YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menyampaikan sumbangan peralatan pernafasan iaitu BIPAP Machine (ICU), ventilator ICU, home ventilator dan lain-lain berjumlah RM3.27 juta kepada 7 buah hospital.
Hospital yang terlibat adalah Hospital Kuala Lumpur, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Putrajaya, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Hospital Kanak-Kanak dan Wanita Tunku Azizah dan Hospital Labuan.
Majlis berlangsung dalam suasana yang ringkas, dalam masa kurang 10 minit. Terima kasih kepada pembayar zakat!
#socialdistancing #stayathome #Covid_19