Bekalan Makanan Setiap Hari Kepada Fronliners di HKL dan HCTM

MAIWP sangat menghargai usaha dan pengorbanan petugas hadapan di Hospital Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Mereka berkorban masa dan tenaga menyantuni pesakit terutamana dalam situasi penularan COVID-19.

Oleh itu, sebagai sebahagian misi #MUSAADAHCOVID19 oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, MAIWP pada hari ini telah menyampaikan sumbangan berupa makanan kering kepada HKL dan Hospital Canselor Tuanku Mukhriz.

Bermula 21 Mac 2020 sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan pada 31 Mac 2020, sebanyak 300 bungkus makanan akan dihantar setiap hari kepada HKL dan HCTM.

Terima kasih diucapkan kepada barisan hadapan semua hospital yang telah banyak berkorban di kala negara dilanda ujian COVID-19.

Terima kasih juga diucapkan kepada pembayar zakat Wilayah Persekutuan. Dengan zakat yang dibayar, manfaatnya dapat disalurkan kepada pelbagai pihak.

#maiwp #covid19 #zakat #malaysiacovid19

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *