Sale!
Original price was: RM28.00.Current price is: RM20.00.
Sale!
Original price was: RM35.00.Current price is: RM20.00.
Sale!

Buku Fizikal

Taufan Al-Aqsa

Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM40.00.Current price is: RM30.00.
Sale!
Original price was: RM70.00.Current price is: RM60.00.
Sale!
Original price was: RM310.00.Current price is: RM160.00.

SOALAN

Bolehkah makmum yang bermukim, solat di belakang imam yang musafir?

JAWAPAN

Berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imran bin Husain beliau berkata:

غَزَوْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَشَهِدْتُ مَعَهُ الْفَتْحَ فَأَقَامَ بِمَكَّةَ ثَمَانِيَ عَشْرَةَ لَيْلَةً لاَ يُصَلِّي إِلاَّ رَكْعَتَيْنِ وَيَقُولُ ‏ يَا أَهْلَ الْبَلَدِ صَلُّوا أَرْبَعًا فَإِنَّا قَوْمٌ سَفْرٌ

Maksudnya: Aku pergi berperang bersama dengan Rasulullah S.A.W dan aku turut serta bersama baginda dalam Pembukaan Makkah. Baginda menetap di Makkah selama 18 hari dan tidak menunaikan solat melainkan secara dua rakaat. Lalu baginda berkata penduduk negeri tersebut: “Wahai penduduk negeri (Makkah) solatlah kamu sebanyak empat rakaat, sesungguhnya kami kaum yang bermusafir’’.[1]

Dapat difahami bahawa seseorang yang tidak bermusafir boleh untuk mengikut imam yang bermusafir. Namun hendaklah dia tetap menyempurnakan baki rakaat sesudah sahaja imam yang bermusafir itu selesai solatnya sebanyak dua rakaat (kerana melakukan qasar).

Perkara ini dianggap sebagai ijma’ oleh para ulama. Ini seperti yang disebutkan oleh Imam Ibn al-Munzir: “Dan mereka (para ulama) telah berijma’ bahawa seseorang yang mukim apabila menjadi makmum kepada imam yang musafir, dan imam selesai memberi salam pada rakaat yang kedua, untuk makmum yang mukim itu menyempurnakan solat.”[2]

Wallahu a’lam.

[1] Riwayat Abu Daud, no. 1229.

[2] Al-Ijma’, 1/41

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *