#93 Imam Menyebut Assolatul Jami’ah

-43%
Original price was: RM35.00.Current price is: RM20.00.
-25%

Inspirasi Kehidupan

Inilah Doaku

Original price was: RM20.00.Current price is: RM15.00.
-25%
Original price was: RM20.00.Current price is: RM15.00.
-29%
Original price was: RM70.00.Current price is: RM50.00.

Soalan

Assalamualaikum. Adakah disunnahkan imam menyebut assolatul jami’ahย kepada makmum antara selepas iqamah dan sebelum solat fardhu didirikan?. Hal ini mengelirukan saya kerana setahu saya, solat fardhu ini didirikan hanya dengan panggilan azan dan iqamah. Mohon pencerahan.

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Pertama sekali, Azan disyariatkan untuk memanggil orang-orang Islam untuk menunaikan solat fardhu secara berjemaah di Masjid. Pensyariatan azan ini berlaku pada tahun pertama hijrah.[1] Manakala asal usul lafaz azan ini disyariatkan apabila terdapat dua orang sahabat pada zaman Nabi SAW yang telah bermimpi yang perkara yang sama mengenai lafaz azan ini, iaitu Abdullah bin Zaid R.A dan Umar bin al-Khattab R.A. Hal ini sepertimana yang diriwayatkan dalam satu hadis yang panjang, daripada Abdullah bin Zaid R.A katanya:

ู„ูŽู…ู‘ูŽุง ุฃูŽู…ูŽุฑูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ุจูุงู„ู†ู‘ูŽุงู‚ููˆุณู ูŠูุนู’ู…ูŽู„ู ู„ููŠูุถู’ุฑูŽุจูŽ ุจูู‡ู ู„ูู„ู†ู‘ูŽุงุณู ู„ูุฌูŽู…ู’ุนู ุงู„ุตู‘ูŽู„ุงูŽุฉู ุทูŽุงููŽ ุจููŠ ูˆูŽุฃูŽู†ูŽุง ู†ูŽุงุฆูู…ูŒ ุฑูŽุฌูู„ูŒ ูŠูŽุญู’ู…ูู„ู ู†ูŽุงู‚ููˆุณู‹ุง ูููŠ ูŠูŽุฏูู‡ู ุŒ ููŽู‚ูู„ู’ุชู : ูŠูŽุง ุนูŽุจู’ุฏูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุฃูŽุชูŽุจููŠุนู ุงู„ู†ู‘ูŽุงู‚ููˆุณูŽ ุŸ ู‚ูŽุงู„ูŽ : ูˆูŽู…ูŽุง ุชูŽุตู’ู†ูŽุนู ุจูู‡ู ุŸ ููŽู‚ูู„ู’ุชู : ู†ูŽุฏู’ุนููˆ ุจูู‡ู ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ุตู‘ูŽู„ุงูŽุฉู ุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ : ุฃูŽููŽู„ุงูŽ ุฃูŽุฏูู„ู‘ููƒูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูŽุง ู‡ููˆูŽ ุฎูŽูŠู’ุฑูŒ ู…ูู†ู’ ุฐูŽู„ููƒูŽ ุŸ ููŽู‚ูู„ู’ุชู ู„ูŽู‡ู: ุจูŽู„ูŽู‰ ุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ : ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ : ุชูŽู‚ููˆู„ู : ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฃูŽูƒู’ุจูŽุฑู ุŒ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฃูŽูƒู’ุจูŽุฑู ุŒ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฃูŽูƒู’ุจูŽุฑู ุŒ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฃูŽูƒู’ุจูŽุฑู…ุฑู

ู‚ูŽุงู„ูŽ : ุซูู…ู‘ูŽ ุงุณู’ุชูŽุฃู’ุฎูŽุฑูŽ ุนูŽู†ู‘ููŠ ุบูŽูŠู’ุฑูŽ ุจูŽุนููŠุฏู ุŒ ุซูู…ู‘ูŽ ุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ : ูˆูŽุชูŽู‚ููˆู„ู : ุฅูุฐูŽุง ุฃูŽู‚ูŽู…ู’ุชูŽ ุงู„ุตู‘ูŽู„ุงูŽุฉูŽ ุŒ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฃูŽูƒู’ุจูŽุฑู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฃูŽูƒู’ุจูŽุฑู…ุฑู

Maksudnya: โ€œKetika Nabi SAW meminta loceng supaya orang boleh memukulnya bagi menghimpunkan (orang ramai) untuk solat, tiba-tiba saya teringat ketika sedang tidur, seorang lelaki mengelilingi saya (dalam mimpi) dengan memegang loceng di tangannya. Lalu saya berkata: โ€œWahai hamba Allah, adakah kamu mahu menjual loceng tersebut? Katanya: โ€œApakah kamu hendak lakukan?โ€ Saya menjawab: โ€œUntuk menyeru orang ramai supaya menunaikan solat.โ€ Dia berkata kembali: โ€œApakah kamu mahu jika aku tunjukkan cara yang lebih baik?โ€ Saya jawab: โ€œSudah tentu.โ€ Katanya: โ€œSebutkanlah โ€˜: ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฃูŽูƒู’ุจูŽุฑู ุŒ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฃูŽูƒู’ุจูŽุฑู ุŒ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฃูŽูƒู’ุจูŽุฑู ุŒ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฃูŽูƒู’ุจูŽุฑูโ€™โ€ฆโ€ฆ. (sehingga akhir azan).

Tidak lama selepas itu, dia berkata lagi: โ€œKetika kamu berdiri untuk mengerjakan solat, sebutkan โ€˜ุŒ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฃูŽูƒู’ุจูŽุฑู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฃูŽูƒู’ุจูŽุฑูโ€™ โ€ฆ. (hingga akhir iqamat).

Setelah terjaga, saya segera menemui Rasulullah SAW dan menceritakan mimpi ini. Lalu Baginda SAW bersabda:

ุฅูู†ู‘ูŽู‡ูŽุง ู„ูŽุฑูุคู’ูŠูŽุง ุญูŽู‚ู‘ูŒ ุฅูู†ู’ ุดูŽุงุกูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุŒ ููŽู‚ูู…ู’ ู…ูŽุนูŽ ุจูู„ุงูŽู„ู ููŽุฃูŽู„ู’ู‚ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ู…ูŽุง ุฑูŽุฃูŽูŠู’ุชูŽ ุŒ ููŽู„ู’ูŠูุคูŽุฐู‘ูู†ู’ ุจูู‡ู ุŒ ููŽุฅูู†ู‘ูŽู‡ู ุฃูŽู†ู’ุฏูŽู‰ ุตูŽูˆู’ุชู‹ุง ู…ูู†ู’ูƒูŽ ููŽู‚ูู…ู’ุชู ู…ูŽุนูŽ ุจูู„ุงูŽู„ู ุŒ ููŽุฌูŽุนูŽู„ู’ุชู ุฃูู„ู’ู‚ููŠู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุŒ ูˆูŽูŠูุคูŽุฐู‘ูู†ู ุจูู‡ู ุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ : ููŽุณูŽู…ูุนูŽ ุฐูŽู„ููƒูŽ ุนูู…ูŽุฑู ุจู’ู†ู ุงู„ู’ุฎูŽุทู‘ูŽุงุจู ุŒ ูˆูŽู‡ููˆูŽ ูููŠ ุจูŽูŠู’ุชูู‡ู ููŽุฎูŽุฑูŽุฌูŽ ูŠูŽุฌูุฑู‘ู ุฑูุฏูŽุงุกูŽู‡ู ุŒ ูˆูŽูŠูŽู‚ููˆู„ู : ูˆูŽุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ุจูŽุนูŽุซูŽูƒูŽ ุจูุงู„ู’ุญูŽู‚ู‘ู ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุŒ ู„ูŽู‚ูŽุฏู’ ุฑูŽุฃูŽูŠู’ุชู ู…ูุซู’ู„ูŽ ู…ูŽุง ุฑูŽุฃูŽู‰ ุŒ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… : ููŽู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู.

Maksudnya: Dengan izin Allah, ia adalah mimpi yang benar. Berdirilah bersama bilal dan sampaikan kepadanya apa yang kamu lihat supaya dia boleh melaungkan azan kerana suaranya lebih baik daripada kamu. Lalu saya bangun bersama Bilal dan menyampaikan kepadanya. Lantas dia pun melaungkan azan. Umar al-Khattab yang berada di rumahnya mendengar laungan azan tersebut, lalu keluar sambil menarik jubahnya. Katanya: โ€œDemi Tuhan yang mengutus engkau dengan kebenaran wahai Rasulullah, saya juga melihat seperti apa yang dilihatnya (Abdullah). Baginda menjawab: โ€œSegala puji bagi Allah.โ€[2]

Kedua, lafaz al-Solah al-Jamiโ€™ah (ุงู„ุตู‘ูŽู„ูŽุงุฉู ุงู„ู’ุฌูŽุงู…ูุนูŽุฉ), adalah panggilan untuk solat sunat yang disunnahkan untuk berjemaah. Hal ini berdasarkan peristiwa gerhana yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Abdullah bin โ€˜Amru R.Anhuma:

ู„ูŽู…ู‘ูŽุง ูƒูŽุณูŽููŽุชู ุงู„ุดู‘ูŽู…ู’ุณู ุนูŽู„ูŽู‰ ุนูŽู‡ู’ุฏู ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ู†ููˆุฏููŠูŽ ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ุตู‘ูŽู„ุงูŽุฉูŽ ุฌูŽุงู…ูุนูŽุฉูŒ

Maksudnya: Ketika berlakunya gerhana matahari pada zaman Rasulullah SAW pengumuman telah dibuat untuk menunaikan solat jamaโ€™ah.[3]

Begitu juga dengan hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah R.Anha, katanya:

ุฃู†ู‘ูŽ ุงู„ุดู‘ูŽู…ู’ุณูŽ ุฎูŽุณูŽููŽุชู’ ุนู„ู‰ ุนูŽู‡ู’ุฏู ุฑูŽุณูˆู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุตูŽู„ู‘ู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู‘ูŽู…ูŽุŒ ููŽุจูŽุนูŽุซูŽ ู…ูู†ุงุฏููŠู‹ุง: ุงู„ุตู‘ูŽู„ุงุฉู ุฌุงู…ูุนูŽุฉูŒ

Maksudnya: Ketika gerhana matahari berlaku pada zaman Rasulullah SAW, Seseorang memanggil solat: al-Solah al-Jamiโ€™ah (ุงู„ุตู‘ูŽู„ูŽุงุฉู ุงู„ู’ุฌูŽุงู…ูุนูŽุฉ).[4]

Berdasarkan hadith ini, Tidak disunatkan untuk azan bagi memanggil orang ramai untuk menunaikan solat sunat gerhana. Cukup hanya dengan melaungkan: al-Solah al-Jamiโ€™ah (ุงู„ุตู‘ูŽู„ูŽุงุฉู ุงู„ู’ุฌูŽุงู…ูุนูŽุฉ).

Berdasarkan persoalan di atas, tidak disunnahkan imam menyebut assolatul jami’ahย antara selepas iqamah dan sebelum solat fardhu didirikan. Hal ini kerana solat fardhu sudah ditetapkan panggilannya dengan azan dan iqamah, manakala panggilan assolatul jami’ahย hanya dilakukan untuk solat sunat gerhana sebagaimana yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW.

Tetapi yang sunat bagi imam ialah untuk menyuruh makmum membetulkan saf dan merapatkannya. Hal ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ุณูŽูˆู‘ููˆุง ุตููููˆููŽูƒูู…ู’ุ› ูุฅู†ู‘ูŽ ุชูŽุณู’ูˆููŠูŽุฉูŽ ุงู„ุตู‘ูŽูู‘ู ู…ูู† ุชูŽู…ุงู…ู ุงู„ุตู‘ูŽู„ุงุฉู.

Maksudnya: Luruskan Saff kamu semua, sesungguhnya saff yang lurus merupakan kesempurnaan Solat.[5]

Begitu juga hadith yang diriwayatkan oleh Anas RA juga, katanya:

ุฃูู‚ููŠู…ูŽุชู ุงู„ุตูŽู‘ู„ุงูŽุฉู ููŽุฃู‚ู’ุจูŽู„ูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู†ูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‡ู โ€“ ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ โ€“ ุจููˆูŽุฌู’ู‡ูู‡ู ุŒ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ : ุฃูŽู‚ููŠู…ููˆุง ุตููููˆููŽูƒูู…ู’ ูˆูŽุชูŽุฑูŽุงุตูู‘ูˆุง ุ› ููŽุฅู†ูู‘ูŠ ุฃุฑูŽุงูƒูู…ู’ ู…ูู†ู’ ูˆูŽุฑูŽุงุกู ุธูŽู‡ู’ุฑููŠ

Maksudnya: Iqamah solat telah dilaungkan, lantas Rasulullah SAW menghadap kami kemudian mengarahkan kami: โ€˜Luruskanlah saff-saff kamu, kerana aku dapat melihat kamu dari belakangku.[6]

Wallahua`lam.

Bertarikh 12 November 2021 M bersamaanย  7 Rabiul Akhir 1443 H

 

 

[1] Lihat Fiqh al-Manhaji, 1/338

[2] Riwayat Abu Dawud (449)

[3] Riwayat al-Bukhari (1045)

[4] Riwayat Muslim (901)

[5] Riwayat al-Bukhari (723) dan Muslim (433)

[6] Riwayat al-Bukhari (719) dan Muslim (434)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *