Sale!
Original price was: RM28.00.Current price is: RM20.00.
Sale!
Original price was: RM35.00.Current price is: RM20.00.
Sale!

Buku Fizikal

Taufan Al-Aqsa

Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM20.00.Current price is: RM10.00.
Sale!
Original price was: RM40.00.Current price is: RM30.00.
Sale!
Original price was: RM70.00.Current price is: RM60.00.
Sale!
Original price was: RM310.00.Current price is: RM160.00.

Soalan

Assalamualaikum ustaz. Apa hukum ziarah kubur?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Dalam menjawab persoalan di atas, kami mulakan dengan mengemukakan beberapa hadith yang berkaitan dengan isu ini:

Pertama, daripada Abu Said al-Khudri, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنِّي نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ، فَزُورُوهَا، فَإِنَّ فِيهَا عِبْرَةً

Maksudnya: “Sesungguhnya aku dahulunya melarang kamu daripada ziarah kubur, maka (sekarang) ziarahlah kerana padanya ibrah (pengajaran).”[1]

Kedua, daripada Ibn Mas’ud R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ، فَزُورُوا الْقُبُورَ، فَإِنَّهَا تُزَهِّدُ فِي الدُّنْيَا، وَتُذَكِّرُ الآخِرَةَ

Maksudnya: “Aku dahulunya melarang ke atas kamu ziarah kubur, maka (sekarang) ziarahlah kubur, kerana ia menzuhudkan dirimu dan mengingatkanmu kepada akhirat.”[2]

Ketiga, daripada Buraidah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

كنتُ نَهَيتُكم عن زيارةِ القبورِ؛ فمن أراد أن يزورَ؛ فلْيزُرْ،

Maksudnya: “Aku dahulunya melarang kamu daripada ziarah kubur. Maka (sekarang) sesiapa yang mahu, maka ziarahlah.”[3]

Berdasarkan kepada beberapa hadith di atas, para ulama’ berpendapat bahawa ziarah kubur hukumnya sunat untuk keinsafan dan mengingatkan akhirat. Ia menjadi tuntutan pada hari Jumaat, serta hari sebelum atau selepasnya.

Syeikh al-Azhar, Jad al-Haq Ali Jad al-Haq berkata: Sayugia bagi yang menziarahi menggunakan masa ziarah untuk berdoa dengan tadharru’ (penuh pengharapan dan merendah diri), mengambil iktibar kematian, membaca al-Quran kepada si mati, maka yang demikian itu boleh memberi manfaat kepada si mati mengikut pendapat yang asoh.[4]

Begitu juga, sayugia bagi yang ziarah kubur untuk membaca doa:

اَللّـهُمَّ رَبَّ هذِهِ الاَرْواحِ الْفانِيَةِ وَالاَجْسادِ الْبالِيَةِ وَالْعِظامِ النَّخِرَةِ الَّتى خَرَجَتْ مِنَ الدُّنْيا وَهِىَ بِكَ مُؤْمِنَةٌ، اَدْخِلْ عَلَيْهِمْ رَوْحاً مِنْكَ وَسَلاماً مِنّى،

Dan memberi salam:

السَّلامُ عَلَيكُمْ أَهْلَ الدِّيارِ مِنَ المُؤْمِنِينَ والمُسْلِمِينَ، وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ بِكُمْ لاحِقُونَ، أَسْأَلُ اللَّه لَنَا وَلَكُمُ العافِيَةَ

Wallahu a’lam.

Bertarikh: 1 Mac 2022 bersamaan 27 Rejab 1443H

[give_form id=”14962″]

[1] Riwayat Ahmad (11329), al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (7447) dan al-Hakim dalam al-Mustadrak (1386)

[2] Riwayat Ibn Majah (307) dan Ibn Hibban (981). Syeikh Syu’aib al-Arnauth menyatakan bahawa isnadnya dha’if dalam takhrij Sahih Ibn Hibban (981).

[3] Riwayat Abu Daud (3235), al-Tirmizi (1054), al-Nasa’ie (2033) dan Ahmad (23052)

[4] Lihat Buhuth wa Fatawa Islamiyyah fi Qadhaya Mu’asirah, 1/525-526

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *