Sale!
Original price was: RM28.00.Current price is: RM20.00.
Sale!
Original price was: RM35.00.Current price is: RM20.00.
Sale!

Buku Fizikal

Taufan Al-Aqsa

Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM40.00.Current price is: RM30.00.
Sale!
Original price was: RM70.00.Current price is: RM60.00.
Sale!
Original price was: RM310.00.Current price is: RM160.00.

SOALAN

Apakah maksud “doa yang mustajab pada penghujung solat”?

JAWAPAN

Antara waktu yang kita digalakkan untuk berdoa padanya bagi mendapatkan kemustajaban adalah pada penghujung solat. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Umamah Al-Bahili R.A bahawa Rasulullah S.A.W ditanyakan:

يَا رَسُولَ اللَّهِ أَىُّ الدُّعَاءِ أَسْمَعُ قَالَ جَوْفُ اللَّيْلِ الآخِرُ وَدُبُرَ الصَّلَوَاتِ الْمَكْتُوبَاتِ

Maksudnya: “Wahai Rasulullah, doa apakah yang paling didengari ? Lalu kata Rasulullah S.A.W: Di pertengahan malam dan pada penghujung solat fardhu.”[1]

Syeikh Al-Mubarakfuri berkata: ‘’Iaitu doa yang lebih tepat menuju ke langit atau paling hampir kepada kemustajaban’’.[2]

Imam Ibn Manzur menyebut: “Dubur bermaksud lawan kepada perkataan qubul. Dubur bagi setiap sesuatu adalah sesudahnya (yang mengikutinya) dan juga penghujungnya. Kata jamak baginya adalah adbār.”

Beliau juga menukilkan kata-kata Al-Jauhari yang menyebut: “Dubur adalah perkataan berlawanan bagi qubul. Dan dubur (penghujung) bagi bulan adalah penghujung bulan. Manakala dubur bagi rumah adalah penghujung dan juga bahagian sudut (bucu) rumah.

Manakala Ibn Sidah berkata: “Dan adbaar sujud bermaksud penghujung-penghujung solat. Manakala Ibn Burzaj berkata: Dabir al-Amr (penghujung bagi sesuatu) adalah bahagian akhirnya.”[3]

Diriwayatkan oleh Muaz bin Jabal bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أُوصِيكَ يَا مُعَاذُ لاَ تَدَعَنَّ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ تَقُولُ اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Maksudnya: “Aku berpesan kepada mu wahai Muaz, janganlah kau meninggalkan pada penghujung setiap solat dari kau membaca: ‘’Ya Allah bantulah aku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan elok dalam beribadah kepada-Mu’’.[4]

Para ulama berbeza pendapat terhadap maksud perkataan dubur (penghujung) solat tersebut. Secara umumnya, ada dua pendapat dalam isu ini iaitu (i) selepas tasyahhud akhir sebelum salam atau (ii) selepas memberi salam.

Imam Ibn Al-Qayyim berkata: ‘’Dubur (penghujung) solat itu mempunyai kemungkinan sama ada sebelum salam atau selepas salam. Guru kami (Ibn Taimiyyah) merajihkan bahawa maksudnya adalah sebelum salam. Lalu aku pun merujuk isu ini kepadanya dan beliau berkata: ‘’Dubur bagi setiap sesuatu adalah sebahagian darinya, seperti dubur haiwan’’.[5]

Mereka menyebut isu ini apabila mengulas berkenaan hadis:

يَا رَسُولَ اللَّهِ أَىُّ الدُّعَاءِ أَسْمَعُ قَالَ جَوْفُ اللَّيْلِ الآخِرُ وَدُبُرَ الصَّلَوَاتِ الْمَكْتُوبَاتِ

Maksudnya: “Wahai Rasulullah, doa apakah yang paling didengari? Lalu kata Rasulullah S.A.W: Di pertengahan malam dan pada penghujung solat fardhu.”[6]

Sebahagian ulama pula berpendapat bahawa maksud penghujung solat itu adalah selepas memberi salam. Ini antaranya berhujahkan firman Allah S.W.T:

فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلَاةَ فَاذْكُرُوا اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِكُمْ

Maksudnya: “Maka apabila kamu selesai melaksanakan solat, berzikirlah kepada Allah dalam keadaan berdiri, duduk, dan juga berbaring.”[7]

Kemudian datanglah beberapa riwayat hadis yang menjelaskan tentang zikir-zikir yang dimaksudkan. Antaranya menerusi sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Al-Mughirah bin Syu’bah radhiyallahu ‘anhu beliau berkata bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W membaca pada penghujung solat apabila baginda selesai memberi salam:

‏لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهْوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ، اللَّهُمَّ لاَ مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلاَ مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ

Maksudnya: ‘Tidak ada Tuhan melainkan Allah, Dia lah yang Maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya. Buat-Nya seluruh kepujian dan Dia Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu. Wahai Allah, tidak ada yang dapat menghalang terhadap suatu yang telah Kau berikan, tidak ada yang dapat memberi apabila Kau telah menghalangnya. Dan kekayaan pemilik kekayaan tidak dapat memberi manfaat kepadanya berbanding diri-Mu’’.[8]

Imam Al-Bukhari di dalam kitabnya Sahih Al-Bukhari meletakkan hadis ini di dalam bab : ‘’Berdoa selepas solat’’.

Kesimpulannya, riwayat-riwayat yang menyebut tentang zikir-zikir dan disertakan isyarat bahawa ia dibaca sesudah solat, maka maksud penghujung solat di situ adalah selepas memberi salam. Manakala riwayat-riwayat yang menyebutkan bacaan doa penghujung solat tanpa mengikatnya dengan bacaan selepas solat, maka penghujung solat di situ adalah selepas tasyahhud akhir sebelum salam. Boleh untuk membaca doa dan zikir pada dua tempat tersebut. Wallahu a’lam.

[1] Riwayat Al-Tirmizi, no. 3499

[2] Tuhfat al-Ahwadhi, 9/331

[3] Lisan Al-‘Arab, Ibn Manzhur, 5/210

[4] Riwayat Abu Dawud, no. 1552

[5] Rujuk Zad Al-Ma’ad 1/294.

[6] Riwayat Al-Tirmizi (3499)

[7] Surah Al-Nisa’ (103)

[8] Riwayat Al-Bukhari (6330)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *