Author Archives: zulkiflialbakri

AL-BAYAN SIRI 8: BERIBADAT DALAM SUASANA NORMA BAHARU

Mukadimah Dalam Perutusan Khas COVID-19 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 10 April 2020, beliau meminta rakyat supaya membiasakan diri dengan kehidupan “the new normal” atau norma baharu. Perdana Menteri berkata, apa yang biasa dibuat dahulu, tidak boleh dilakukan lagi sekarang bagi memutuskan rantaian COVID-19. Beliau menjelaskan: “Ringkasnya, kehidupan kita untuk […]

AL-BAYAN SIRI 7: DAPUR IT’AM (إطعام) MEMERIAHKAN LAGI AMALAN BERSEDEKAH DI BULAN RAMADHAN

Mukadimah Pada saat hampir keseluruhan masyarakat dunia berperang dengan wabak pandemik Covid-19, masih ada juga sebahagian pihak yang berperang menahan lapar dan dahaga. Ia lantaran krisis ekonomi harian mereka yang tergugat ekoran penularan wabak ini. Kini, kita sudah memasuki bulan Ramadhan al-Mubarak, yang merupakan satu bulan yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Bersempena dengan […]

Antara Ekonomi dan Kesihatan

Kerajaan pada hari ini menerusi beberapa tindakan yang telah dan sedang diambil seperti arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pakej-pakej ransangan ekonomi seperti Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pada hakikatnya sedang berusaha untuk mencari keseimbangan antara aspek kesihatan rakyat dan kepentingan ekonomi negara. Menurut Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, […]

Sabar Dalam Ujian

Mukadimah Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga, sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke hari kesudahan. Dunia masa kini dikejutkan dengan penularan virus COVID-19 yang telah mencapai tahap pandemik sepertimana […]

KALAMUNA SIRI 6: “NAK JAGA DIRI ATAU JAGA AGAMA?”

Saya terbaca di Facebook, ada pertikaian berkenaan larangan untuk menunaikan solat Jumaat kerana menurutnya, solat Jumaat adalah satu bentuk pemeliharaan agama (hifz al-din). Maka, tidak dapat tidak ia adalah satu dharuriyyah. Walaupun memelihara nyawa (hifz al-nafs) juga adalah dharuriyyah, tetapi ia tetap berada di bawah hifz al-din. Justeru, solat Jumaat tetap wajib dan larangan itu […]

AL-BAYAN SIRI 6: MALAYSIA NEGARA AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH : SATU PENEGASAN

Mukadimah Sejak sekian lama Malaysia adalah sebuah Negara Islam yang berteraskan dasar Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Aqidah, syariah dan akhlak ummah sentiasa dipelihara agar selari dengan prinsip-prinsip yang terkandung di dalam dasar tersebut. Dasar ini jelas termaktub di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan. Manakala tafsiran ‘Islam’ dalam perlembagaan […]

AL-BAYAN SIRI 5: TAKUT ALLAH ATAU TAKUT COVID-19?

Mukadimah Islam itu pada prinsipnya merupakan agama yang mementingkan disiplin ilmu. Ia bukan agama yang terbina atas dasar semangat beribadah semata-mata. Sebaliknya ia agama yang memandu manusia dalam segenap kehidupan tanpa mengira apa jua situasi dan keadaan. Setiap permasalahan yang berlaku ada cara penyelesaiannya menurut agama. Hanyasanya bukan semua umat Islam menguasai ilmu bagi menangani […]

KALAMUNA SIRI 5: TENTANG ARAK

Pandangan saya tentang arak adalah konsisten tanpa sebarang kompromi. Ianya adalah haram di sisi Islam. Ini berdasarkan firman Allah SWT: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak […]

AL-BAYAN SIRI 4: DARI HANG LI PO KE GLOBAL HEALTH DIPLOMACY (GDH)

Hubungan Tamadun Islam dengan Empayar China bukanlah kisah baharu yang bermula pada zaman Abbasiyyah seperti yang termaktub dalam Kitab Alf Layla wa Layla (Hikayat 1001 Malam). Hubungan persahabatan Islam-China wujud secara aktif sejak dari zaman Khulafa’ al-Rasyidin lagi dengan bukti wujudnya maqam Para Sahabat ridhwanullahu ‘alaihim ajma’in di sekitar dan hujung Laluan Sutera. Kami soroti […]

AL-BAYAN SIRI 3: MUSA’ADAH COVID-19 MENYERLAHKAN PERANAN SADAQAT

Mukadimah Pada 18 Mac 2020, seiring dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri telah melancarkan misi Musa’adah Covid-19. Misi ini bertujuan menggerakkan semua agensi yang berada di bawah Menteri (Hal Ehwal Agama) Jabatan Perdana Menteri untuk membantu golongan yang terkesan dengan situasi semasa […]