Alhamdulillah, kita sudah melalui hari kedua puasa. Ketahuilah, masa berlalu begitu pantas. Benarlah firman Allah SWT: وَالْعَصْرِ ﴿١﴾ إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ ﴿٢﴾ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ Maksudnya: “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian – Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta […]
Author Archives: zulkiflialbakri
Alhamdulillah, Ramadhan baru menjengah kita beberapa hari. Mengambil kesempatan dalam Tazkirah Harian Ramadhan pada kali ini saya tajukkan dengan Khatam al-Quran: Inilah Cita-Citaku. Walaupun saya bahasakan dengan Inilah Cita-Citaku tetapi maksud saya kita semua. Sebagai seorang Muslim mesti bertekad untuk mengkhatamkan al-Quran walaupun sekali sepanjang Ramadhan. Ini kerana, Ramadhan adalah bulan diturunkan al-Quran. Firman Allah […]
Sesungguhnya, Ramadhan mencatatkan banyak kemenangan. Menelusuri sejarah kegemilangan Islam dan obor kejayaannya telah dipandu dan dipimpin oleh Rasulullah SAW sendiri selepas tertegaknya kerajaan Islam di Madinah. Hal ini diteruskan lagi oleh Khulafa’ al-Rasyidin, Khilafah Umawiyyah, Khilafah Abbasiyyah, sehinggalah ke zaman mutakhir ini. Apabila disebutkan tentang kemenangan Islam, apa yang terlintas dalam minda kita sudah tentu […]
Alhamdulillah saya lafazkan dan zahirkan perasaan gembira sebagai seorang Muslim yang Mukmin pada awal Ramadhan, dengan niat untuk beribadah kepada Allah SWT dengan sesungguh-sungguhnya. Antara yang disunatkan untuk kita lakukan dalam menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak adalah: Pertama, kita doakan apabila masuk sahaja waktu Maghrib: اللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْأَمْنِ وَالْإِيمَانِ، وَالسَّلَامَةِ وَالْإِسْلَامِ، وَالتَّوْفِيقِ لِمَا نُحِبُّ […]
Mukadimah Mutakhir ini, isu tauliah yang dikeluarkan oleh sesebuah negeri atau ditahan yang melibatkan penceramah, imam, agamawan, pendakwah dan lain-lain dalam menyampaikan ceramah atau ilmu sama ada dihalang atau diberi, sentiasa berlaku pasang surutnya. Adakalanya pasang dan adakalanya surut. Ia akan menjadi lebih panas apabila membabitkan pendakwah terkenal sebagai contoh atau orang-orang agama yang masyhur. […]
Mukadimah Saya bukan orang filem untuk menilai kualiti sesebuah filem. Tapi saya tahu, karya seni yang baik akan menyampaikan maksud dalam dua pendekatan iaitu teks dan subteks. Teks adalah yang boleh dilihat mata kasar, sementara subteks lebih subjektif sifatnya. Ia perlu direnung dan dirasakan berdasarkan ilmu, pengalaman dan kerangka pemikiran seseorang. Teks penting untuk menarik […]
Mukadimah Alhamdulillah, lafaz syukur kepada Yang Maha Esa, selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi SAW, keluarga, para sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kesudahan. Pada hari ini, 23 Februari 2023, kami dikejutkan dengan pemergian tokoh pemikir Islam, bukan sekadar di Malaysia, bahkan di dunia iaitu Profesor Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal […]
Mukadimah Pada siri mawaqif kali ini, saya mulakan dengan melafazkan, ‘إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ’. Dari hati yang mendalam, saya nyatakan rasa yang amat sedih, simpati dan empati terhadap musibah yang ditanggung oleh saudara-saudara kita di Turkiye dan Syria akibat gempa bumi yang berlaku pada hari Isnin yang lepas. Peristiwa yang dahsyat ini sehingga telah […]
Nama beliau ialah Juwairiyah binti al-Harith bin Abu Dhirar bin Habib bin ‘A’iz bin Malik bin Juzaimah iaitu al-Mustaliq bin ‘Amr bin Rabi‘ah bin Harithah bin ‘Amr al-Khuza‘iyyah al-Mustaliqiyyah. Beliau pada awalnya merupakan tawanan perang dalam peperangan al-Muraisi‘ yang berlaku pada tahun 5 Hijrah. Nama asalnya ialah Barrah, akan tetapi kemudiannya Baginda menukarnya (kepada Juwairiyah). […]
Beliau ialah Zainab binti Jahsy bin Riyab. Beliau adalah sepupu Rasulullah SAW. Ibunya pula bernama Umaimah binti ‘Abd al-Muttalib bin Hasyim. Nama julukan — kunyah — beliau ialah Ummu al-Hakam. Beliau juga termasuk salah seorang yang awal masuk Islam dan berhijrah. Selain itu, beliau juga ada meriwayatkan hadith dan hadithnya terdapat dalam al-Kutub al-Sittah. Di […]