Pemimpin Cerminan Rakyat

النَاسُ عَلَى دِينِ مُلُوكِهِمْ
Maksudnya: “Manusia adalah berdasarkan agama (cara hidup) pemimpinnya.”

Ucapan ini menepati realiti kemasyarakatan dan inilah yang berlaku dalam kebanyakan kehidupan manusia. Pemimpin yang baik akan sentiasa menjadi contoh rakyatnya.

Diriwayatkan, rakyat di zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz begitu kuat beribadah dan mendirikan qiyamullail. Tidak lain tidak bukan, begitu juga peribadi Khalifah Umar bin Abdul Aziz.

Dalam satu kisah seorang pengembara melalui kawasan lereng bukit dan mendapati banyak anjing yang menjaga kambing-kambing. Kemudian diberitahukan kepadanya, bukannya anjing tetapi serigala yang bermain dengan sekumpulan kambing. Lantas beliau berkata:

“Alangkah ajaibnya dan ini sudah pasti menunjukkan yang pemerintah negeri ini seorang yang adil sehingga serigala merasa kenyang dengan rezekinya dan kambing merasa selamat walaupun berhampiran dengan serigala.”

Itulah zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz.

Latest articles

Related articles