#618: Perbezaan Janji dan Nazar

-25%
Original price was: RM440.00.Current price is: RM330.00.
-30%
Original price was: RM10.00.Current price is: RM7.00.
-30%
Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%

Buku Fizikal

Dengan Nama Allah

Original price was: RM15.00.Current price is: RM10.50.
-30%

Buku Fizikal

Imam Mahdi

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%

Buku Fizikal

Yajuj dan Majuj

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%

Buku Fizikal

Hakikat Dajjal

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-29%
Original price was: RM70.00.Current price is: RM50.00.

Soalan

Assalamualaikum ustaz. Adakah terdapat perbezaan antara janji dengan nazar. Sebagai contoh, seorang perempuan berkata: “Jika saya dapat berkahwin dengan lelaki pilihan saya ini, saya ingin membuatkannya sehelai baju kemeja yang diperbuat daripada bulu dengan jahitan tangan saya sendiri.” Mohon pencerahan.

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Dalam menjawab persoalan ini, kami nyatakan seperti berikut:

Pertama, nazar dari segi bahasa bermaksud perjanjian yang baik atau yang buruk, manakala dari segi syara’ pula, dikhususkan kepada perjanjian yang baik sahaja.

Menurut istilah ulama’ fiqh, nazar bermaksud membuat iltizam untuk melakukan sesuatu kebajikan yang tidak wajib dari segi syara’ sama ada dikaitkan dengan sesuatu ataupun tidak.[1]

Keduanya, nazar adalah perkara yang taat kepada Allah, bukan yang maksiat.

Daripada Aisyah R.Anha, sabda Nabi SAW:

مَنْ نَذَرَ أَنْ يُطِيعَ اللَّهَ فَلْيُطِعْهُ، وَمَنْ نَذَرَ أَنْ يَعْصِيَهُ فَلاَ يَعْصِهِ

Maksudnya:Sesiapa yang bernazar mentaati Allah, hendaklah dia mentaatinya, dan sesiapa yang bernazar untuk berbuat maksiat terhadap Allah, janganlah dia melakukannya.[2]

Ketiganya, isu yang dibangkitkan ini, pada pendapat saya, dia bukan nazar, bahkan ia termasuk sekadar janji. Kerana membuat baju dan hadiah kepada pasangannya bukanlah semutlak yang membawa makna yang mendekatkan diri kepada Allah.

Justeru, hal ini dianggap janji. Pendapat ini juga telah dikemukakan oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya Fatawa Mu’asirah (2/402).

Saya menyarankan agar kita memahami Fiqh Nazar dan Sumpah dengan lebih baik supaya tindakan kita selaras mengikut Syariat Islamiah dan sifat orang yang bernazar sudah pasti dia akan menunaikan nazarnya, berdasarkan firman Allah SWT:

يُوفُونَ بِالنَّذْرِ وَيَخَافُونَ يَوْمًا كَانَ شَرُّهُ مُسْتَطِيرًا ‎

Maksudnya: (Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini.”[3]

Saya tutup perbincangan ini dengan marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah:

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Maksudnya: “Ya Allah, kami memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”

Wallahu a’lam.

Bertarikh: 1 Mac 2022 bersamaan 27 Rejab 1443H

[give_form id=”14962″]

[1] Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 2/291

[2] Riwayat al-Bukhari (6318)

[3] Surah al-Insan: 7

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *