#70 Keutamaan Antara Bilal dan Imam

-25%
Original price was: RM440.00.Current price is: RM330.00.
-30%
Original price was: RM10.00.Current price is: RM7.00.
-30%
Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%

Buku Fizikal

Dengan Nama Allah

Original price was: RM15.00.Current price is: RM10.50.
-30%

Buku Fizikal

Imam Mahdi

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%

Buku Fizikal

Yajuj dan Majuj

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%

Buku Fizikal

Hakikat Dajjal

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-29%
Original price was: RM70.00.Current price is: RM50.00.

Soalan

Assalamualaikum ustaz. Boleh jelaskan, manakah yang lebih utama, antara seorang bilal dan imam?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Imam bermaksud seseorang yang diikuti kerana memiliki beberapa sifat yang baik, seperti ketaatan, berani serta alim.[1] Imam juga bermaksud seseorang yang diikuti oleh orang lain, seperti imam ketika solat, sebagai seorang khalifah, atau panglima tentera.[2]

Perkataan imam itu sendiri memberi maksud di hadapan yang dirujuk serta diikuti sedangkan pengikutnya pula dikenali sebagai makmum. Hal ini berlandaskan hadis Nabi SAW:

اِنَّمَا جُعِلَ الإِمَامُ لِيُؤتَمَّ بِهِ

Maksudnya: “Sesungguhnya imam dijadikan untuk diikuti.”[3]

Sesungguhnya makmum itu diwajibkan mengikuti segala pergerakan yang dilakukan oleh imam, seperti takbir al-ihram, sujud, iktidal dan sebagainya.[4] Segala perbuatan yang dilakukan oleh makmum itu hendaklah dilakukan setelah imam melakukannya. Sekiranya perbuatan makmum itu dilakukan sebelum perbuatan imam, maka sembahyangnya itu terbatal.[5]

Azan pula merupakan salah satu daripada syiar Islam yang sangat besar. Dari segi syarak ianya bermaksud perkataan yang khusus yang mana ianya dilaungkan untuk memberitahu tentang telah masuknya waktu solat fardu. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Malik bin al-Huwairith. Kata beliau:

أَتَيْتُ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- أَنَا وَصَاحِبٌ لِى فَلَمَّا أَرَدْنَا الإِقْفَالَ مِنْ عِنْدِهِ قَالَ لَنَا إِذَا حَضَرَتِ الصَّلاَةُ فَأَذِّنَا ثُمَّ أَقِيمَا وَلْيَؤُمَّكُمَا أَكْبَرُكُمَا

Maksudnya: “Aku dan sahabatku datang untuk bertemu dengan Nabi SAW. Apabila kami mahu pulang, Rasulullah SAW bersabda Jika masuk waktu solat maka azanlah dan kemudian laungkan iqamah. Biarkan orang yang paling tua dari kalangan kalian yang menjadi imam.”[6]

Imam Al-Nawawi menyebut bahawa hadis ini menjadi dalil bahawa wajib untuk sentiasa menjaga syiar azan sama ada ketika bermusafir mahupun berada di kawasan tempat tinggal.[7]

Azan merupakan zikir yang khusus. Islam mensyariatkannya sebagai pemberitahuan masuknya waktu solat fardhu serta menyeru orang Islam bersama menunaikan solat. Iqamah pula sama seperti azan dengan beberapa perbezaan berikut, antaranya lafaz azan dua kali berturut-turut, manakala lafaz iqamah sekali sahaja.[8]

Mana Lebih Utama dan Baik?

Masalah ini menjadi khilaf dalam kalangan ulama’.

Pertama: Menurut pendapat yang sahih daripada ulama’ Syafi’e dan Hanbali, azan beserta iqamah adalah lebih baik daripada menjadi imam. Ini disebabkan Allah SWT berfirman:

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّـهِ وَعَمِلَ صَالِحًا

Maksudnya“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh…”[9]

‘Aisyah R.Anha berkata, “Mereka yang dimaksudkan oleh ayat ini ialah tukang azan.”

Terdapat banyak hadis yang menyatakan kelebihan melakukan azan. Antaranya sabda Nabi SAW:

لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الْأَوَّلِ ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلَّا أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لَاسْتَهَمُوا

MaksudnyaKalaulah orang ramai tahu tentang kelebihan azan, dan berada di saf pertama kemudian tiada ruang bagi mereka kecuali melalui mengundi nescaya mereka sanggup mengundi.[10]

Rasulullah SAW juga bersabda:

فَإِذَا كُنْتَ فِي غَنَمِكَ أَوْ بَادِيَتِكَ فَأَذَّنْتَ بِالصَّلَاةِ فَارْفَعْ صَوْتَكَ بِالنِّدَاءِ فَإِنَّهُ لَا يَسْمَعُ مَدَى صَوْتِ الْمُؤَذِّنِ جِنٌّ وَلَا إِنْسٌ وَلَا شَيْءٌ إِلَّا شَهِدَ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

MaksudnyaJika kamu berada bersama-sama dengan kambing kamu atau di kebun kamu, dan engkau berazan untuk sembahyang, hendaklah engkau angkatkan suara menyeru orang bersembahyang, sebab suara orang yang azan tidak didengar oleh jin atau manusia ataupun sesuatu kecuali dia menyaksikan baginya pada Hari Akhirat.[11]

Hadis lain pula menyatakan:

الإِمَامُ ضَامِنٌ وَالْمُؤَذِّنُ مُؤْتَمَنٌ ، اللَّهُمَّ أَرْشِدِ الأَئِمَّةَ وَاغْفِرْ لِلْمُؤَذِّنِينَ.

MaksudnyaImam adalah bertanggungjawab (damin), tukang azan adalah orang yang dipercayai (amanah). Ya Allah, berilah petunjuk kepada imam-imam dan ampunilah tukang azan.[12]

Amanah lebih tinggi daripada dhaman dan keampunan adalah lebih tinggi daripada petunjuk. Nabi Muhammad SAW dan para khalifah tidak melakukan tugas azan ini kerana mereka tidak mempunyai banyak masa.

Kedua: Menurut pendapat ulama’ Hanafi, iqamah dan menjadi imam adalah lebih baik daripada azan kerana Nabi Muhammad SAW dan para khalifah menjalankan tugas imam, tetapi mereka tidak menjalankan tugas menjadi tukang azan.[13]

Tarjih

Kami berpendapat seperti pendapat jumhur dan juga Mazhab Syafi’e kerana zahir Nas hadis. Begitu juga dengan terlalu banyaknya fadilat azan dan iqamah ini. Walaupun begitu, tanpa kita nafikan kelebihan imam sebagai ketua dalam acara ibadat solat berjemaah.

Semoga kita semua mendapat kebaikan sama ada menjadi imam atau menjadi muazzin bahkan menjadi makmum. Amin.

Wallahu a’lam.

Bertarikh: 28/10/2021 bersamaan 21 Rabiul Awwal 1443H

 

[1] Lihat Taj al-‘Arus, 16/230

[2] Lihat Mu’jam al-Wasit, hlm. 27

[3] Riwayat al-Bukhari (657) dan Muslim (411)

[4] Lihat Fath al-Mun’im Syarah Sahih Muslim, 2/553

[5] Lihat Syarah Sahih Bukhari Ibn Battal, 2/310

[6] Riwayat Muslim (1570)

[7] Lihat al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 2/175

[8] Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/349

[9] (Surah al-Fussilat: 33)

[10] Riwayat al-Bukhari (615)

[11] Riwayat al-Bukhari (609)

[12] Riwayat Abu Daud (517)

[13] Lihat al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 1/549-550

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *