#44 Nazar di Hati tanpa Lafaz

Sale!

Bayan Linnas

Bayan Linnas 3 Jilid

RM110.00
Sale!

Inspirasi Kehidupan

Inilah Doaku

RM13.00
Sale!
Sale!
RM15.00

SOALAN

Sahkah nazar yang diniatkan di hati dan tidak dilafazkan?

JAWAPAN

Imam al-Nawawi menyatakan bahawa pandangan yang paling sahih dalam isu ini yang menjadi kesepakatan dalam kalangan ulama Shafi’iyyah ialah tidak sah nazar melainkan dengan melafazkannya dengan lisan dan kata-kata, dan tidak sah sekadar dengan niat.[1] Imam Jalaluddin al-Suyuti sewaktu menghuraikan kaedah al-umur bi maqasidiha menyatakan bahawa nazar secara niat di dalam hati tidak dikira sebagai nazar.[2]

Kesimpulannya, nazar hanya diambil kira dan wajib ditunaikan sekiranya ia dilafazkan dengan lisan. Adapun jika sekadar niat tanpa dilafazkan, maka ia tidak dikira sebagai nazar.

[1] Al-Majmu’ Sharh al-Muhazzab, 8/451.

[2] Al-Ashbah wa al-Naza’ir, 1/33.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *