Author Archives: zulkiflialbakri

Saidina Abu Bakar al-Siddiq R.A

Beliau ialah Abu Bakar Abdullah bin Abu Quhafah Uthman bin ‘Amir bin ‘Amr bin Ka‘ab bin Sa‘ad bin Taim bin Murrah bin Ka‘ab bin Lu’ai al-Qurasyi al-Taimi. Beliau adalah  sahabat yang paling rapat dengan Nabi SAW. Ketika hijrahnya Baginda SAW ke Madinah, beliau satu-satunya sahabat yang menemani Baginda dalam perjalanan tersebut. Beliau digelar al-Siddiq kerana […]

Salahuddin al-Ayyubi

Salahuddin Al Ayyubi dilahirkan lahir pada tahun 532 H/1138 M di benteng Tikrit, Iraq. Pada ketika itu ayahnya, Najmuddin Ayyub, merupakan penguasa Seljuk di Tikrit pada masa pemerintahan Imaduddin Zanki gabenor Seljuk di Kota Mosul, Iraq. Pada 534 H/1139 M, ketika Imaduddin berjaya mendapatkan wilayah Baalbek di Lebanon, Najmuddin Ayyub diangkat menjadi gabenor di sana. […]

Sultan Sulaiman al-Qanuni

Nama Sulaiman al-Qanuni selalu digandingkan bersama Salim I bin Beyzid (w. 1519M) sebagai khalifah terkuat. Salim I dikenang sebagai khalifah yang menundukkan Shafawiyah (Syiah) yang bekerjasama dengan penjajah Portugis menghadapi kaum muslimin. (Lihat Sejarah Islam: Sejak Zaman Nabi Adam hingga Abad XX, hlm. 363) Sultan Sulaiman Al-Qanuni lahir pada 6 November 1469 M di Trabzon, […]

Sultan Nurudin al-Zanki

Nama penuh beliau ialah Nuruddin Mahmud bin Imaduddin Zanki bin Aq-Sunqur. Beliau dilahirkan di di kota Aleppo, Syam (atau sekarang lebih dikenal dengan Syria atau Suriah) pada bulan Februari 1118 M atau tanggal 17 Syawal 511 H. Nuruddin adalah seorang yang memiliki perawakan tinggi, memiliki kulit agak gelap serta dahinya lebar. Matanya agak sayu kemudian […]

Nizam al-Mulk

Beliau ialah Abu Ali Hassan bin Ali bin Ishaq al-Tusi. Lahir pada tahun 408 H, di sebuah bandar kecil, Radkhan yang terletak di pedalaman daerah Tus, dalam negara Iran sekarang. Beliau telah menghafal al-Quran ketika berusia 10 tahun. Pendidikan awalnya adalah mempelajari hadis dan fiqh atas kehendak bapanya, iaitu di bawah bimbingan Abd al-Samad Funduraji. […]

Nasihat Muawiyah kepada Salah Seorang Panglimanya

Muawiyah bin Abi Sufyan R.A yang menjadi khalifah pada tahun 40 Hijrah hingga 60 Hijrah yang berpusat di kota Damsyiq, dalam pengalaman siyasahnya pernah berkata kepada Ziyad bin Abihi: إِنَّهُ لاَ يَنْبَغِي أَنْ نَسُوْسَ النَّاسَ سِيَاسَةً وَاحِدَةً؛ أَنْ نَلِيْنَ جَمِيْعاً فَيَمْرَحُ النَّاسُ فِي الْمَعْصِيَةِ، وَلاَ نَشْتَدَّ جَمِيْعاً، فَنَحْمِلُ النَّاسَ عَلَى المَهَالِكِ، وَلَكِنْ تَكُوْنُ لِلشِدَّةِ وَالفَظَاظَةِ، […]

Khalifah Mu’tasim Membela Seruan Seorang Ibu

Dia bernama Abu Ishaq Muhammad bin Ar-Rasyid bin Al-Mahdi bin Al-Mansor. Lahir tahun 179 H/795 M. Ibunya seorang ummu walad yang bernama Maridah. Selama kekhalifahan Al-Makmun, Al-Mu’tasim merupakan gabenor wilayah Syam dan Mesir. Ia diangkat oleh Khalifah Al-Makmun sebagai putera mahkota pada hari meninggalnya. Selepas itu, al-Mu’tasim dibaiah menjadi khalifah pada bulan Rejab 218 H […]

Keperibadian Umar Ibn Abdul Aziz Yang Unggul

Sebaik sahaja dilantik menjadi khalifah, Umar Ibn Abdul Aziz memecat gabenor-gabenor daerah yang diketahui kejam atau tidak berlaku adil terhadap rakyat. Semua barangan kemas dan hadiah berharga yang diberikan kepada beliau tatkala beliau menaiki tahkta kerajaan dihantar ke Baitul Mal. Firman Allah SWT: الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا […]

Yusuf ibn Tashfin

Yusuf ibn Tashfin atau Tashafin (memerintah 453 H – 500 H) ialah seorang penguasa etnik Berber dan Almoravid di Afrika Utara dan Al-Andalus (Moor Iberia). Beliau lahir pada tahun 400 H. Pada tahun 453 H, Abu Bakr, yang ketika itu adalah pemimpin Almoravids, pergi ke selatan ke padang pasir untuk menghentikan pemberontakan suku di sana. […]

Sultan Muhammad al-Fateh

Sultan Muhamad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rajab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 M dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481.  Ketika berumur 19 tahun beliau diangkat untuk menaiki takhta menggantikan ayahnya Sultan Murad. Selepas pelantikan beliau, Sultan al-Fateh menjadikan Adrianopel (Adana) sebagai ibu kota dan pusat pemerintahannya bagi memudahkan cita-citanya menawan Konstantinopel. Sultan Muhamad […]