Sale!
Original price was: RM28.00.Current price is: RM20.00.
Sale!
Original price was: RM35.00.Current price is: RM20.00.
Sale!

Buku Fizikal

Taufan Al-Aqsa

Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM40.00.Current price is: RM30.00.
Sale!
Original price was: RM70.00.Current price is: RM60.00.
Sale!
Original price was: RM310.00.Current price is: RM160.00.

SOALAN

Saya dan pasangan saya masih belajar di peringkat universiti. Namun kadang-kadang batas pergaulan kami melebihi yang sepatutnya. Secara jujurnya, kami ingin sangat untuk berkahwin secara nikah khitbah demi mengelakkan dosa maksiat ini. Bagi kami itu sahaja jalan penyelesaiannya iaitu kahwin. Permasalahannya jika kami berkahwin tanpa pengetahuan bapa kepada kekasih saya, iaitu bernikah di Thailand, adakah ianya sah? Kami ingin mengambil langkah ini kerana tidak ingin menimbulkan masalah atau kesulitan dari kedua-dua belah pihak keluarga.

JAWAPAN

Saya bahagikan jawapan bagi persoalan saudari ini kepada dua poin utama; (i) nikah gantung (ii) nikah lari di Thailand. Tidak ada istilah nikah gantung / nikah khitbah dalam Islam. Jika perkahwinan dilakukan dengan memenuhi syarat dan rukunnya, maka ia adalah perkahwinan secara Islam yang sah. Mungkin yang dikatakan nikah khitbah itu bermaksud perkahwinan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh tertentu hasil persetujuan bersama antara kedua-dua belah pihak. Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin diadakan kemudian.

Jika begitulah maksudnya, maka nikah gantung itu harus dilakukan kerana majlis kenduri dan hantaran yang besar itu bukan rukun dan bukan syarat bagi perkahwinan. Kenduri walimah untuk menjemput saudara mara dan kenalan bagi meraikan pasangan mempelai hanya sunat sahaja. Kenduri secara kecil-kecilan pun sudah memadai. Manakala hantaran adalah hadiah pihak lelaki kepada wanita. Hadiah ialah pemberian ikhlas, tidak wajib.

Ada banyak faktor mengapa segelintir dalam kalangan masyarakat kita memilih nikah khitbah. Antaranya adalah faktor kewangan dan masih bergelar pelajar/mahasiswa. Walaupun tidak sebumbung, tanggungjawab sebagai suami isteri tetap wajib dilaksanakan seadanya. Pun begitu, sebaik-baiknya berbincanglah dengan ibu bapa dan keluarga kedua-dua pihak supaya tidak timbul masalah di kemudian hari. Perkahwinan bukan sekadar kaedah untuk menyalurkan nafsu melalui jalan yang halal, tetapi hubungan suci yang menyatukan dua jasad, dua jiwa dan dua keluarga.

Sabda Nabi SAW:

رِضَى الرَّبِّ فِي رِضَى الوَالِدِ ، وَسَخَطُ الرَّبِّ فِي سَخَطِ الْوَالِدِ.

Maksudnya: “Keredaan Allah terletak pada keredaan kedua ibubapa, dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.”[1]

Berkenaan kahwin lari, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Kahwin Lari di Selatan Thailand. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum pernikahan di luar negara adalah sah dengan syarat, pernikahan itu mengikut rukun nikah, pernikahan itu melebihi dua marhalah, tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak di tempat dia bermastautin. Pernikahan itu juga hendaklah dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana beliau ditauliahkan sebagai wali hakim.[2]

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Perkahwinan Lari Meninggalkan Wali Lebih Dua Marhalah Mengikut Mazhab Al-Syafie. Muzakarah telah memutuskan bahawa perkahwinan yang dilakukan oleh jurunikah yang diiktiraf oleh pihak berkuasa bagi pasangan yang berjauhan dari wali lebih dari dua marhalah adalah sah menurut mazhab Al-Syafie. [3]

Adalah dinasihatkan agar sebaik-baiknya, pasangan yang ingin berkahwin, contohnya di negara Thailand atas apa-apa sebab termasuk sebab tidak mendapat izin wali atau tanpa kebenaran poligami daripada isteri hendaklah terlebih dahulu mendapatkan surat kebenaran untuk berkahwin di luar negara dari Pejabat Agama di negeri masing-masing. Ini akan melibatkan beberapa langkah, seperti menghadiri kursus pra-perkahwinan, mendapatkan surat kebenaran poligami jika ingin berpoligami tapi tidak mendapat izin daripada isteri, mengemukakan surat akuan status diri (dara, janda atau balu) dan sebagainya. Sekiranya berkahwin di Thailand setelah mendapat surat kebenaran nikah di luar negara, proses pendaftaran nikah Thailand di Malaysia akan menjadi lebih mudah setelah kembali dari Thailand nanti.

Saya ingin mengingatkan bahawa perkahwinan bukanlah satu perkara yang boleh dipandang ringan. Bersamanya amanah yang berat akan tertanggung di suami mahupun isteri sebagai hamba Allah. Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan pasangan mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan melalui jalan yang baik, dan mempertautkan hubungan yang baik antara dua buah keluarga dengan redha Allah SWT jua ibu bapa. Wallahu a’lam.

______________________

[1] Riwayat al-Tirmizi (194)

[2] http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/15266

[3] http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/15265

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *