Sale!
Original price was: RM28.00.Current price is: RM20.00.
Sale!
Original price was: RM35.00.Current price is: RM20.00.
Sale!

Buku Fizikal

Taufan Al-Aqsa

Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM40.00.Current price is: RM30.00.
Sale!
Original price was: RM70.00.Current price is: RM60.00.
Sale!
Original price was: RM310.00.Current price is: RM160.00.

Soalan

Adakah sekiranya orang yang membayar hutang lebih daripada yang dihutang dikira sebagai riba?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Hutang adalah hak milik sesuatu barangan kepada orang lain dengan syarat orang tersebut memulangkan semula gantinya tanpa sebarang tambahan. [1]

Amalan melebihkan jumlah bayaran hutang ketika membayar hutang adalah suatu amalan mulia dan ditunjukkan sendiri oleh Baginda Nabi SAW. Ini dapat dilihat daripada hadis yang diriwayatkan oleh Jabir Ibn Abdullah R.Anhuma:

كَانَ لِي عَلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم دَيْنٌ فَقَضَانِي وَزَادَنِي

Maksudnya: “Baginda SAW berhutang kepadaku, lalu Baginda membayarnya dan melebihkan bayaran kepadaku.”[2]

Imam al-Nawawi menyebutkan di dalam syarahnya: adalah disunatkan kepada penghutang untuk melebihkan nilai bayaran hutang semasa melangsaikan hutang tersebut.[3]

Walaupun begitu, janganlah bagi pihak pemberi hutang mensyaratkan jumlah lebihan agar dibayar kepadanya semasa berlakunya aktiviti hutang. Ini supaya tidak berlaku riba al-fadhl

Demikian juga hadis yang diriwayatkan oleh Abu Rafie’ R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:

فَإِنَّ مِنْ خِيَارِ النَّاسِ أَحْسَنَهُمْ قَضَاءً

Maksudnya: “Manusia yang terbaik ialah manusia yang terbaik membayar hutangnya.”[4]

Dalam hidup bermasyarakat, pinjam meminjam amat biasa berlaku termasuk juga berhutang antara satu sama lain. Ini kerana, mencari sebuah kesempurnaan dalam hidup dan melengkapi kesemua keperluan adalah amat jarang dimiliki oleh seseorang. Justeru, bantuan daripada rakan taulan akan membawa kepada kasih sayang dan saling menghormati atas pengorbanan seseorang kepada saudaranya. Semoga dengan pelaksanaan yang betul dan penuh keikhlasan ini menatijahkan kerahmatan antara satu sama lain. Benarlah firman Allah SWT:

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.[5]

Bayaran hutang melebihi nilai yang dihutang adalah amalan sunnah yang dilakukan oleh Nabi SAW. Perkara ini dilihat sebagai hibah atau hadiah kepada pemiutang di atas kebaikan yang dihulurkan kepada penghutang. Justeru, jumlah nilai lebihan tersebut adalah ditentukan sendiri oleh penghutang di atas kemampuannya, namun perbuatan tersebut tidaklah menjadi perkara wajib kepadanya. Tetapi sekiranya pemberi hutang itu meminta lebih bayaran daripada orang yang membayar hutang tersebut, hal ini merupakan riba al-fadhl yang amat ditegah di dalam Islam. Semoga apa yang disampaikan ini memberi membuka minda dan kefahaman kepada kita semua dalam mengamalkan syariat Islam dengan cara yang terbaik. Amin.

Wallahua`lam.

Bertarikh 12 November 2021 M bersamaan  7 Rabiul Akhir 1443 H

 

[1] Lihat al-Fiqh al-Manhaji, (6/82), Mughni al-Muhtaj, (2/117) dan al-Taqrirat al-Sadidah, Qism al-Buyu’, (hlm. 45)

[2] Riwayat Bukhari (443) dan Muslim (715)

[3] Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 5/228

[4] Riwayat al-Bukhari (2392) Muslim (1600) dan Abu Daud (3345)

[5] Surah al-Maidah: 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *