Author Archives: zulkiflialbakri

Bab 76: Makna Sebenar Jihad

Sambungan lepas di sini Bangun tahanan kedua dan berkata dengan nada yang tinggi. “Ustaz tak layak cakap tentang jihad. Ustaz pun tak pernah berjihad!” Suaranya agak beremosi. Seakan-akan terganggu dengan hujahan demi hujahan yang dikemukakan oleh Zulkifli sebentar tadi. Dalam membicarakan isu jihad, amat penting ia dilihat secara holistik dan komprehensif, bukan hanya sebahagian kecil […]

Bab 75: Bersama Tahanan ISIS di Kamunting

“Assalamualaikum Dr., kami dah sampai depan rumah Dr.” Kedengaran suara garau lelaki menelefon Zulkifli. Beliau bergegas keluar daripada rumah dan menaiki kenderaan yang siap menunggu di hadapan pagar rumahnya. Ustaz Jamali, pegawai JAKIM yang bertugas di Kem Tahanan Kamunting menyambut beliau dengan senyuman dan mempersilakannya masuk ke dalam kereta. Begitulah rutin Zulkifli dalam beberapa tempoh […]

#11 Pandangan Tentang Keperluan Ujian Saringan HIV Pra-Perkahwinan

Mukadimah Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan. Kami telah menerima satu soalan yang meminta pandangan kami tentang isu dakwaan […]

Bab 74: Klinik Hukum Pertama di Malaysia

“Apa lagi yang kita boleh buat untuk usaha inovasi Pejabat Mufti? Ana nak masyarakat lebih dekat dengan Pejabat Mufti kita ni…”, tanya Zulkifli pada satu petang kepada beberapa orang pegawainya. Persoalan yang dilontarkan biasanya beliau sudah ada jawapannya tapi sekadar ingin mendapatkan pandangan untuk mengembangkan idea. Razif menggelengkan kepala. Fahmi dan Mushfique saling berpandangan. Umar […]

Bab 73: “Datuk…Mak Saya Pelacur!”

Seorang wanita dengan umur 30-an termangu-mangu sendirian di ruang menunggu yang disediakan di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Beliau tidak menghiraukan staf yang lalu lalang. Beberapa orang tetamu sudah silih berganti masuk dan keluar menemui Zulkifli. Puan Rahmah berulang-kali meneliti fail jadual harian Mufti Wilayah Persekutuan. “Hmm…tak ada buat appointment ni!”, getus beliau dalam […]

Bab 72: Kisah-Kisah Indah dari Bumi Palestin

“Puan Rahmah, jadual ana macam mana hari ni? Boleh tolong bacakan?”. Begitulah soalan pertama yang akan ditanya Zulkifli setiap pagi. Beliau kebiasaannya meneliti jadual harian beberapa hari lebih awal dengan Pegawai Khasnya, En. Hashim bagi sebarang persediaan. Sebarang perubahan atau penyelarasan akan diuruskan oleh Puan Rahmah, En. Hashim dan beliau sendiri jika ada. Puan Rahmah […]

Bab 71: Belajar Dengan “Orang Gila” di Tanjung Rambutan

“Hashim. Tempat kita nak ceramah ni, dekat dop dengan Hospital Bahagia?”, tanya Zulkifli kepada pemandu yang juga merangkap pegawai khasnya. “Aaa…dekat!”, jawabnya ringkas setelah meneliti aplikasi Google Map di telefon pintar miliknya. Zulkifli mencapai telefonnya dan membuat panggilan kepada Ustaz Haji Kamaruddin Adam, Penolong Mufti Bahagian Fatwa di Jabatan Mufti Negeri Perak. “Syeikh. Ana cadang […]

#10 Pendakwah: Antara Sifat yang Diperlukan

Mukadimah Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, Tuhan Rabb al-‘Alamin. Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi SAW, serta yang mengikut jejak langkah mereka hingga hari Akhirat. Pendakwah merupakan warisan wazifah (tugas) daripada Rasulullah SAW untuk menyampaikan risalah Islam kepada manusia sejagat. Pendakwah perlu diisi dengan ilmu dan makrifah agar menjadi sebahagian daripada ulama’ yang […]

#9 Petunjuk Ilahi Dalam Berpolitik: Tadabbur Surah Al-Sajdah Ayat 42

Menjelang 31 Ogos, saya merenung sendirian memikirkan makna kemerdekaan setelah sekian lama kita meraikannya. Secara hakiki, kita sudah bebas tetapi pada sudut maknawi, banyak hal yang masih membelenggu kita. Antaranya adalah budaya politik yang lemah. Kita masih terikut-ikut dengan budaya politik kebencian, politik fitnah, politik wang, politik “cah keting” dan sebagainya. Daripada budaya politik seperti […]

#8 Bagaimana Sewajarnya Sikap Muslim Dalam Mendepani Isu Melibatkan Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abd. Razak?

Mukadimah Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan. Pada petang 23 Ogos 2022 yang lalu, keputusan Mahkamah Persekutuan untuk mengekalkan […]