍ، فَهَلْ يُدْعَى أَحَدٌ مِنْ تِلْكَ الأَبْوَابِ كُلِّهَا؟ قَالَ: نَعَمْ وَأَرْجُو أَنْ تَكُونَ مِنْهُمْ

Maksudnya: “Sesiapa menginfakkan sepasang (daripada harta benda) di jalan Allah, maka dia akan diseru dari pintu-pintu syurga, “Wahai hamba Allah, ini adalah satu kebaikan.” Sesiapa yang terdiri daripada kalangan orang yang solat, maka akan diseru daripada pintu solat, sesiapa yang terdiri daripada kalangan orang yang berjihad, akan diseru dari pintu jihad, sesiapa yang terdiri daripada kalangan orang yang berpuasa, akan diseru daripada pintu al-Rayyan, dan sesiapa yang terdiri daripada kalangan orang yang bersedekah, akan diseru daripada pintu sedekah.” Setelah itu, Abu Bakar R.A bertanya: “Demi bapa dan ibuku sebagai tebusanmu wahai Rasulullah! Tiadalah ke atas orang yang diseru dari pintu-pintu itu ditimpa daripada sebarang kemudaratan. Lalu adakah terdapat orang yang akan diseru daripada semua pintu-pintu itu?” Baginda menjawab: “Ya, dan aku berharap engkau termasuk dalam kalangan mereka.”[7]

Al-Qadhi ‘Iyadh berkata: Imam Muslim menyebut dalam hadith ini empat pintu syurga, dan selainnya menambahkan bakinya, iaitu: Pintu Taubat, Pintu Orang yang Menahan Marah, Pintu Orang yang Redha, dan Pintu Kanan yang akan dilalui oleh orang yang tidak dihisab, yang akan terus memasuki syurga.”

Daripada sini, dapat disimpulkan bahawa pintu syurga ada lapan, iaitu:

  • Pintu Solat
  • Pintu Jihad
  • Pintu Sedekah
  • Pintu al-Rayyan
  • Pintu Taubat
  • Pintu Orang yang Menahan Marah
  • Pintu Orang yang Redha
  • Pintu Kanan, yang akan dilalui oleh orang yang tidak dihisab, yang akan terus memasuki syurga.

Sebahagian ulama’ berpendapat bahawa pintu syurga lebih daripada lapan berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, daripada Umar bin al-Khattab R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang berwudhu’ dan menyempurnakan wudhu’nya, kemudian berkata ‘أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ’, tulus daripada jiwa atau hatinya – perawi ragu mana yang Baginda sabdakan – akan dibukakan baginya daripada pintu-pintu syurga, iaitu lapan pintu pada hari Kiamat.”[8]

Di dalam hadith tersebut, Nabi SAW bersabda: “Dibukakan baginya (sebahagian) daripada pintu-pintu syurga, iaitu lapan pintu..” Maksudnya, jumlah pintu syurga adalah lebih daripada lapan. Namun, riwayat yang paling sahih adalah lapan (pintu syurga).[9]

Wallahu a’lam.

Bertarikh: 6 April 2022 bersamaan 4 Ramadhan 1443H

[give_form id=”14962″]

 

[1] 3/23-25

[2] (Surah al-Zumar: 73)

[3] Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 7/121

[4] Lihat al-Tafsir al-Munir, 12/301

[5] Meskipun begitu, menurut Ibn Kathir, orang yang mendakwa bahawa huruf wau dalam firman-Nya: ‘وَفُتِحَتْ أَبْوَابُهَا’ adalah wau al-thamaniyyah, sehingga menyimpulkan (daripada ayat ini) bahawa pintu syurga berjumlah lapan. Maka, pada dasarnya, hal tersebut adalah jauh daripada kebenaran dalam mengeluarkan kesimpulan dan merumitkan permasalahan. Sesungguhnya pengertian jumlah semua pintu syurga ada lapan hanyalah disimpulkan daripada hadith-hadith yang sahih, yang membicarakannya (bukan daripada ayat ini) (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 7/121)

[6] Riwayat Muslim (234), Abu Daud (169), al-Nasa’ie (148), Ibn Majah (470) dan al-Tirmizi (55)

[7] Riwayat al-Bukhari (1897) dan Muslim (1705)

[8] Riwayat al-Tirmizi

[9] Lihat Mausu’ah al-Akhirah; Jinan al-Khuldi oleh Syeikh Maher Ahmad al-Sufi, 3/23-25

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *