Alhamdulillah, sejak tahun 1957, Malaysia mengekalkan sistem politik pelbagai parti yang mana parti politik yang memperolehi majoriti kerusi di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Sistem yang digunakan di Malaysia berasaskan First-Past-the-Post-System. Antara tujuan pilihanraya umum adalah sebagai menunaikan pelaksanaan kaedah perlembagaan dalam sistem demokrasi negara dalam memilih kerajaan […]
Author Archives: zulkiflialbakri
Kita selalu memfokuskan pemimpin, tapi jarang melihat siapakah penasihatnya. Penasihat yang baik adalah yang bijaksana dan taat. Penasihat inilah yang berperanan besar dalam mencorakkan seseorang pemimpin, selain kemampuan kepimpinan pemimpin itu sendiri. Demikianlah peringatan Nabi SAW: مَا اسْتُخْلِفَ خَلِيفَةٌ إِلَّا لَهُ بِطَانَتَانِ: بِطَانَةٌ تَأْمُرُهُ بِالخَيْرِ وَتَحُضُّهُ عَلَيْهِ، وَبِطَانَةٌ تَأْمُرُهُ بِالشَّرِّ وَتَحُضُّهُ عَلَيْهِ، وَالمَعْصُومُ مَنْ عَصَمَ […]
Sepertimana yang telah saya ulaskan dalam Siri al-Mawaqif ke-13 bertajuk: PRU-15: Kemuncak Demokrasi dan Cita-Citaku, maka pada kali ini, sebagaimana pada tajuk di atas, saya berhasrat untuk tegaskan di sini beberapa poin: Pertama, keperluan dan kewajiban mewujudkan imamah atau khilafah atau pemimpin dan kerajaan di sesebuah negara. Semua kitab feqah membahaskannya termasuk al-Fiqh al-Manhaji yang […]
النَاسُ عَلَى دِينِ مُلُوكِهِمْ Maksudnya: “Manusia adalah berdasarkan agama (cara hidup) pemimpinnya.” Ucapan ini menepati realiti kemasyarakatan dan inilah yang berlaku dalam kebanyakan kehidupan manusia. Pemimpin yang baik akan sentiasa menjadi contoh rakyatnya. Diriwayatkan, rakyat di zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz begitu kuat beribadah dan mendirikan qiyamullail. Tidak lain tidak bukan, begitu juga peribadi […]
Tersebar dalam kalangan sebahagian umat Islam, kata-kata yang dinisbahkan kepada Saidina Ali الحق بلا نظام يغلبه الباطل بالنظام Maksudnya: “Kebenaran yang tidak tersusun, akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun.” Sekadar penelitian saya, ia tidak ditemui dalam mana-mana rujukan. Pun begitu, saya berpandangan ia adalah kata-kata yang disimpulkan daripada khutbah Saidina Ali. هؤُلاءِ القَوْمَ سَيُدَالُونَ مِنْكُمْ […]
Ibn ‘Abbas pernah berkata: لَوْ أَنَّ جَبَلًا، بَغَى عَلَى جَبَلٍ لَدُكَّ الْبَاغِي Maksudnya: “Kalau seandainya ada gunung yang berbuat zalim kepada gunung lainnya, nescaya yang berbuat zalim akan dihancurkan.” Rujukan: al-Adab al-Mufrad, no. 588; Hilyat al-Awliya’, 1/322 Adil itu meletakkan sesuatu di tempat/kedudukannya yang sesuai. Manakala zalim pula adalah sebaliknya. Antara ciri utama perbuatan zalim […]
Sudah diketahui umum bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 akan berlangsung pengundiannya pada 19 November ini. Sekarang, semua parti politik dan calon menambahkan lagi kerancakan kempen Pilihan Raya dengan pelbagai seni dan cara termasuk rapat umum atau menggunakan medsos moden untuk menyampaikan maklumat kepada khalayak pengundi. Saya lafazkan alhamdulillah kerana setakat ini, masih lagi terkawal tanpa […]
Semasa saya masih bergelar Mufti Wilayah Persekutuan, saya pernah menulis sebuah surat terbuka kepada pemimpin parti politik, sebelum Pilihanraya Umum (PRU) ke-14. Baru-baru ini saya diminta oleh beberapa rakan media untuk menyampaikan pandangan berhubungan PRU 15. Nasihat dan pandangan yang anda baca hari ini mungkin berbeza nadanya atau mungkin lebih matang. Sedikit pengalaman dalam Kabinet […]
“Ustaz, bolehkah bertalfiq kepada mazhab Malik dalam masalah kenajisan anjing sahaja?”, tanya seorang jemaah surau selepas Zulkifli menyampaikan kuliah. Zulkifli mengajaknya duduk di tiang surau dan menjelaskan jawapannya kepada penanya. “Bab talfiq ni saya dah ulas banyak dalam artikel-artikel saya. Nanti ruju di web www.muftiwp.gov.my. Talfiq hanya boleh bila wujud keperluan seperti hajat dan darurat, […]
Alhamdulillah, dalam siri mawaqif pada kali ini, sekali lagi saya cuba untuk menilai filem Mat Kilau yang meletup di pawagam dan telah mencapai box office yang tertinggi dalam sejarah bahkan memintas banyak filem hollywood, bollywood yang ditayangkan di panggung wayang di Malaysia. Seperti yang kami nyatakan dan jangkaan kami pada bulan Julai yang lalu dalam […]