#142 Tiba Sebelum Masuk Waktu Kedua

-25%
Original price was: RM440.00.Current price is: RM330.00.
-30%
Original price was: RM10.00.Current price is: RM7.00.
-30%
Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%

Buku Fizikal

Dengan Nama Allah

Original price was: RM15.00.Current price is: RM10.50.
-30%

Buku Fizikal

Imam Mahdi

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%

Buku Fizikal

Yajuj dan Majuj

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%

Buku Fizikal

Hakikat Dajjal

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-29%
Original price was: RM70.00.Current price is: RM50.00.

Soalan

Assalamualaikum ustaz. Saya telah lakukan solat jamak antara Zohor dan Asar dalam perjalanan. Namun, apabila saya tiba ke destinasi yang ingin dituju, saya dapati waktu Asar masih belum masuk. Bagaimana kedudukan solat jamak yang telah saya lakukan?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Allah SWT memberikan keringanan (rukhsah) kepada orang yang bermusafir untuk mereka melaksanakan solat secara jamak dan qasar. Firman Allah SWT di dalam al-Quran:

وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِي الْأَرْضِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَقْصُرُوا مِنَ الصَّلَاةِ إِنْ خِفْتُمْ أَن يَفْتِنَكُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا ۚ إِنَّ الْكَافِرِينَ كَانُوا لَكُمْ عَدُوًّا مُّبِينًا

Maksudnya: “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa “mengqasarkan” (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu.”[1]

Antara syarat sah solat jamak takdim atau ta’khir ialah hendaklah berada dalam keadaan musafir. Pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji menyebut bahawa antara syarat sah jamak taqdim seperti berikut: “Masih dalam musafir sehingga memulakan solat yang kedua. Oleh itu, tidak menjadi masalah sekiranya sampai semula ke tempat asalnya ketika solat yang kedua masih belum selesai.”

Manakala antara syarat sah jamak ta’khir ialah: “Masih dalam musafir hingga selesai mengerjakan kedua-dua solat. Oleh itu, sekiranya telah sampai sebelum kedua-dua solat berkenaan selesai maka solat yang terkemudian menjadi solat qadha’.”[2]

Dalam isu di atas, solat jamak dan qasar yang saudara lakukan tersebut adalah sah. Tidak perlu untuk ulangi solat tersebut. Daripada Abdullah bin Umar R.anhuma bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:

لَا تُصَلُّوا صَلَاةً فِي يَوْمٍ مَرَّتَيْنِ

Maksudnya: “Janganlah kalian bersolat dengan suatu solat itu (yakni solat fardu) dua kali dalam sehari.”[3]

Meskipun begitu, jika seseorang itu sampai ke masjid dan mendapati orang ramai melakukan solat fardhu berjemaah, contohnya solat Asar, maka afdhal baginya untuk mengulangi solat bersama mereka sebagai sebagai solat sunat. Dalam sebuah hadis daripada Yazid bin Aswad RA bahawa dia berkata:

صَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْفَجْرَ بِمِنًى فَانْحَرَفَ فَرَأَى رَجُلَيْنِ وَرَاءَ النَّاسِ فَدَعَا بِهِمَا فَجِيءَ بِهِمَا تَرْعَدُ فَرَائِصُهُمَا فَقَالَ مَا مَنَعَكُمَا أَنْ تُصَلِّيَا مَعَ النَّاسِ فَقَالَا قَدْ كُنَّا صَلَّيْنَا فِي الرِّحَالِ قَالَ فَلَا تَفْعَلَا إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ فِي رَحْلِهِ ثُمَّ أَدْرَكَ الصَّلَاةَ مَعَ الْإِمَامِ فَلْيُصَلِّهَا مَعَهُ فَإِنَّهَا لَهُ نَافِلَةٌ

 Maksudnya: Rasulullah SAW mengerjakan solat  fajar di Mina. Lalu Baginda berpaling ke belakang dan mendapati dua orang lelaki di belakang orang ramai (tidak bersolat sekali). Lantas Baginda memanggil keduanya. Lalu dibawa keduanya ke hadapan Rasulullah SAW, keduanya dalam keadaan gementar. Maka Baginda bertanya bertanya: “Apa yang menghalangi kamu berdua untuk bersolat bersama manusia lain?” Mereka menjawab: “Kami telah menunaikan solat dalam perjalanan.” Baginda bersabda: “Janganlah kamu buat seperti itu. Jika salah seorang daripada kamu telah menunaikan solat dalam perjalanannya lalu mendapati solat sedang didirikan bersama imam, maka hendaklah dia turut menunaikan solat, maka solat itu baginya ialah solat nafilah (sunat).”[4]

Kami katakan bahawa, inilah yang afdhal dan sepatutnya.

Wallahu a’lam.

Bertarikh: 17/11/2021 bersamaan 12 Rabiul Akhir 1443H

[1] (Surah al-Nisa’ : 101)

[2] Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/190

[3] Riwayat Abu Daud (579) dan Ahmad (4994). Syeikh Syu’aib al-Arna’ut menyatakan isnadnya hasan.

[4] Riwayat Abu Daud (575), al-Nasa’ie (858) dan Ahmad (17475). Syeikh Syu’aib al-Arnaut menyatakan isnadnya sahih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *