[ux_products]
Soalan
Assalamualaikum ustaz. Apakah bacaan yang terbaik atau doa yang terbaik ketika sedang melakukan Tawaf?
Jawapan
Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.
Tawaf merupakan salah satu ibadat yang dituntut, bahkan menjadi rukun dalam ibadat haji dan umrah. Allah SWT berfirman:
وَلْيَطَّوَّفُوا بِالْبَيْتِ الْعَتِيقِ
Maksudnya: “Dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu.”[1]
Terdapat beberapa syarat tawaf, iaitu:
Berkenaan dengan persoalan di atas, suka kami nyatakan bahawa sunat pada permulaan tawaf kita berdoa dengan menyebut:
بِسْمِ اللَّهِ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُمَّ إِيمَانًا بِكَ، وَتَصْدِيقًا بِكِتَابِكَ، وَوَفَاءً بِعَهْدِكَ، وَاتِّبَاعًا لِسُنَّةِ نَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Sedangkan antara dua rukun Yamani dan Hajarul Aswad, membaca doa:
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Seseorang itu boleh berdoa dalam semua tawafnya mengikut kehendaknya. Membaca al-Quran semasa tawaf adalah lebih afdhal daripada doa yang tidak ma’thur. Adapun doa yang ma’thur, maka ia lebih afdhal mengikut pendapat yang sahih. Manakala pendapat yang kedua menyebut bahawa membaca al-Quran tetap lebih afdhal.[3]
Justeru, semasa kita bertawaf, elakkan daripada bercakap-cakap, berselfie, menjawab panggilan telefon dan seumpamanya. Sekalipun ia dibenarkan, tetapi tawaf adalah tempat ibadat yang seharusnya kita fokus untuk melakukan ibadat.
Wallahu a’lam.
Bertarikh: 10/11/2021 bersamaan 5 Rabiul Akhir 1443H
[1] (Surah al-Hajj: 29)
[2] Lihat al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/346 dan al-Taqrirat al-Sadidah, hlm. 480
[3] Lihat Raudhah al-Talibin oleh Imam al-Nawawi, 2/366-267
[ux_products]