YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sebentar tadi berada di PPR Batu Muda, Kuala Lumpur bagi menyampaikan sumbangan menerusi program Foodbank YaPEIM #MUSAADAHCOVID19.
Sumbangan yang disampaikan berupa barangan kering berjumlah RM300 dan wang tunai RM200 yang disalurkan terus kepada akaun 598 orang penduduk PPRT melibatkan peruntukan sebanyak RM328,900.
Majlis berlangsung dalam suasana yang ringkas, melibatkan hanya 12 orang wakil penduduk dalam kurang 10 minit.
#socialdistancing #stayathome #Covid_19