Author Archives: zulkiflialbakri

Bab 17: SZB- JED

Zul meneliti baris demi baris, faks daripada Universiti Islam Madinah yang disampaikan oleh Ustaz Haji Ambak Ismail, mantan Mudir SMAASZA dan antara anggota Jemaah Nazir Negeri Terengganu. “Alhamdulillah, tahniah Zul, Zaini, Shohor Bani, Rudaini, Hanafi. Lime orang dari Tranung terpilih untuk masuk Universiti Islam Madinah!”, ucap Ustaz Haji Ambak dengan penuh bangga sambil menunjukkan salinan […]

Bab 16: Temuduga Universiti Islam Madinah

Dengan berakhirnya peperiksaan Thanawi, maka berakhirlah alam persekolahan Zul di SMAASZA. Bagaimana keputusannya? Alhamdulillah, beliau dan beberapa orang lagi sahabatnya memperoleh Mumtaz seperti yang dijangka oleh guru-guru. Berkat usaha, doa ibu bapa jua semangat para guru yang tidak putus asa dalam memberi ilmu. “Zul, Shohor, kite nok masuk mane lepah ning?”, tanya Zaini pada satu […]

Bab 15: “Demonstrasi Aman” di SMAASZA

Budaya menyampaikan tazkirah semasa waktu rehat ataupun waktu ketiadaan guru, tetap diteruskan sehingga ke Tahun 4 Thanawi. Tabir yang memisahkan pelajar lelaki dan perempuan akan ditarik sebelum memulakan tazkirah. Tidak sayugia pelajar lelaki memandang pelajar wanita, begitu juga sebaliknya. Perbincangan antara pelajar berlainan jantina juga berlaku di balik tabir. Mustahil untuk melihat pelajar lelaki dan […]

#10 Keadaan Kanak-Kanak Meninggal Dunia Semasa Kecil

SOALAN Bagaimanakah khabar bayi yang meninggal dunia? Benarkah dia mengingati ibu bapa dan saudaranya di dunia? Benarkah dia sedang menghuni syurga dan sedang diasuh oleh Nabi Ibrahim? Saya merindui arwah anak saya, JAWAPAN Imam al-Nawawi menyatakan, ijma’ ulama’ menyimpulkan bahawa kanak-kanak Muslim yang mati sebelum akil baligh akan berada di syurga. ‌أَجْمَعَ ‌مَنْ ‌يُعْتَدُّ ‌بِهِ […]

#9 Terlibat dalam Pembinaan Rumah Ibadat Agama Lain

SOALAN Bolehkah Muslim terlibat dalam projek pembinaan rumah ibadat agama lain? JAWAPAN Para ulama’ berbeza dengan dua pandangan dalam hal ini. Sebahagian ulama mazhab Hanafi mengharuskan umat Islam terlibat dalam membina dan bekerja di gereja. Antara yang mengutarakan pandangan ini adalah Ibn ‘Abidin[1] dan Ibn Nujaim[2]. Majoriti ulama’ mazhab Maliki dan mazhab Syafie mengharamkannya. Ini […]

#8 Tangki Air Dipenuhi Tahi Cicak

SOALAN Bagaimana keadaan tangki yang dipenuhi tahi cicak disebabkn tangki yang tidak ditutupi. Adakah air tangki tadi kena dibuang dan tidak boleh digunakan untuk berwuduk dan mandi wajib? JAWAPAN Jika air dalam tangki tersebut sedikit atau kurang dari dua qullah[1], maka air tersebut dianggap sebagai najis walaupun najis tersebut tidak mengubah bau, warna atau rasanya. […]

#7 Hobi Kumpul Figura Aksi

SOALAN Ustaz, saya ada hobi mengumpul figurà robot yang mana sesetengahnya berbentuk mirip manusia dan hobi ni sikit sebanyak terpalit kepada anak saya tapi anak saya lebih kepada Ultraman dan Kamen Rider. Mohon penjelasan ustaz apa hukum menyimpan figura/patung mainan ni. JAWAPAN Saya menyarankan sesuatu hobi yang kita pilih itu biarlah yang membuatkan dekat kita […]

#6 Berwudhu’ dengan Air Banjir

SOALAN Sekiranya ketiadaan air bersih, adakah mangsa banjir boleh menggunakan air banjir untuk berwudhu’? JAWAPAN Seboleh-bolehnya carilah air mutlak untuk berwudhu’ namun jika tidak ditemui, boleh digunakan air banjir kerana ia adalah suci. Ini berdasarkan kenyataan Syeikh ‘Abdullah bin ‘Abd al-Rahman Bafadhal وَلَا يضر تغير بمكث وتراب وطحلب وَمَا فِي مقره وممره Maksudnya: “Tidak menjadi […]

#5 Air Zamzam Tawaf Dijadikan Ubat

SOALAN Apakah hukumnya jika kita bertawaf di Baitullah al-Haram sambil membawa beberapa botol air zamzam dengan niat untuk dijadikan ibu ubat bagi mengubati penyakit dan bagaimana pula dgn tawaf kita? JAWAPAN Antara sunat dalam tawaf (selepas tawaf) sebagaimana dinukilkan oleh Habib Hasan bin Ahmad bin Muhammad al-Kaff dalam al-Taqrirat al-Sadidah adalah meminum air zamzam sepuas-puasnya.[1] […]

#4 Jama’ Taqdim antara Solat Jumaat dan Solat ‘Asar

SOALAN Bolehkah jama’ taqdim antara solat Jumaat dengan solat Asar? JAWAPAN Keharusan untuk menjamakkan solat dirumuskan berdasarkan beberapa hadis Nabi. Antaranya sebagaimana yang diriwayatkan daripada Mu’az bin Jabal bahawa: جَمَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي غَزْوَةِ تَبُوكَ ‌بَيْنَ ‌الظُّهْرِ ‌وَالْعَصْرِ، وَبَيْنَ الْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ Maksudnya: “Rasulullah SW menjamakkan solat Zohor dan Asar, Maghrib dan […]