Al-Wazir Ibn Hubairah Beliau bernama Abu al-Muzaffar Yahya bin Muhammad bin Hubairah al-Syaibani. Dilahirkan pada tahun 499 H dan meninggal dunia pada tahun 560 H. Beliau adalah seorang menteri yang sangat alim. Seorang yang dikurniakan jawatan menteri, ilmu fiqh yang tinggi. Beliau menganjurkan majlis ilmu yang dipenuhi dengan para alim ulama’ dari mazhab empat. Al-Zahabi […]
Author Archives: zulkiflialbakri
Sistem pemerintahan dan ekonomi Sultan Abdul Hamid II (Menurunkan harga barang) Sultan Abdul Hamid II, anak kepada Sultan Abdulmajid, dilahirkan di Istanbul pada 21 September 1842. Dibesarkan di istana Uthmaniyyah, beliau menguasai banyak bahasa dengan fasih, termasuk Perancis, Arab dan Parsi. Zaman kanak-kanak dan remajanya bertepatan dengan “Tanzimat,” tempoh reformasi dalam Empayar Uthmaniyyah yang bermula […]
LATAR BELAKANG Nama beliau adalah Abdul Malik Bin Marwan Bin Al-Hakam Bin ‘Ash Bin Umayyah Bin Syam Bin Abdu Manaf. Beliau dilahirkan Di Madinah pada tahun 26 Hijrah di zaman pemerintahan khalifah Usman Bin Affan yang merupakan salah seorang khalifah di antara Khulafa al-Rasyidin iaitu khalifah yang ketiga selepas daripada Khalifah Abu Bakar dan Umar […]
“Dari Hamba Yang Dihina Berubah Menjadi Panglima Perang Yang Bijaksana” Siapakah “SAIFUDDIN AL-QUTUZ”. Nama penuh beliau adalah Muhammad Saifuddin Muzaffar al-Qutuz yang merupakan salah seorang tokoh besar dalam sejarah pemerintahan Islam. Nama asalnya adalah Mahmud bin Mamdud yang berasal dari keluarga muslim berdarah biru (Sangre Azul) istilah yang digunakan untuk memberi maksud golongan bangsawan. Sultan […]
Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, katanya: صَاحِبُ الْمَعْرُوفِ لَا يَقَعُ فَإِذَا وَقَعَ أَصَابَ مُتَّكِئًا Maksudnya: “Pelaku kebaikan sekali-kali tidak akan dianiaya dan jika sekiranya dia jatuh, dia akan dapati tempat untuk berpaut.” (Lihat ‘Uyun al-Akhbar, 1/339) Kisah ini saya baca ketika sedang menuntut di Universiti Islam Madinah lebih kurang 30 tahun yang lalu. Perkataan atau kalimah […]
Saya mula menulis tentang Fiqh Politik sempena Pilihanraya Umum ke-15 sejak 17 Oktober 2022 sehinggalah ke hari ini. Saya putuskan hari ini hari terakhir saya menulis bagi siri khas ini. Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana kemelut pasca PRU-15 telah selesai. Apa jua yang terjadi adalah kehendak Allah SWT. Saya doakan semoga dipermudahkan segala […]
“We gather here as one big tribe, and Earth is the tent we all live in.” Itulah yang dituturkan oleh Morgan Freeman semasa pembukaan Piala Dunia FIFA baru-baru ini. Ini selari dengan apa yang disebutkan oleh Allah SWT: يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّـهِ أَتْقَاكُمْ […]
Secara realiti, hampir mustahil untuk membentuk sebuah kerajaan dengan wibawa jalinan al-qawi dan al-amin. Parti A ada kekuatannya dan sudah pasti di situ terselit juga kelemahannya. Parti B tampak meyakinkan dari sudut kredibiliti tetapi pasti ada kekurangannya yang tidak mampu ditampung. Al-Qawi mungkin ada pada Parti A, al-Amin pula bersama dengan Parti B. Al-Qawi itu […]
Tatkala kita menghadapi ujian dan buntu dalam membuat keputusan, bahkan dalam mencari jalan penyelesaian yang terbaik, maka Islam menganjurkan kita akan melakukan syura dengan mereka yang layak dan berkeahlian. Syura berasal daripada perkataan ‘syawara’ yang bermaksud ‘al-tasyawur’ (التَّشَاوُر) atau perbincangan. (Lihat al-Ra’id Mu’jam al-Lughawi al-‘Asri, hlm. 900) Penggunaan perkataan tersebut dalam bahasa Arab adalah dengan […]
Seperti yang telah kita bahaskan dalam Siri Fiqh Politik yang lalu berkenaan dengan siyasah, sifat pemimpin dan kepimpinan yang baik dan lain-lain lagi, maka pada kali ini sempena dengan selesainya PRU-15 bagi Malaysia, maka saya fokuskan kepada tajuk Kewajiban Melantik Pemimpin dan Kerajaan. Sabda Baginda Nabi SAW: لاَ يَحِلُّ لِثَلَاثَةٍ يَكُوْنُوْنَ بِفَلَاةٍ مِنَ الْأَرْضِ إِلَّا […]