Sale!
Original price was: RM28.00.Current price is: RM20.00.
Sale!
Original price was: RM35.00.Current price is: RM20.00.
Sale!

Buku Fizikal

Taufan Al-Aqsa

Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM40.00.Current price is: RM30.00.
Sale!
Original price was: RM70.00.Current price is: RM60.00.
Sale!
Original price was: RM310.00.Current price is: RM160.00.

Soalan

Assalamualaikum ustaz. Apakah kedudukan hadis yang dikatakan berbunyi: “Ibadat pada suasana fitnah adalah sama seperti hijrah bersama dengan aku.” Mohon ustaz jelaskan tentang maksud hadis ini. Terima kasih.

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Untuk menjawab persoalan di atas, hadis ini diriwayatkan daripada Ma’qal bin Yasar R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

الْعِبَادَةُ فِي الْهَرْجِ كَهِجْرَةٍ إِلَىَّ

Maksudnya: “Beribadat dalam suasana fitnah/musibah bagaikan hijrah kepadaku.”[1]

Imam al-Nawawi menjelaskan: Maksud daripada hadis ini adalah ketika berlaku fitnah dan bercampur-baurnya perkara dan urusan dalam kalangan manusia. Kelebihan beribadah dalam keadaan seperti ini adalah kerana ramai orang melalaikannya, sehingga tidak ada yang memfokuskan untuk beribadah melainkan sedikit sahaja.[2]

Al-Qurtubi berkata: “Fitnah dan kesusahan yang menyulitkan akan berlaku, sehingga urusan agama diambil ringan dan sedikit orang yang memperhatikannya. Sehingga tidak ada orang yang memperhatikan kecuali masalah dunianya semata-mata dan kehidupan sehariannya. Oleh kerana itu, pahala ibadah pada waktu kesulitan dan fitnah adalah amat besar sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, daripada Ma’qal bin Yasar.[3]

Kalimah al-harj (الْهَرْجِ) ini sebagaimana ditafsirkan dengan maksud berlaku khilaf dan fitnah. Dan ditafsirkan juga, dengan maksud (dalam) sebahagian daripada hadis-hadis pembunuhan kerana fitnah-fitnah dan perselisihan membawa kepada sebab-sebab tersebut. Maka didirikan musabbab pada maqam sabab.

Hal ini sepertimana disebut dalam hadis riwayat Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَكْثُرَ الْهَرْجُ، قَالُوا: وَمَا الْهَرْجُ يَا رَسُولَ اللهِ؟ قَالَ: الْقَتْلُ، الْقَتْلُ.

Maksudnya: “Tidak akan datang hari Kiamat sehinggalah banyaknya al-Harj.” Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah al-Harj itu?” Baginda menjawab: “Pembunuhan. Pembunuhan.”[4]

Al-Hafiz Ibn Hajar dalam kitab Fath al-Bari[5] berkata: Asal lafaz al-harj (الْهَرْجُ) dalam bahasa Arab bermaksud percampuran. Contohnya, ‘هَرَجَ النَّاس’ ertinya manusia telah bercampur-baur. Contoh lain, ‘هَرَجَ الْقَوْم فِي الْحَدِيث’ ertinya orang ramai telah banyak berbicara dan bersimpang-siur.

Kemudian, beliau menukilkan bahawa penulis kitab al-Muhkam menyebut beberapa makna daripada perkataan al-harj (الْهَرْجُ) dan keseluruhannya ada sembilan, iaitu:

  1. Pembunuhan yang kejam (شِدَّة الْقَتْل)
  2. Banyak pembunuhan (كَثْرَة الْقَتْل)
  3. Percampuran (الِاخْتِلَاط)
  4. Fitnah pada akhir zaman (الْفِتْنَة فِي آخِر الزَّمَان)
  5. Banyak pernikahan (كَثْرَة النِّكَاح)
  6. Banyak dusta (كَثْرَة الْكَذِب)
  7. Banyak tidur (كَثْرَة النَّوْم)
  8. Apa yang dilihat ketika tidur, tanpa dapat difahami (مَا يُرَى فِي النَّوْم غَيْر مُنْضَبِط)
  9. Tidak tekun terhadap sesuatu (عَدَم الْإِتْقَان لِلشَّيْءِ)

Al-Jauhari berkata:

أَصْل الْهَرْج الْكَثْرَة فِي الشَّيْء يَعْنِي حَتَّى لَا يَتَمَيَّز

Maksudnya: “Makna asal al-harj (الْهَرْجُ) adalah banyak pada sesuatu, yakni sehingga tidak dapat dibezakan.”[6]

Berdasarkan kepada hadis Ma’qal bin Yasar juga, kita akan dapat lihat bahawa Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya, Fiqh al-Aulawiyyat (hlm. 94) telah menjelaskan tentang betapa pentingnya kita berusaha untuk kita beramal pada zaman fitnah, dan di situlah keutamaannya. Kemudian beliau menyatakan, bahawa pada zaman fitnah, fadhilat (bagi) orang yang thabit (tetap) dalam agamanya adalah amat-amat besar, di mana berpegang dengan agamanya pada hari-hari yang perlu kepada kesabaran, baginya pahala 50 daripada sebahagian sahabat.

Justeru, ini menggambarkan bahawa, beramal pada zaman-zaman fitnah demikian adalah perkara yang amat baik, kerana amalan soleh di sini membawa kekuatan kepada berpegang teguh kepada agama dan tetap dengan penuh keyakinan serta thabit (yakni tetap atas kebenaran).

Maka keperluan untuk melakukan amalan soleh pada zaman seperti ini, jauh lebih baik daripada masa-masa yang lain. Itulah yang difahamkan daripada hadis Ma’qal bin Yasar ini.

Selain itu, maksud 50 di sini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmizi, di mana ditambah dengan lafaz: “Bahawa ditanya kepada Rasulullah:

يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَجْرُ خَمْسِينَ رَجُلاً مِنَّا أَوْ مِنْهُمْ؟ قَالَ ‏:‏ لاَ بَلْ أَجْرُ خَمْسِينَ مِنْكُمْ ‏

Maksudnya: “Ya Rasulullah, adakah pahala 50 lelaki itu daripada kalangan kami (yakni dari kalangan sahabat) atau dari kalangan mereka (yakni selepas daripada sahabat)?” Rasulullah SAW menjawab: “Bahkan, pahala 50 di kalangan kamu.”[7]

Wallahu a’lam.

Bertarikh: 3 Mac 2022 bersamaan 29 Rejab 1443H

[give_form id=”14962″]

[1] Riwayat Muslim (2948), al-Tirmizi (2201) Ibn Majah (3235), Ibn Hibban (5957) dan disebut dalam al-Sahih al-Jami’ al-Saghir wa Ziyadatuhu (3974).

[2] Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 9/340

[3] Dinukilkan oleh al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari, 20/123

[4] Riwayat al-Bukhari (1036) dan Muslim (157)

[5] Lihat Fath al-Bari (20/68)

[6] Lihat Fath al-Bari, 20/68

[7] Riwayat Abu Daud dalam al-Malahim (4341) dan al-Tirmizi dalam al-Tafsir (3060). Beliau menyatakan bahawa hadis ini adalah hasan gharib. Juga diriwayatkan oleh Ibn Majah dalam al-Fitan (4041).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *