YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) diiringi YBhg. Prof. Dato’ Dr. Zulkifli Idrus
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Universiti Putra Malaysia (UPM) mengedarkan bantuan makanan “Smile Pack” kepada mahasiswa UPM yang disediakan oleh MyFundAction, Food for Hunger dan Youth for Happiness, UPM.
Smile Pack yang diedarkan adalah nasi putih beras basmathi, pek kari daging dan pek kari ayam. Inovasi pek makanan ini dapat bertahan selama 2 tahun tanpa menggunakan bahan pengawet yang menggunakan teknologi Jerman melalui proses pensterilan retort untuk membasmi kuman.