Author Archives: zulkiflialbakri

Ma’al Hijrah

Alhamdulillah, dengan izin-Nya, pada malam Awal Muharram 1445 H, saya cuba coretkan sejuzuk muhasabah diri, seterusnya tekad azam pada tahun baru ini bagi menggapainya cita-cita yang ingin diperolehi, insya-Allah. Masa setahun berlalu terlalu pantas tanpa disedari. Itulah masa. Makanya: “Demi Masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian adalah  amat tepat.” Inilah yang dinyatakan pada surah al-‘Asr. […]

Syeikh Tahir Ibn ‘Asyur Alim Rabbani

Syeikh Tahir Ibn ‘Asyur Alim Rabbani Oleh Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri Kelahiran dan Pendidikan Kelahiran Nama penuhnya ialah Muhammad Tahir  (al-Thani) bin Muhammad bin Muhammad Tahir (al-Awwal) bin Muhammad bin Muhammad Shazali bin  Abdul Qadir  Mahamad bin ‘Asyur. Beliau dilahirkan pada 1296/1878M di kediaman datuknya sebelah ibu Muhammad Aziz Bu’atur. Keluarga ini berasal dari […]

Khutbah Terakhir Nabi SAW di Arafah

Mukadimah Alhamdulillah, sempena Hari Arafah pada 9 Zulhijjah bersamaan 28 Jun 2023 ini, marilah sama-sama kita mengambil kesempatan untuk memahami khutbah yang disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Arafah.  Kami menganggap khutbah tersebut merupakan pesanan dan wasiat terakhir Rasulullah SAW kepada umatnya. Dan ia cukup mengesankan kerana itulah pesanan terakhir Rasulullah […]

#27 Iktibar Qurani Daripada Kisah Dua Nabi

Alhamdulillah, sempena dengan kehadiran lebaran Aidiladha maka kami titipkan di sini iktibar Qurani terkait Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail untuk sama-sama kita hayati pengorbanan mereka. Semoga percikan kesabaran, kesolehan, keimanan, ketaqwaan, keihsanan akan mengalir dan tersimbah ke dalam kehidupan kita dengan taufiq dan hidayah-Nya.  Hasil daripada pengamatan yang mendalam kisah seperti ini akan menginsafkan kita […]

#26 Keistimewaan dan Fadhilat 10 Awal Zulhijjah: Petikan Daripada

Alhamdulillah, kita berada dalam 10 hari awal Zulhijjah yang mana keistimewaannya amat hebat dan besar. Bagi memahami kelebihan, fadhilat dan keistimewaannya, cukuplah kita menekuni karya besar Ibn Rajab al-Hanbali iaitu Lata’if Al-Ma’arif. Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda: مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ […]

#24: Diari PBAKL ke-40 dan Syor Penambahbaikan

Mukadimah Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat. Alhamdulillah, saban tahun negara kita Malaysia sejak sekian lama telah mengadakan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL). Tahun ini merupakan tahun […]

#23: Fiqh Menasihati Pemimpin: Panduan Kepada Para Ulama

Mukadimah Pada 25 Mei 2023 telah sampai kepada saya sebuah persoalan yang menarik daripada media. Soalannya seperti berikut: Adakah saluran khas bagi memudahkan ulama / tokoh agama membuat teguran kepada kerajaan?  Sekiranya tiada perlukah ia diwujudkan?  Apakah kekangan dihadapi bagi jalin kerjasama antara ulama / kerajaan ini? Definisi Ulama Sering kali kita dengar masyarakat menggelarkan […]

#25 Memaknai Perpaduan Nasional

Mukadimah Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat. Telah sampai kepada saya satu soalan khusus berkenaan dengan sokongan terhadap pembentukan perpaduan nasional. Saya yakin dan saya percaya penanya secara […]

#22: Masa Depan Islam dan AI

Mukadimah Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat. Kebelakangan ini hangat diperkatakan tentang teknologi Artificial Intelligence (AI) dalam aplikasi perniagaan dan lain-lain. Ia berkembang begitu pesat pada mutakhir ini […]

Kisah Syeikh Abdullah Kamil

Saya telah mengulas pada minggu lepas berkenaan dengan pemergian Syeikh Abdullah Kamil menuju ke alam Baqa’. Selepas beberapa hari, saya telah merujuk banyak video melalui YouTube yang memperihalkan kisah Syeikh Abdullah Kamil. Walaupun usianya amat muda sekitar 38 tahun tetapi jasa, semangat, serta waktu yang digunakan untuk ilmu, dakwah terutamanya al-Quran al-Karim dijaga dengan sebaik […]