Soalan: Assalamualaikum w.b.t. Saya ada satu soalan. Saya ada melihat satu video mengenai proses penyiangan ikan iaitu belut yang dilakukan ketika ia masih lagi hidup. Dalam video tersebut, pisau atau satu benda tajam akan menikam kepala belut sambil dilekatkan pada meja, lalu belut itu akan disiang dalam keadaan begitu yakni masih lagi bergerak-gerak seperti meronta-ronta. […]