Soalan
Assalamualaikum ustaz. Apa hukum lelaki memakai emas? Adakah boleh bagi seorang lelaki memakai cincin emas?
Jawapan
Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.
Emas adalah Perhiasan untuk Wanita
Pada asasnya, perhiasan emas adalah dibolehkan untuk wanita berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa R.A bahawa Nabi SAW bersabda:
ุฃูุญูููู ุงูุฐููููุจู ููุงููุญูุฑููุฑู ูุฅูููุงุซู ุฃูู ููุชูู ููุญูุฑููู ู ุนูููู ุฐููููุฑูููุง
Maksudnya:ย “Telah dihalalkan emas dan sutera asli bagi perempuan dalam kalangan umatku dan diharamkan (keduanya) bagi lelaki.ย “[1]
Penggunaan emas untuk tujuan perhiasan adalah harus bagi kaum wanita danย haram bagi kaum lelaki.[2] Wanita dibenarkan memakai emas kerana keperluan wanitaย berhias dan mencantikkan diri di hadapan suami.[3]
Pengharaman Menyerupai Jantina Berlawanan
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, katanya:
ุฃูููู ุฑูุณูููู ุงูููู ุตููููู ุงูููู ุนููููููู ููุณููููู ู ย ููุนููู ุงูุฑููุฌููู ููููุจูุณู ููุจูุณูุฉู ุงููู ูุฑูุฃูุฉูุ ููุงููู ูุฑูุฃูุฉู ุชูููุจูุณู ููุจูุณูุฉู ุงูุฑููุฌููู
Maksudnya:ย โSesungguhnyaย Rasulullah SAW melaknat seorang lelaki yang memakai pakaian wanita, dan seorang wanita yang memakai pakaian lelaki.โ[4]
Syeikh Badr al-Din al-โAini dalam menjelaskan hadith ini, menyebut: (Celaan ini) adalah pada perbuatan orang lelaki menyerupai orang perempuan dari sudut pakaian dan juga perhiasan yang khusus buat orang perempuan seperti memakai serkup kepala, rantai, gelang, gelang kaki, dan juga anting-anting.[5]
Jelas daripada hadith ini bahawa adalah haram hukumnya bagi seseorang untuk memakai pakaian mahupun perhiasan yang khas bagi jantina yang berlawanan dengannya.
Dinyatakan di dalam al-Mausuโah al-Fiqhiyyah bahawa tiada khilaf dalam kalangan fuqahaโ akan pengharaman bagi lelaki menyerupai wanita dari sudut pergerakan badan, kelembutan kata-kata, perhiasan, pakaian dan lain-lain yang khas bagi wanita dari sudut adat dan tabiat.[6]
Ibnu Hajar al-Haitami pula menyatakan bahawa antara bentuk menyerupai wanita ialah memakai perhiasan yang dikhususkan kepada wanita dan yang dilazimi oleh mereka, seperti gelang tangan dan gelang kaki; adapun cincin maka diharuskan bagi lelaki memakainya.[7]
Hukum Lelaki Mengambil Emas Sebagai Perhiasan
Haram hukumnya bagi lelaki mengambil emas sebagai perhiasan. Ini berdasarkan sebuah hadis yang mana Nabi SAW telah bersabda:
ุฃูุญูููู ุงูุฐููููุจู ููุงููุญูุฑููุฑู ูุฅูููุงุซู ุฃูู ููุชูู ููุญูุฑููู ู ุนูููู ุฐููููุฑูููุง
Maksudnya:ย Telah dihalalkan emas dan sutera asli bagi perempuan dikalangan umatku dan diharamkan (keduanya) bagi lelaki.[8]
Dalam sebuah hadis yang lain, Rasulullah SAW telah bersabda:
ู ููู ููุงูู ููุคูู ููู ุจูุงูููู ููุงููููููู ู ุงููุขุฎูุฑู ููููุง ููููุจูุณู ุญูุฑููุฑูุง ููููุง ุฐูููุจูุง
Maksudnya:ย โBarang siapa yang beriman dengan Allah SWT dan hari akhirat, maka janganlah memakai sutera asli dan emas.โ[9]
Pemakaian bagi tujuan perhiasan atau selain daripada perubatan seperti pen yang diletak di dalam poket, dan jam tangan, maka hukumnya tidak dibolehkan. ย Ini berdalilkan sebuah hadis daripada Saidina Ali bin Abi Talib RA:
ุฅูููู ููุจูููู ุงูููู ุตููููู ุงูููู ุนููููููู ููุณููููู ู ุฃูุฎูุฐู ุญูุฑููุฑูุง ููุฌูุนููููู ููู ููู ููููููุ ููุฃูุฎูุฐู ุฐูููุจูุง ููุฌูุนููููู ููู ุดูู ูุงููููุ ุซูู ูู ููุงูู: ุฅูููู ููุฐููููู ุญูุฑูุงู ู ุนูููู ุฐููููุฑู ุฃูู ููุชูู
Maksudnya:ย Sesungguhnya Nabi SAW mengambil sutera dan memegangnya dengan tangan kanannya, dan emas di tangan kirinya, kemudian bersabda: Sesungguhnya dua benda ini haram ke atas umatku yang lelaki.[10]
Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda:
ุฃูุญูููู ููุฅูููุงุซู ุฃูู ููุชููุ ููุญูุฑููู ู ุนูููู ุฐููููุฑูููุง
Maksudnya:ย โHalal bagi umatku yang perempuan, dan haram bagi kaum lelaki dalam umatku.โ[11]
Al-Syaukani berkata: Hadis ini merupakan dalil yang digunakan jumhur ulama yang berpendapat bahawa sutera dan emas haram bagi lelaki dan harus bagi wanita.[12]
Ini kerana Nabi SAW menyebut dengan jelas lagi sarih tentang pengharaman pemakaian sutera asli dan emas bagi lelaki.
Adapun jika seorang lelaki memakai emas kerana hajat ataupun darurat, seperti kerana masalah kesihatan, maka ini dibolehkan. Dalilnya berdasarkan hadis daripada โAbd al-Rahman bin Tarafah:
ุฃูููู ุฌูุฏูููู ุนูุฑูููุฌูุฉู ุจููู ุฃูุณูุนูุฏู ููุทูุนู ุฃููููููู ููููู ู ุงููููููุงุจูุ ููุงุชููุฎูุฐู ุฃูููููุง ู ููู ููุฑูููุ ููุฃูููุชููู ุนูููููููุ ููุฃูู ูุฑููู ุงููููุจูููู ุตููููู ุงูููู ุนููููููู ููุณููููู ูุ ููุงุชููุฎูุฐู ุฃูููููุง ู ููู ุฐูููุจู
Maksudnya:ย โBahawa datuknya โArfajah bin Asโad terpotong hidungnya pada hari Peperangan Kulab. Kemudia dia memasang acuan hidung daripada bahan perak, lalu baunya busuk dan mengganggu beliau, maka Nabi SAW menyuruhnya mengambil hidung daripada jenis emas.โ[13]
Al-Khattabi berkata: Hadis ini menunjukkan keharusan menggunakan sedikit emas bagi lelaki ketika keadaan darurat seperti dalam penyusunan gigi, dan tidak ada bahan lain yang boleh menggantikannya.[14]
Hukum Lelaki Memakai Cincin Emas
Mengetahui akan keharaman bagi lelaki untuk mengambil emas sebagai perhiasan, maka begitu juga dengan memakai cincin emas bagi lelaki bahkan pengharamannya jelas melalui hadis Nabi SAW. Daripada Abu Hurairah RA:
ุฃููููู ููููู ุนููู ุฎูุงุชูู ู ุงูุฐููููุจู
Maksudnya:ย Sesungguhnya Nabi SAW melarang (lelaki) dari memakai cincin emas.[15]
Imam al-Nawawi menyebut bahawa kaum Muslimin telah berijmaโ (bersepakat) akan keharusan perempuan untuk memaikai cincin emas dan telah berijma` juga akan pengharaman buat lelaki bagi memakai cincin emas. [16]
Dalam sebuah riwayat yang lain, Rasulullah SAW pernah melihat seseorang memakai cincin yang diperbuat daripada emas lalu Baginda SAW mencabut cincin tersebut dari tangan lelaki tersebut lalu mencampakkannya, kemudian Baginda SAW bersabda:
ููุนูู ูุฏู ุฃูุญูุฏูููู ู ุฅูููู ุฌูู ูุฑูุฉู ู ููู ููุงุฑู ููููุฌูุนูููููุง ููู ููุฏููู
Maksudnya:ย โSeseorang dari kalian sengaja meletakkan bara dari api neraka ditangannya.โ[17]
Larangan serta ancaman terhadap lelaki yang memakai cincin emas telah sabit di dalam hadis Nabi SAW dan cukup baginya untuk mengatakan haram bagi lelaki memakai cincin yang diperbuat daripada emas.
Wallahu aโlam.
Bertarikh: 29 Mac 2022 bersamaan 26 Syaaban 1443H
[1] Riwayat al-Nasaiโe (9387)
[2] Lihat Subul al-Salam, 1/460
[3] Lihat Syarah al-Muharrar fi al-Hadith, 20/49)
[4] Riwayat al-Bukhari (5435) dan Ahmad (8309)
[5] Lihatย โUmdah Al-Qari,ย Al-โAiniย 22/41
[6] Lihatย al-Mausuโah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah,ย 11/267)
[7] Lihatย al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra, 1/261
[8] Riwayat al-Nasaiโe (5148)
[9] Riwayat Ahmassssd (22249)
[10] Riwayat Ahmad (935)
[11] Riwayat Ahmad (19502)
[12] Lihatย Nail al-Autar, 2/98
[13] Riwayat Abu Daud (4232)
[14] Lihat Ma`alim al-Sunan, 4/215
[15] Riwayat Muslim (2089)
[16] Lihatย al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 14/65)
[17] Riwayat Muslim (2029)