#771: Lelaki Memakai Cincin Perak

-43%
Original price was: RM35.00.Current price is: RM20.00.
-25%

Inspirasi Kehidupan

Inilah Doaku

Original price was: RM20.00.Current price is: RM15.00.
-25%
Original price was: RM20.00.Current price is: RM15.00.
-29%
Original price was: RM70.00.Current price is: RM50.00.

Soalan

Assalamualaikum ustaz. Apa hukum lelaki memakai perak? Adakah boleh bagi seorang lelaki memakai cincin perak?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Perhiasan pada asalnya adalah diharuskan sekiranya tiada dalil yang mengharamkannya seperti berlebihan dan melampaui batas dan mendatangkan fitnah. Syeikh Sadiq Hassan al-Qinnauji menakalkan daripada Abu Sa’ud, menyebut, “Sesungguhnya setiap perhiasan itu diharuskan melainkan apabila didatangkan dengan dalil (melarangnya)”[1]

Firman Allah SWT:

يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ

Maksudnya: “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.”[2]

Syeikh al-Sa’di menyatakan di dalam tafsirnya, apa yang dimaksudkan ayat di atas adalah perintah menutup aurat ketika solat. Oleh itu, menutup aurat apa yang terdapat pada perhiasan di badan. Dan merangkumi apa yang terkandung di dalam ayat ini adalah memakai pakaian yang baik dan bersih, arahan menutup aurat dan penggunaan perhiasan untuk kecantikan.[3]

 

Hukum Lelaki Memakai Cincin Perak

Lelaki tidak dilarang memakai cincin perak kerana Nabi SAW pernah memakainya. Anas R.A berkata:

لَمَّا أَرَادَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَكْتُبَ إِلَى الرُّومِ، قِيلَ لَهُ: إِنَّهُمْ لاَ يَقْرَءُونَ كِتَابًا إِلَّا أَنْ يَكُونَ مَخْتُومًا، «فَاتَّخَذَ خَاتَمًا مِنْ فِضَّةٍ، وَكَأَنِّي أَنْظُرُ إِلَى بَيَاضِهِ فِي يَدِهِ، وَنَقَشَ فِيهِ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ»

Maksudnya: Ketika Nabi SAW hendak menulis surat kepada Rom, dikatakan kepada Baginda: “Sesungguhnya mereka tidak membaca surat melainkan terdapat padanya cap mohor.“ Lalu Baginda membuat cincin yang bercap mohor yang diperbuat daripada perak, seolah-olah aku masih melihat kilauan putih cincin itu di tangan Baginda. Baginda mengukir padanya kalimah Muhammad Rasulullah padanya. [4]

Ulama’ menyebut: Cincin perak adalah dibenarkan menurut sepakat ulama’, kerana ia datang daripada riwayat yang sahih bahawa Nabi SAW memiliki cincin perak dan para sahabatnya juga memakai cincin. Ini berbeza dengan emas, yang diharamkan dengan sepakat imam yang empat.[5]

Syeikh Zakariyya Al-Ansari menyebut bahawa diharuskan bagi seorang lelaki memakai cincin perak kerana mengikut (ittiba’) Rasulullah SAW, bahkan hukumnya adalah sunat, namun lelaki tidak boleh memakai gelang (al-siwar) dan tidak halal baginya, meskipun gelang tersebut diperbuat daripada perak. Hal ini kerana memakai gelang itu mempunyai unsur kewanitaan, dan ia tidak layak dan sesuai dengan sifat seorang lelaki.[6]

Wallahu a’lam.

[1] Lihat Fath al-Bayan fi Maqasid al-Quran, 4/335

[2] Surah al-A’raf: 31

[3] Lihat Taisir al-karim al-Rahman fi Tafsir kalam al-Mannan, 1/287

[4] Riwayat al-Bukhari (2938) dan Muslim (2092)

[5] Lihat Majmu’ Fatawa, 25/63-65

[6] Lihat Fatawa Hujjah al-Islam Abu Hamid al-Ghazali, hlm. 30; al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 4/444 dan Asna Al-Matalib, 1/379

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *