Author Archives: zulkiflialbakri

#21: Apa Yang Pemimpin Politik Boleh Belajar Daripada ‘Umar bin ‘Abd al-Aziz?

Mukadimah Dalam menekuni sejarah tokoh-tokoh hebat termasuk para sahabat dan salafus soleh di kalangan tabi’in dan tabi’ tabi’in, saya menemukan banyak contoh-contoh yang unggul. Sebahagiannya saya nyatakan dalam tulisan dan artikel saya sebelum ini berkenaan dengan fiqh politik serta nasihat ulama terhadap pemimpin. Maka, pada kali ini, dengan tema dan tajuk seperti di atas, saya […]

#20 Al-Mawaqif: Melihat ke Hadapan Dalam Isu Ziarah Rumah Ibadah

Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan damai di samping masyarakatnya yang berbeza bangsa, agama dan budaya. Merujuk kepada statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia yang dikeluarkan pada 9 Februari 2023, rakyat Malaysia kini mempunyai 33.0 juta penduduk pada suku keempat 2022. Jumlah tersebut adalah merangkumi kesemua bangsa yang berada di Malaysia termasuk 3 bangsa utama […]

Renungan Ramadhan #12: Peperangan al-Qadisiyyah

Alhamdulillah, syukur kepada-Nya kerana dengan izin-Nya kita dapat memasuki fasa Ramadhan al-Mubarak dengan jayanya. Dalam Renungan Ramadhan kali ini, saya memilih catatan kemengan Islam di bulan yang mulia ini. Antaranya, peperangan al-Qadisiyyah. Terdapat banyak catatan kemenangan umat Islam dalam peperangan dan pembukaan yang telah direkodkan dalam kitab-kitab tarikh Islam, sama ada dalam kitab-kitab turath mahupun […]

Renungan Ramadhan #11: Selamat Tinggal Fasa Pertama Ramadhan

Alhamdulillah, kepada Allah jua kami mengucapkan syukur, selawat dan salam keatas Junjungan Nabi SAW, keluarga, para sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya sehingga hari kesudahan. Alhamdulillah, dalam ruangan Tazkirah Harian Ramadhan pada hari ini, saya tajukkan dengan Selamat Tinggal Fasa Pertama Ramadhan. Ramai di kalangan salafus soleh membahagikan fasa kepada tiga; sepuluh pertama, sepuluh kedua […]

Renungan Ramadhan #10: Pembukaan Kota Mekah Mukadimah Kejayaan

Alhamdulillah, saay pernah mencatatkan dalam Tazkirah Harian Ramadhan berkenaan Catatan Kemengan Ramadhan. Pada kali ini, saya akan tumpukan dan fokuskan secara khusus berkenaan dengan pembukaan kota Mekah. Catatan dalam Garis Masa Hayat al-Rasul SAW menunjukkan pembukaan kota Makkah berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-8 Hijrah. PEPERANGAN PEMBUKAAN KOTA MEKAH  Ibn al-Qayyim telah menyebutkan: “la adalah […]

Renungan Ramadhan #9: Bersahur Walau Seteguk Air

Kenapa kita perlu bersahur? Jawapannya, kerana mengikut perintah Nabi SAW. Antara kelebihannya, sebuah hadith diriwayatkan oleh oleh Anas Bin Malik RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:  تَسَحَّرُوا، فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً Maksudnya : “Bersahurlah kamu, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan.”  Riwayat al-Bukhari (1923) dan Muslim (45) Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith menyatakan bahawa hadith ini […]

Renungan Ramadhan #8: Jamulah Orang Berbuka Puasa

Alhamdulillah, segala puji bagi-Nya, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga, para sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya sehingga ke Hari Kesudahan.  Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang […]

Renungan Ramadhan #7: Puasa Menatijahkan Kesihatan

Alhamdulillah, lafaz syukur kami rafakkan kepada-Nya kerana dengan izin-Nya kita dapat meneruskan lagi acara ibadat puasa dan ibadat yang lain pada bulan Ramadhan. Antara yang ingin disampaikan dalam Tazkirah Harian Ramadhan pada kali ini, “Benarkah puasa boleh menatijahkan kesihatan yang baik?” Sebagai mukadimah persoalan ini, kami nukilkan dua hadith Nabi SAW: Daripada Ali Karramallahu Wajhah, […]

Renungan Ramadhan #6: Nabi Palsu Dibunuh, al-Mukhtar bin Abi ‘Ubaid al-Thaqafi

Alhamdulillah, sudah enam hari kita melangsungkan ibadat puasa Ramadhan. Dalam catatan kemenangan untuk siri Tazkirah Harian Ramadhan. Pada kali ini kami akan fokuskan kisah Nabi Palsu Dibunuh, al-Mukhtar bin Abi ‘Ubaid al-Thaqafi. Kami mulakan dengan dua hadith Nabi SAW: Ibn Abbas berkata: Disebutkan kepadaku bahawa Rasulullah SAW bersabda: بَيْنَا أَنَا نَائِمٌ، رَأَيْتُ أَنَّهُ وُضِعَ فِي […]

Renungan Ramadhan #4: Keluarga Ramadhan Melahirkan Baiti Jannati

Ramadhan merupakan madrasah yang sepatutnya kita memperolehi tarbiyah serta kebaikan yang amat banyak. Antara yang mungkin kita boleh usahakan dengan cita-cita yang teguh serta tekad dan azam menjadikan Ramadhan ini sebagai mukhayyam tarbawi.  Dengan kesibukan masa pada bulan-bulan yang lain, ramai ketua keluarga atau ibu bapa yang biasanya sibuk bekerja, tidak sempat untuk melayan kerenah […]