Category Archives: Mereka yang Dijamin Syurga

Ummu Aiman

Namanya ialah Barakah binti Tha‘labah bin ‘Amr bin Hisn bin Malik bin Salmah bin ‘Amr bin Nu‘man al-Habasyiyyah. Beliau berkahwin dengan Zaid bin Harithah selepas perkahwinannya yang pertama iaitu dengan ‘Ubaid al-Habasyi. Beliau lebih dikenali dengan Ummu Aiman kerana anak pertamanya bernama Aiman bin ‘Ubaid. Namun anak lelakinya yang paling masyhur dan merupakan seorang sahabat […]

Anas bin al-Nadhr R.A

Beliau ialah Anas bin al-Nadhr bin Dhamdham bin Zaid bin Haram bin Jundub bin ‘Amir bin Ghanm bin ‘Adi bin al-Najjar. Beliau ialah bapa saudara kepada Anas bin Malik. Beliau juga salah seorang yang menyertai peperangan Uhud dan syahid dalam peperangan tersebut. Tambahan lagi, beliau termasuk dalam kalangan orang-orang yang beriman, yang bersikap benar menunaikan […]

al-Miqdad bin al-Aswad al-Kindi R.A

Beliau ialah sahabat Rasulullah SAW dan termasuk dalam kalangan al-Sabiqun al-Awwalun (orang-orang yang terdahulu — yang mula-mula berhijrah dan memberi bantuan). Nama beliau ialah al-Miqdad bin ‘Amr bin Tha‘labah bin Malik bin Rabi‘ah al-Qudha‘i al-Kindi al-Bahrani. Beliau dipanggil sebagai al-Miqdad bin al-Aswad kerana beliau dipelihara dan dibesarkan di rumah al-Aswad bin ‘Abd Yaghuth al-Zuhri, lalu […]

Sa‘ad bin Muaz R.A

Beliau ialah Abu ‘Amr Sa‘ad bin Muaz bin al-Nu‘man bin Imri’ al-Qais bin Yazid bin ‘Abd al-Asyhal bin Jasym bin al-Harith bin al-Khazraj bin ‘Amr bin Malik bin al-Aus al-Ansari al-Ausi al-Asyhali al-Madani. Ibunya pula bernama Kabsyah binti Rafi‘, dan ibunya juga sempat bertemu dengan Nabi SAW. Sa‘ad telah memeluk Islam di tangan Mus‘ab bin […]

Zaid bin ‘Amr

Zaid bin ‘Amr bin Nufail bin ‘Abd al-‘Uzza bin Riyah bin Qurt bin Razah bin ‘Adi bin Ka‘ab bin Lu’ai bin Ghalib al-Qurasyi al-‘Adawi. Beliau ialah bapa kepada Sa’id bin Zaid yang merupakan salah seorang 10 sahabat yang dijamin syurga. Diceritakan bahawa Zaid bin ‘Amr selalu menghadap ke Kaabah lalu berkata: Tuhanku ialah Tuhan Ibrahim, […]

Waraqah bin Naufal

Waraqah bin Naufal bin Asad bin ‘Abd al-‘Uzza bin Qusai al-Qurasyi al-Asadi. Beliau adalah sepupu kepada Khadijah R.Anha, isteri Nabi SAW.  Beliau adalah salah seorang daripada empat orang, yang berkumpul pada hari perayaan Quraisy terhadap berhala-berhala mereka. Mereka berbicara sesama mereka dan bersepakat bahawa Quraisy telah menyimpang daripada agama Ibrahim A.S, dan bahawasanya tidak ada […]

Ummul Mukminin Aisyah R.Anha

Beliau ialah Aisyah binti Abu Bakar al-Siddiq Abdullah bin Uthman bin ‘Amr bin Ka‘ab bin Sa‘ad bin Taim al-Taimiyyah al-Qurasyiyyah. Ibu beliau bernama Ummu Ruman binti ‘Amir. Beliau dilahirkan empat atau lima tahun selepas Nabi SAW diutuskan sebagai Rasul (Lihat al-Isabah fi Tamyiz al-Sahabah, 8/231). Aisyah diberikan nama julukan — kunyah — Ummu ‘Abdillah kerana […]

Abu al-Dahdah al-Ansari R.A

Beliau ialah Abu Dahdah al-Ansari, mendapat jaminan perlindungan daripada kaum Ansar. Abu Umar berkata: “Aku tidak menjumpai namanya, mahupun nasabnya lebih daripada bahawasanya beliau daripada kaum Ansar dan mendapat jaminan perlindungan daripada mereka.” Begitu juga al-Baghawi mengatakan: “Abu Dahdah al-Ansari, dan tidak disebutkan apa-apa maklumat lain.” (Lihat al-Isabah fi Tamyiz al-Sahabah, 7/100). Diriwayatkan daripada Anas […]

Salman al-Farisi R.A

Beliau ialah Abu ‘Abdillah Salman al-Farisi, dipanggil juga sebagai Salman al-Khair maula Rasulullah SAW. Selain itu, beliau pernah ditanya berkenaan nasabnya, maka beliau akan menjawab: “Aku Salman bin al-Islam (yakni aku Salman anak Islam).” Beliau berasal dari Parsi, dari Ramhormoz. Namun, ada yang berpendapat, dari Jai iaitu sebuah bandar di Asfahan. Nama sebenar beliau sebelum […]

Thabit bin Qais R.A

Thabit bin Qais bin Syammas bin Zuhair bin Malik bin Imri’ al-Qais bin Malik bin Tha‘labah bin Ka‘ab bin al-Khazraj al-Ansari al-Khazraji. Beliau ialah seorang jurucakap al-Ansar. (Lihat al-Isabah, 1/511) Beliau juga merupakan jurucakap bagi Rasulullah SAW sebagaimana beliau seorang yang pandai bersyair. Beliau termasuk salah seorang yang menyertai peperangan Uhud dan peperangan selepas daripada […]