Keluarga Yasir adalah maula kepada Bani Makhzum. Mereka telah memeluk agama Islam. Orang Musyrikin yang diketuai oleh Abu Jahal telah membawa mereka ke tengah padang ketika hari yang sangat terik lalu menyeksa mereka di bawah panas matahari. Ketika mereka sedang diseksa itu, Rasulullah SAW lalu disitu dan terlihat mereka sekeluarga. Lantas, Rasulullah SAW bersabda: صَبْرًا […]
Author Archives: zulkiflialbakri
Beliau ialah Asma’ binti Abdullah bin Uthman bin ‘Amr bin Ka‘ab bin Sa‘ad bin Taim al-Taimiyyah al-Qurasyiyyah. Beliau ialah anak kepada Abu Bakar al-Siddiq dan ibu kepada Abdullah bin al-Zubair bin al-‘Awwam. Ibunya bernama Qatlah — dalam sesetengah naskhah disebut “Qailah” — atau Qutailah binti ‘Abd al-‘Uzza al-Qurasyiyyah daripada Bani ‘Amir bin Lu’ai. Umur Asma’ […]
Beliau ialah Abu ‘Abdillah Jaafar bin Abu Talib ‘Abd Manaf bin ‘Abd al-Muttalib bin Hasyim bin ‘Abd Manaf bin Qusai al-Hasyimi. Beliau merupakan seorang al-Sayyid, al-Syahid, memiliki keperibadian yang besar dan pemegang panji para Mujahid. Beliau juga merupakan sepupu Rasulullah SAW dan adik beradik kepada Ali bin Abu Talib R.A. Usia Jaafar sepuluh tahun lebih […]
Beliau ialah Abu ‘Umarah dan Abu Ya‘la Hamzah bin ‘Abd al-Muttalib bin Hasyim bin ‘Abd Manaf bin Qusai bin Kilab al-Qurasyi al-Hasyimi al-Makki, kemudian al-Madani, al-Badri al-Syahid. Ibunya pula bernama Halah binti Uhaib bin ‘Abd Manaf bin Zuhrah. Beliau merupakan al-Imam, seorang pahlawan dan digelar sebagai ‘Singa Allah’ serta ‘Singa Rasul-Nya’. Selain itu, beliau juga […]
Nama beliau ialah ِAbu Mihsan ‘Ukkasyah bin Mihsan bin Hurthan bin Qais bin Murrah bin Kathir bin Ghanm bin Dudan bin Asad bin Khuzaiman al-Asadi. Beliau adalah al-Sa‘id al-Syahid, mendapat jaminan perlindungan Quraisy, salah seorang daripada al-Sabiqun al-Awwalun, ahli Badar dan ahli syurga. Beliau juga merupakan salah seorang jejaka yang paling tampan. Dalam peperangan Badar, […]
Beliau merupakan cucu Rasulullah SAW dan anak kepada Ali bin Abu Talib R.A bersama Fatimah R.Anha. Beliau juga adalah adik beradik dengan Hasan bin Ali. Beliau ialah Abu ‘Abdillah al-Husain bin Abu al-Hasan Ali bin Abu Talib bin ‘Abd al-Muttalib bin Hasyim bin ‘Abd Manaf bin Qusai al-Qurasyi al-Hasyimi. Beliau merupakan seorang Imam yang mulia […]
Beliau merupakan cucu Rasulullah SAW dan merupakan anak kepada Ali bin Abu Talib R.A bersama Fatimah R.Anha. Beliau juga merupakan adik beradik dengan Husain bin Ali. Nama penuh beliau ialah Abu Muhammad al-Hasan bin Ali bin Abu Talib bin ‘Abd al-Muttalib bin Hasyim bin ‘Abd Manaf al-Qurasyi. Beliau digelar sebagai “Raihanah Rasulillah SAW” dan merupakan […]
eliau ialah Abdullah bin Salam bin al-Harith, Abu Yusuf, daripada keturunan Nabi Yusuf A.S. Beliau mendapat jaminan perlindungan kafilah Khazraj, al-Isra’ili, kemudian al-Ansari. Beliau daripada Bani Qainuqa‘. Dikatakan bahawa nama asalnya ialah al-Husain (الحصين), kemudian Baginda SAW menukarnya. (Lihat al-Isabah fi Ma‘rifah al-Sahabah, 4/102). Beliau merupakan seorang al-Imam dan termasuk dalam kalangan sahabat Nabi SAW […]
Bilal bin Rabah termasuk dalam kalangan mereka yang awal menerima dan memeluk agama Islam. Beliau ialah Bilal bin Rabah maula Abu Bakar al-Siddiq. Abu Bakar membelinya dengan harga 5 Uqiyah. Ada yang berpendapat dengan 7 Uqiyah dan ada juga yang berpendapat dengan 9 Uqiyah, lalu memerdekakannya kerana Allah SWT. Ibunya bernama Hamamah. Beliau merupakan muazzin […]
Beliau ialah Ummul Hasanain Fatimah binti Rasulullah SAW Abu al-Qasim Muhammad bin Abdullah bin ‘Abd al-Muttalib bin Hasyim bin ‘Abd Manaf al-Qurasyiyyah al-Hasyimiyyah. Beliau dilahirkan tidak lama sebelum Nabi diutuskan menjadi Rasul. Beliau berkahwin dengan Ali bin Abu Talib pada bulan Zulkaedah atau hampir-hampir dengan bulan tersebut, pada tahun 2 Hijrah selepas perang Badar. Ibn […]