SOALAN

Bolehkah perawat lelaki yang melakukan ruqyah syar’iyyah menyentuh pesakit wanita dengan berlapik?

JAWAPAN

Hukum bersentuhan kulit antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram adalah haram. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ma’qil bin Yasar R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

 لأَنْ يُطْعَنَ فِي رَأْسِ أَحَدِكُمْ بِمِخْيَطِ مِنْ حَدِيدٍ خَيرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأةً لَا تَحِلُّ لَهُ

Maksudnya: Sekiranya dicucuk kepala salah seorang daripada kamu dengan jarum daripada besi, nescaya itu lebih baik buatnya berbanding dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya (bukan mahram).[1]

Walaupun zahir hadis menunjukkan pengharaman ke atas lelaki, akan tetapi hukum tersebut tetap terpakai sebaliknya sebagaimana yang dijelaskan oleh Mulla ‘Ali al-Qari:

الْخِطَاب إِذَا وَرَدَ بِلَفْظِ الذُّكُورِ كَانَ خِطَابًا لِلنِّسَاءِ إِلَّا فِي مَوَاضِعَ مَخْصُوصَةٍ

Maksudnya: “Sesuatu khitab (ayat atau kenyataan) apabila terdapat padanya lafaz orang lelaki, maka ia juga adalah khitab kepada orang perempuan dalam masa yang sama, melainkan pada keadaan-keadaan yang tertentu.”[2]

Saya teringat kepada kisah Syeikh Hasan Habannakah tatkala seorang perempuan hendak bersalam dengannya lantas beliau tidak mengizinkannya. Kemudian dikatakan bahawa boleh jadi Syeikh dalam keadaan wudhu’ maka Syeikh menjawab : “Tidak. Tetapi sebenarnya Rasulullah SAW tidak menyentuh tangan mana-mana perempuan yang bukan mahram!”

Hal ini adalah berdasarkan hadith daripada Saidatina A’ishah radhiyallahu ‘ana:

وَاللَّهِ مَا مَسَّتْ يَدُهُ يَدَ امْرَأَةٍ قَطُّ فِي الْمُبَايَعَةِ، مَا يُبَايِعُهُنَّ إِلاَّ بِقَوْلِهِ

Maksudnya: “Demi Allah! Tangan Rasullullah SAW tidak pernah disentuh oleh wanita (bukan mahram) sekali pun dalam baia’h (perjanjian, Mereka hanya membaia’h dengan ucapan sahaja.”[3]

Justeru, alangkah eloknya jika tidak disentuh dan hanya membaca doa kepada seseorang pesakit tersebut jika sekiranya perawat lelaki dan pesakit perempuan yang bukan mahram. Apa yang utama adalah bacaan, dan bukan sentuhan. Wallahu a’lam.


[1] Riwayat Al-Thabarani, Mu’jam Al-Kabir, 20/211

[2] Mirqat Al-Mafatih, 2/423.

[3] Riwayat Imam Bukhari, no. 4891

Sale!
Original price was: RM28.00.Current price is: RM20.00.
Sale!
Original price was: RM35.00.Current price is: RM20.00.
Sale!

Buku Fizikal

Taufan Al-Aqsa

Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM40.00.Current price is: RM30.00.
Sale!
Original price was: RM70.00.Current price is: RM60.00.
Sale!
Original price was: RM310.00.Current price is: RM160.00.

0 thoughts on “#2 Perawat Lelaki Menyentuh Pesakit Wanita

  1. Amaluddin Salihin bin Muhamad says:

    Alhamdulillah, terima kasih Dr, Dr., minta bantuan huraikan mengenaii sentuhan antara Dr, lelaki dan pesakit wanita atau Dr. Wanita dengan pesakit lelaki. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *