#597: Solat Sebelah Tandas

-25%
Original price was: RM440.00.Current price is: RM330.00.
-30%
Original price was: RM10.00.Current price is: RM7.00.
-30%
Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%

Buku Fizikal

Dengan Nama Allah

Original price was: RM15.00.Current price is: RM10.50.
-30%

Buku Fizikal

Imam Mahdi

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%

Buku Fizikal

Yajuj dan Majuj

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%

Buku Fizikal

Hakikat Dajjal

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-29%
Original price was: RM70.00.Current price is: RM50.00.

Soalan

Assalamualaikum ustaz. Bagaimana hukum seseorang solat di sebelah tandas? Mohon pencerahan.

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Allah SWT memuliakan Nabi Muhammad SAW dengan kemuliaan yang tidak diberikan kepada nabi-nabi yang lain, antaranya ialah Allah SWT menjadikan di setiap permukaan bumi sebagai tempat sujud (untuk mendirikan solat) di atasnya dan menjadikan tanahnya suci untuk bertayammum jika sekiranya ketiadaan air bagi umat Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bersabda:

أُعْطِيتُ خَمْسًا لَم يُعْطِهِنَّ أَحَدٌ قَبْلِي..وَجُعِلَتْ لِيَ الأَرْضُ مَسْجِدًا وَطَهُورًا، فَأَيُّمَا رَجُلٍ مِنْ أُمَّتِي أَدْرَكَتْهُ الصَّلاَةُ فَلْيُصَلِّ

Maksudnya: Aku (Rasulullah SAW) diberikan lima kemuliaan yang tidak diberikan kepada sesiapapun sebelum aku.. (antaranya) dijadikan kepada aku bumi sebagai tempat sujud dan tanahnya untuk bersuci. Oleh itu, dimana sahaja seseorang itu mendapati waktu solat, maka hendaklah dia mendirikan solat.[1]

Oleh itu secara asasnya, harus hukumnya untuk mendirikan solat di mana sahaja tanah atau lantai tanpa menggunakan alas atau sejadah kerana ia merupakan satu kemuliaan yang diberikan kepada umat Nabi Muhammad SAW.

Namun, terdapat beberapa tempat yang dianggap makruh mengikut pendapat ulama’ Syafie dan Hanafi, bahkan ulama’ Hanbali menghukumnya sebagai haram.[2]

Perkara ini biasanya disebut dalam perbincangan tentang syarat-syarat solat yang berkaitan dengan kebersihan tempat untuk mengerjakan solat. Berhubung dalam hal ini, Ibn Umar R.Anhuma telah meriwayatkan sebua hadith, katanya:

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى أَنْ يُصَلَّى فِي سَبْعَةِ مَوَاطِنَ : فِي الْمَزْبَلَةِ ، وَالمَجْزَرَةِ ، وَالمَقْبَرَةِ ، وَقَارِعَةِ الطَّرِيقِ ، وَفِي الحَمَّامِ ، وَفِي مَعَاطِنِ الإِبِلِ ، وَفَوْقَ ظَهْرِ بَيْتِ اللَّهِ.

MaksudnyaBahawa Rasulullah SAW telah melarang daripada melakukan sembahyang di tujuh tempat, iaitu: dalam tempat buangan sampah, di tempat sembelihan, di atas kubur, di tempat lalu lalang, dalam tempat pemandian (tandas), di tempat rehat unta dan di atas (sutuh) Baitullah.”[3]

Selain itu, dalam hadis lain, turut dijelaskan beberapa tempat yang dikecualikan daripada diharuskan sujud di atasnya, seperti di atas kuburan dan tandas. Rasulullah SAW bersabda:

الأَرْضُ كُلُّهَا مَسْجِدٌ إِلّا الْمَقْبَرَةَ وَالحَمَّامَ

Maksudnya: Setiap jengkal di bumi ini merupakan masjid (tempat sujud untuk solat) kecuali di atas kuburan dan tempat permandian (tandas).”[4]

Begitu juga, jika sekiranya sesuatu tempat tersebut tersebut terdapat najis, maka tidak boleh didirikan solat di atasnya. Hal ini kerana para fuqaha’ telah menetapkan bahawa antara syarat sah solat adalah bersih daripada najis pada badan, pakaian dan tempat solat (طهارة عن النجاسة في الثوب و البدن و المكان). Apa yang dimaksudkan dengan tempat solat tersebut ialah:

الذِي يُلَاقِيه أَثْناء صَلَاتِهِ أي: الذي يبَاشِرُ ثَوْبَهُ وَ بَدَنَهُ

Maksudnya: (Apa-apa tempat) yang bersentuhan dengan seseorang ketika mendirikan solat, iaitu yang menyentuh pakaian dan badannya ketika solat.[5]

Justeru itu, jika terdapat najis pada tempat solat yang bersentuhan dengan baju atau badan seseorang, maka tidak boleh didirikan solat di atas tempat tersebut dan tidak sah solatnya.

Namun, jika sekiranya najis tersebut tidak bersentuhan dengan badan atau pakaian tetapi kedudukannya berdekatan dengan tempat solat, maka hukumnya adalah makruh. Hal ini seperti yang disebutkan Syeikh Hasan al-Kaff bahawa: Tidak menjejaskan sahnya solat jika terdapat najis yang bertentangan dengan badan, pakaian atau barangan yang ditanggung oleh orang yang mendirikan solat sekiranya tidak bersentuhan dengannya. Namun, makruh hukumnya jika najis tersebut terlalu dekat secara urufnya.[6]

 

Isu Solat Sebelah Tandas

Dalam menjawab persoalan di atas, kami nyatakan seperti berikut:

Ibadah solat adalah salah satu daripada rukun Islam dan merupakan ibadah yang paling banyak dilakukan dalam kehidupan manusia. Oleh itu, sebagai memudahkan penganutnya menjalankan perintah Allah SWT, Islam membenarkan umatnya untuk menunaikan solat di mana-mana sahaja bagi menyempurnakan perintah tersebut. Hal ini dijelaskan berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id Al-Khudri RA :

الأَرْضُ كُلُّهَا مَسْجِدٌ إِلاَّ الْمَقْبُرَةَ وَالْحَمَّامَ

Maksudnya: “Bumi seluruhnya adalah masjid (tempat untuk sujud) melainkan perkuburan dan tempat pemandian (tandas).”[7]

Selain itu, disebutkan juga bahawa salah satu dari tempat yang termasuk di dalam tempat-tempat yang dilarang untuk menunaikan solat adalah tandas, ini disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar R.Anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم نَهَى أَنْ يُصَلَّى فِي سَبْعَةِ مَوَاطِنَ فِي الْمَزْبَلَةِ وَالْمَجْزَرَةِ وَالْمَقْبُرَةِ وَقَارِعَةِ الطَّرِيقِ وَفِي الْحَمَّامِ وَفِي مَعَاطِنِ الإِبِلِ وَفَوْقَ ظَهْرِ بَيْتِ اللَّهِ ‏”‏ ‏

Maksudnya: “Rasulullah SAW melarang solat di tujuh tempat: tempat (pembuangan) sampah, tempat penyembelihan haiwan, perkuburan, di tengah jalan, tempat pemandian (tandas), tempat unta, dan di atas Ka’bah.[8]

Berdasarkan hadis di atas, para ulama’ membahaskan tentang larangan tandas untuk dijadikan tempat bersolat. Imam al-Nawawi menyebutkan antara sebab dilarang solat di tandas adalah kerana tandas tempat mensucikan najis. Namun begitu, disebutkan sekiranya bersolat di tempat yang diyakini suci, maka sah solat. Sebab yang kedua, tandas dilarang dijadikan tempat untuk menunaikan solat adalah kerana, ia merupakan tempat tinggal syaitan. Imam al-Nawawi menegaskan:

وَالْأَصَحُّ أَنَّ سَبَبَ النَّهْيِ كَوْنُهُ مَأْوَى الشَّيَاطِينِ فَتُكْرَهُ كَرَاهَةَ تَنْزِيهٍ وَتَصِحُّ الصَّلَاةُ

Maksudnya: Yang paling sahih bahawa sebab larangan (solat di tandas) kerana ia adalah tempat tinggal syaitan, maka (hukum solatnya) makruh tanzih (yang tidak membawa kepada dosa) namun solatnya adalah sah.[9]

Selain itu, hal yang lain yang perlu dititikberatkan dalam permasalahan ini, ialah tentang kekhusyukan solat. Sekiranya, solat bersebelahan tandas ini akan menyebabkan hilang khusyuk kerana bau yang keluar dari tandas, atau tempat solat itu adalah laluan orang ramai maka adalah lebih baik untuk solat di tempat lain. Hal ini disebutkan oleh Imam Ramli bahawa antara sebab lain dimakruhkan solat di tandas kerana ia menjadi tempat laluan manusia hingga mengganggu khusyuk di dalam solat. Sekiranya tidak menjadi laluan manusia, maka tidak dimakruhkan.[10]

Penutup

Berdasarkan nas dan hujah di atas, kami berpendapat solat di luar tandas tidaklah termasuk di dalam larangan yang disebutkan di dalam nas kerana bukanlah termasuk di dalam kawasan tandas.

Namun begitu, sekiranya ruang solat yang disediakan sudah penuh dan menyebabkan terpaksa solat berdekatan dengan tandas maka perlulah memastikan kebersihan tempat untuk mendirikan solat. Ini kerana, memastikan kebersihan tempat solat adalah menjadi syarat sahnya solat itu.

Sebaiknya juga, ditutup pintu tandas tersebut bagi membezakan had kawasan tandas dengan kawasan yang di luar.

Wallahu a’lam.

Bertarikh: 25 Februari 2022 bersamaan 23 Rejab 1443H

[give_form id=”14962″]

[1] Riwayat al-Bukhari (438)

[2] Lihat Mughni al-Muhtaj, 1/203; al-Muhazzab, 1/63; al-Majmu’, 3/164; al-Mughni, 2/67; Kasyaf al-Qina’, 1/341 dan al-Bada’i’, 1/115. Lihat juga al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 1/826

[3] Riwayat al-Tirmizi (346). Syeikh Ahmad Syakir menyebut bahawa hadis ini sahih.

[4] Riwayat al-Tirmizi (236), Ibn Majah (737) dan Abu Daud (415)

[5] Lihat al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah, hlm. 202

[6] Lihat al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah, hlm. 203

[7] Riwayat al-Tirmizi (317)

[8] Riwayat al-Tirmizi (346)

[9] Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 3/166

[10] Lihat Fatawa al-Ramli, hlm. 67

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *