Penasihat Yang Baik

Kita selalu memfokuskan pemimpin, tapi jarang melihat siapakah penasihatnya. Penasihat yang baik adalah yang bijaksana dan taat.

Penasihat inilah yang berperanan besar dalam mencorakkan seseorang pemimpin, selain kemampuan kepimpinan pemimpin itu sendiri.

Demikianlah peringatan Nabi SAW:

مَا اسْتُخْلِفَ خَلِيفَةٌ إِلَّا لَهُ بِطَانَتَانِ: بِطَانَةٌ تَأْمُرُهُ بِالخَيْرِ وَتَحُضُّهُ عَلَيْهِ، وَبِطَانَةٌ تَأْمُرُهُ بِالشَّرِّ وَتَحُضُّهُ عَلَيْهِ، وَالمَعْصُومُ مَنْ عَصَمَ اللَّهُ
“Tidak dilantik seorang pemimpin melainkan ada baginya 2 orang penasihat yg akrab:

i. Penasihat yang menyuruhnya melakukan kebaikan dan menggalakkannya.
ii. Penasihat yang menyuruhmu melakukan kejahatan dan menggalakkannya.

Hanya yang selamat ialah sesiapa yg diselamatkan Allah.” (Riwayat al-Bukhari, no. 6611)

Latest articles

Related articles