Beliau ialah Ummul Mukminin Ummu al-Qasim Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin ‘Abd al-‘Uzza bin Qusai bin Kilab al-Qurasyiyyah al-Asadiyyah. Beliau merupakan ibu kepada anak-anak Rasulullah SAW, orang pertama beriman dengannya dan yang membenarkannya sebelum sesiapapun. Beliau juga ialah orang yang menenangkan Baginda ketika dalam ketakutan dan membawanya berjumpa sepupunya iaitu Waraqah. Di samping itu, […]
Author Archives: zulkiflialbakri
Nama penuh beliau ialah Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah ialah ‘Amir bin Abdullah bin al-Jarrah bin Hilal bin Uhaib bin Dhabbah bin al-Harith bin Fihr bin Malik bin al-Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma‘ad bin ‘Adnan al-Qurasyi al-Fihri al-Makki. Beliau termasuk salah seorang al-Sabiqun al-Awwalun (orang-orang yang […]
Beliau ialah Abu al-A‘war Sa‘id bin Zaid bin ‘Amr bin Nufail bin ‘Abd al-‘Uzza bin Riyah bin Qurt bin Razah bin ‘Adi bin Ka‘ab bin Lu’ai bin Ghalib al-Qurasyi al-‘Adawi. Beliau termasuk dalam sepuluh orang yang dijanjikan syurga, salah seorang daripada kalangan al-Sabiqun al-Awwalun (orang-orang yang terdahulu — yang mula-mula berhijrah dan memberi bantuan), salah […]
Beliau ialah Abu Ishaq Sa‘ad bin Abu Waqqas Malik bin Uhaib bin ‘Abd Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah bin Ka‘ab bin Lu’ai al-Qurasyi al-Zuhri al-Makki. Beliau termasuk dalam kalangan sepuluh orang yang dijanjikan syurga, salah seorang al-Sabiqun al-Awwalun (orang-orang yang terdahulu — yang mula-mula berhijrah dan memberi bantuan), salah seorang yang menyertai peperangan […]
Beliau ialah Abu Muhammad ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf bin ‘Abd ‘Auf bin ‘Abd bin al-Harith bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah bin Ka‘ab bin Lu’ai al-Qurasyi. Beliau termasuk salah seorang daripada sepuluh yang dijanjikan syurga, salah seorang daripada enam ahli syura, salah seorang ahli Badar dan salah seorang daripada lapan orang pertama yang memeluk Islam. […]
Beliau ialah al-Zubair bin al-‘Awwam bin Khuwailid bin Asad bin ‘Abd al-‘Uzza bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka‘ab bin Lu’ai bin Ghalib. Beliau berasal daripada Bani Asad. Beliau merupakan pengikut setia (hawari) Rasulullah SAW dan anak kepada ibu saudara Baginda iaitu Safiyyah binti ‘Abd Al-Muttalib. Beliau juga ialah salah seorang daripada enam ahli […]
Beliau ialah Abu Muhammad Talhah bin ‘Ubaidullah bin Uthman bin ‘Amr bin Ka‘ab bin Sa‘ad bin Taim bin Murrah bin Ka‘ab bin Lu’ai bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin al-Nadhr bin Kinanah al-Qurasyi al-Taimi al-Makki. Talhah bin ‘Ubaidullah memeluk Islam melalui Abu Bakar R.A. Menurut satu riwayat, Talhah sedang berada di Syam apabila seorang […]
Beliau ialah Abu al-Hasan Ali bin Abu Talib ‘Abd Manaf bin ‘Abd al-Muttalib bin Hasyim bin ‘Abd Manaf al-Qurasyi al-Hasyimi. Beliau dilahirkan di Makkah kira-kira 10 tahun sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW. Beliau ialah orang yang pertama masuk Islam daripada kalangan kanak-kanak. Sebahagian riwayat mengatakan bahawa ketika beliau masuk Islam, umurnya baru 10 tahun. Diriwayatkan […]
Beliau ialah Abu ‘Amr dan Abu ‘Abdillah Uthman bin ‘Affan bin Abu al-‘As bin Umayyah bin ‘Abd Syams al-Qurasyi al-Umawi. Beliau merupakan khalifah ketiga daripada khulafa’ al-Rasyidin. Beliau termasuk dalam kalangan mereka yang terawal memeluk Islam. Beliau juga mendapat julukan Zu al-Nurain yang bermaksud pemilik dua cahaya. Hal ini kerana beliau berkahwin dengan dua orang […]
Beliau ialah Umar Ibn al-Khattab bin Nufail bin ‘Abd al-‘Uzza bin Riyah bin Qurt bin Razah bin ‘Adi bin Ka‘ab bin Lu’ai. Nasab Saidina Umar berhimpun dengan nasab Nabi SAW pada Ka‘ab. Nama julukan (kunyah) beliau ialah Abu Hafs. Kunyah ini diberikan kepada beliau oleh Nabi SAW ketika peperangan Badar. Selain itu, beliau juga digelar […]