[ux_products]
Soalan
Assalamualaikum ustaz. Adakah boleh melakukan solat jamak ketika banjir melanda di sesuatu kawasan berdasarkan hadis di mana Nabi SAW solat jamak ketika hujan? Dan boleh jelaskan situasi dan syarat-syarat dijamakkan solat ketika hujan?
Jawapan
Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.
Dalam isu di atas, kami lebih cenderung kepada pendapat yang mengatakan tidak boleh untuk mereka melakukan solat jamak semasa banjir. Ini kerana, mangsa banjir pada kebiasaannya ditempatkan di dalam penempatan sementara seperti dewan orang ramai, sekolah-sekolah, dan sebagainya. Berkumpulnya mereka di situ sahaja sudah membolehkan untuk mereka solat berjamaah pada setiap solat fardhu.
Adapun solat jamak ketika hujan, ianya memang benar warid daripada Nabi SAW dan dibolehkan di sisi mazhab Syafie.[1] Akan tetapi ianya hendaklah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh para fuqaha’ iaitu:
Semoga Allah kurniakan kepada kita untuk cintakan solat sebagaimana Rasulullah SAW pernah bersabda:
وَجُعِلَتْ قُرَّةُ عَيْنِي فِي الصَّلاَةِ
Maksudnya: “Dijadikan penyejuk mataku pada solat.”[6]
Wallahu a’lam.
Bertarikh: 28/10/2021 bersamaan 21 Rabiul Awwal 1443H
[1] Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 4/378
[2] Lihat al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 1/484 – 485
[3] Lihat Mughni al-Muhtaj, 1/274; al-Hawi, 4/494; al-Majmu’, 4/258
[4] Lihat al-Umm, 1/95
[5] Lihat al-Majmu’, 4/378
[6] Riwayat al-Nasa’ie (3940) dan Ahmad (14037). Al-Hafiz Ibn Hajar menyatakan isnadnya sahih. (Lihat Fath al-Bari, 11/353)