Antara Ekonomi dan Kesihatan

Kerajaan pada hari ini menerusi beberapa tindakan yang telah dan sedang diambil seperti arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pakej-pakej ransangan ekonomi seperti Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pada hakikatnya sedang berusaha untuk mencari keseimbangan antara aspek kesihatan rakyat dan kepentingan ekonomi negara.

Menurut Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, BNM telah menjangkakan impak negatif akibat daripada penularan COVID-19. Impak penularan COVID-19 mencetuskan krisis kesihatan, menyebabkan aktiviti ekonomi terjejas oleh gangguan bekalan dan permintaan susulan langkah kawalan pergerakan yang dilaksanakan kerajaan di seluruh dunia. Bagaimanapun, impak krisis kesihatan adalah berjangka pendek. Apabila vaksin ditemui, ekonomi akan pulih dan melonjak semula selepas itu. Impak terhadap ekonomi negara akan teruk pada separuh pertama 2020, namun aktiviti ekonomi dijangka bertambah baik pada separuh kedua 2020 dengan andaian virus berkenaan dapat ditangani.

Dalam situasi ini, sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyat, segala tindakan perlu dilakukan berprinsipkan efektif governan yang dirujuk sebagai Siyasah Syar’iyyah dalam Islam. Siyasah Syar’iyyah menurut Ibnu Qayyim al-Jawziyah adalah, “Suatu perbuatan yang membawa manusia dekat kepada kemaslahatan dan terhindar dari kebinasaan, meskipun perbuatan tersebut tidak ditetapkan oleh Rasulullah SAW atau diwahyukan oleh Allah SWT.” (Lihat  al-Thuruq al-Hukmiyyah, 12) Menurut ‘Abd al-Wahhab Khallaf, Siyasah Syar’iyyah bermaksud mentadbir perkara-perkara yang umum untuk Negara Islam bagi melindungi kemaslahatan dan menolak kemudaratan berlandaskan hukum syarak yang menyeluruh. (Lihat al-Siyāsah al-Syar‘iyyah, 17)

Pelaksanaan Siyasah Syar’iyyah hendaklah berlandaskan Maqasid ‘Ammah atau dikenali juga sebagai Maqasid Syariah. (Lihat Mudhakkirah Fī al-Siyāsah al-Syar‘iyyah) Dalam menghuraikan tentang Maqasid Syariah, pelbagai takrifan dikemukakan oleh ulama sepanjang zaman, namun intipatinya tetap menfokuskan terhadap pencapaian maslahah manusia iaitu mendatangkan manfaat dan menjauhkan mudarat.

‘Alal al-Fasi mentakrifkan Maqasid Syariah dengan objektif yang diambil daripada syariah dan hikmah-hikmah yang  diletakkan  oleh  pembuat  syariah  di sebalik hukum-hakamnya. (Lihat Maqasid al-Syari‘ah al-Islāmiyyah wa Makarimuha, 3) Al-Raysuni pula menyimpulkan ia sebagai  objektif  yang  ditetapkan  oleh  syariat  untuk dicapai demi kepentingan manusia. (Lihat Nazariyat  al-Maqasid  ‘inda  al-Imam  al-Syatibi, 19) Berdasarkan  beberapa takrifan yang dikemukakan, dapat  dirumuskan bahawa  syariat  memiliki objektif tertentu dalam menetapkan sesuatu  hukum.  Objektif tersebut boleh disimpulkan “untuk  menatijahkan kebaikan  dan mencegah  kemudaratan”  yang  terkandung dalam setiap hukum taklif yang disyariatkan.

Manakala dalam hierarki atau aspek keutamaan Maqasid Syariah ia boleh diklasifikasikan kepada tiga, iaitu:

  1. Al-Daruriyyat : Iaitu keperluan yang manusia bergantung kepadanya sama ada dari sudut kehidupan beragama atau keduniaan. Jika ia tiada maka akan berlaku kepincangan hidup manusia di dunia dan azab seksa di akhirat. (Lihat Ta’lil al-Ahkam, 282) Al-Daruriyyat yang asasi ini merangkumi lima perkara iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda. Ia melibatkan kelangsungan hidup manusia. (Lihat al-Mustasfa Min ‘Ilm al-Usul, 217)
  2. Al-Hajiyyat : Iaitu kepentingan yang memberi kemudahan kepada manusia dan menghilangkan kesempitan yang menyebabkan kesulitan dan kesukaran dengan ketiadaannya. (Lihat al-Muwafaqat Fi Usul al-Syariah, 2/326) Namun ketiadaannya tidak menjejaskan kehidupan manusia sebagaimana ketiadaan al-daruriyyat, tetapi ia boleh menyebabkan kesulitan dalam hidup manusia. Ia berada di tempat kedua selepas al-daruriyyat dari sudut turutannya.
  3. Al-Tahsiniyyat : Iaitu kepentingan yang dituntut untuk menjaga maruah menerusi adat-adat yang baik dan budi pekerti yang mulia. (Lihat al-Maqasid al-’Ammah Li al-Syariat al-Islamiyyah, 164) Jika ia tiada, ia tidak menyebabkan kepincangan sistem hidup manusia sebagaimana berlaku kepada al-daruriyyat dan tidak menyulitkan hidup mereka sebagaimana tahap al-hajiyyat, tetapi ia menjadikan kehidupan yang kurang selesa. Al-Tahsiniyyat menduduki tempat yang ketiga dalam dari segi hierarki keutamaan

Usaha bersungguh-sungguh kerajaan dalam menangani penularan wabak Covid-19 amat jelas sekali termasuk dalam kategori al-daruriyyat. Ini memandangkan memelihara kesihatan daripada terdedah kepada penyakit berbahaya adalah termasuk dalam kategori memelihara nyawa. Manakala pelbagai inisiatif yang dilakukan demi menjamin keberlangsungan ekonomi pula termasuk dalam kategori memelihara harta benda. Hanya isu yang timbul, apakah yang perlu didahulukan atau diutamakan antara kedua-dua perkara ini?

Terdapat perbezaan pandangan dalam kalangan para ulama dalam meletakkan susunan al-daruriyyat yang lima tersebut. Antara susunan keutamaan yang dikemukakan oleh ulama’ ialah: Agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Tertib ini adalah menurut jumhur dari kalangan ahli usul, antaranya al-Ghazali dalam al-Mustasfa (1/287), al-Amidi dalam al-Ahkam (3/394), Ibn al-Hajib dalam Muntaha al-Wusul (hal. 182). Manakala sebahagian yang lain menyanggah susunan ini dengan menyebut susunannya seperti berikut iaitu nyawa, harta , keturunan, agama dan akal. Inilah yang dikemukakan oleh al-Razi dalam al-Mahsul (2/217).

Ini menunjukkan bahawa para ulama hampir bersepakat bahawa memelihara nyawa itu lebih diutamakan berbanding memelihara harta. Walau bagaimanapun, terdapat analisis yang amat baik daripada Syeikh Abdullah bin Yusuf al-Jadi’ yang berpendapat bahawa perkara darurat yang lima itu berbeza-beza tingkatannya mengikut kepada kadar kekuatan darurat semasa. Secara praktikalnya, susunan perkara darurat yang lima itu tidak memiliki satu kaedah yang tetap, ia bahkan berubah tertib mengikut keadaan daruratnya, justeru ia tidak termasuk dalam soal prinsip dalam ilmu maqasid. (Lihat Taisir ‘Ilm Usul al-Fiqh, 338)

Justeru, kami mengatakan bahawa konsep maslahah boleh menjadi penentu dalam menimbang keutamaan perkara darurat yang lima. Lebih-lebih lagi Maqasid Syariah merupakan lanjutan dan pengembangan konsep al-maslahah al-mursalah dalam ‘ilmu Usul Fiqh. Maslahah juga merupakan elemen utama dalam perbahasan Maqasid di mana tahqiq al-maslahah merupakan tujuan tertinggi syariat itu sendiri seperti yang disebut oleh al-Imam as-Syatibi:

أَنَّ وَضْعَ الشَّرَائِعِ إِنَّمَا هُوَ لِمَصَالِحِ الْعِبَادِ فِي الْعَاجِلِ وَالْآجِلِ مَعًا

Maksudnya:Sesungguhnya syari’at itu ditetapkan hanyasalah untuk kemaslahatan manusia di dunia dan di akhirat.” (Rujuk al-Muwafaqat, 2/9)

Dalam menangani isu penularan wabak Covid-19, kami menegaskan bahawa menjaga kesihatan rakyat dan menangani krisis ekonomi adalah sama penting kerana kedua-duanya termasuk dalam kategori al-daruriyyat. Tiada antara dua perkara tersebut yang boleh dikesampingkan atau dianggap kurang penting berbanding yang lain.

Namun demikian, dalam keadaan semasa, dengan mengambil kira pandangan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang optimis bahawa penularan wabak Covid-19 boleh diatasi dalam jangka masa yang tidak lama, jika seluruh rakyat dapat mematuhi sepenuhnya arahan PKP, dan jangkaan pihak BNM bahawa aktiviti ekonomi akan bertambah baik pada separuh kedua 2020 dengan andaian virus berkenaan dapat ditangani, maka dalam konteks ini kami cenderung mengatakan pemeliharaan terhadap kesihatan perlu lebih diutamakan.

Pandangan kami ini adalah berdasarkan beberapa pertimbangan berikut:

Rasulullah SAW sendiri pernah mengarahkan sahabat menghentikan kegiatan ekonomi di tempat berlakunya penularan wabak penyakit. Ia sebagaimana dalam riwayat berikut:

فَرْوَةَ بْنِ مُسَيْكٍ قَالَ : قُلْت يَا رَسُولَ اللَّهِ ، أَرْضٌ عِنْدَنَا يُقَالُ لَهَا : أَرْضُ أَبين هِيَ أَرْضُ رِيفِنَا وَمِيرَتِنَا وَإِنَّهَا وَبِيئَةٌ أَوْ قَالَ : وَبَاؤُهَا شَدِيدَةٌ ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : دَعْهَا عَنْك فَإِنَّ مِنْ الْقَرَفِ التَّلَفَ

Maksudnya:Farwah bin Musaik berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah, tempat kami dipanggil Abyan. Ia adalah kampung kami bercucuk tanam dan membuat bekalan makanan, padanya ada wabak yang berat. Lalu Nabi SAW bersabda: Tinggalkan ia daripada kamu keluar masuk, sesungguhnya mendekati penyakit adalah kebinasaan.”

Riwayat Ahmad (15742)

Ia juga berdasarkan beberapa kaedah fiqh seperti berikut:

ارتكاب أخف الضررين

Maksudnya:Mengambil yang lebih ringan di antara dua kemudaratan”

Kaedah ini digunapakai berdasarkan pertimbangan bahawa pemulihan darurat kesihatan mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk ditangani dalam tempoh yang singkat jika ia dijadikan keutamaan. Namun, jika diutamakan pemulihan darurat ekonomi, sehingga dibuka semula sekatan pergerakan, maka ia berisiko tinggi akan menyebabkan darurat kesihatan yang berpanjangan dan akhirnya akan menyumbang kembali kepada krisis ekonomi yang lebih kritikal dan berpanjangan. Keadaan ini termasuk dalam lanjutan kepada satu lagi kaedah lain iaitu:

الضرر لا يزال بضرر مثله أو أكبر منه

Maksudnya:Kemudaratan tidak dihapuskan dengan kemudaratan yang seumpama dengannya atau lebih besar daripadanya.”

Selain itu, kami juga berhujah dengan kaedah:

درء المفاسد مقدم على جلب المصالح

Maksudnya:Menolak kerosakan adalah lebih utama daripada melakukan kebaikan.”

Dalam konteks sekarang, memutuskan sepenuhnya rantaian wabak penyakit Covid-19 yang masih tidak mempunyai vaksin itu lebih utama berbanding memulihkan kegiatan ekonomi dengan membuka semula sekatan pergerakan yang lebih bersifat menarik kemaslahatan. Namun demikian, kami cenderung jika PKP ingin dibuka semula, maka ia boleh dibuka hanya di kawasan-kawasan dalam kategori zon hijau (tiada kes).

Kesimpulannya, kami katakan bahawa dalam situasi sekarang kerajaan telah mengambil tindakan yang amat baik dan terpuji bagi mengimbangi antara kewajipan memelihara kesihatan rakyat dan kewajipan menangani krisis ekonomi. Ini kerana kedua-duanya termasuk dalam kategori al-daruriyyat al-khamsah di bawah Maqasid Syariah. Tindakan kerajaan melaksanakan PKP memenuhi objektif untuk memelihara nyawa dengan memutuskan rantaian penyakit tersebut. Manakala inisiatif kerajaan melancarkan beberapa pakej ransangan ekonomi pula bertujuan untuk mencapai objektif memelihara harta benda, agar rakyat tidak kehilangan hasil pencarian, bekalan makanan dan seumpamanya. Walau bagaimanapun, antara kedua-dua darurat ini, kami katakan bahawa keutamaan lebih perlu diberikan kepada pemulihan darurat kesihatan, dengan itu ia akan menjamin kepada pemulihan krisis ekonomi yang hakiki dalam jangka masa panjang.

 

YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
27 April 2020

One thought on “Antara Ekonomi dan Kesihatan

  1. Eric Jones says:

    Hi, Eric here with a quick thought about your website zulkiflialbakri.com…

    I’m on the internet a lot and I look at a lot of business websites.

    Like yours, many of them have great content.

    But all too often, they come up short when it comes to engaging and connecting with anyone who visits.

    I get it – it’s hard. Studies show 7 out of 10 people who land on a site, abandon it in moments without leaving even a trace. You got the eyeball, but nothing else.

    Here’s a solution for you…

    Talk With Web Visitor is a software widget that’s works on your site, ready to capture any visitor’s Name, Email address and Phone Number. You’ll know immediately they’re interested and you can call them directly to talk with them literally while they’re still on the web looking at your site.

    CLICK HERE https://talkwithwebvisitors.com to try out a Live Demo with Talk With Web Visitor now to see exactly how it works.

    It could be huge for your business – and because you’ve got that phone number, with our new SMS Text With Lead feature, you can automatically start a text (SMS) conversation – immediately… and contacting someone in that 5 minute window is 100 times more powerful than reaching out 30 minutes or more later.

    Plus, with text messaging you can follow up later with new offers, content links, even just follow up notes to keep the conversation going.

    Everything I’ve just described is extremely simple to implement, cost-effective, and profitable.

    CLICK HERE https://talkwithwebvisitors.com to discover what Talk With Web Visitor can do for your business.

    You could be converting up to 100X more eyeballs into leads today!

    Eric
    PS: Talk With Web Visitor offers a FREE 14 days trial – and it even includes International Long Distance Calling.
    You have customers waiting to talk with you right now… don’t keep them waiting.
    CLICK HERE https://talkwithwebvisitors.com to try Talk With Web Visitor now.

    If you’d like to unsubscribe click here http://talkwithwebvisitors.com/unsubscribe.aspx?d=zulkiflialbakri.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *