#5 Air Zamzam Tawaf Dijadikan Ubat

SOALAN

Apakah hukumnya jika kita bertawaf di Baitullah al-Haram sambil membawa beberapa botol air zamzam dengan niat untuk dijadikan ibu ubat bagi mengubati penyakit dan bagaimana pula dgn tawaf kita?

JAWAPAN

Antara sunat dalam tawaf (selepas tawaf) sebagaimana dinukilkan oleh Habib Hasan bin Ahmad bin Muhammad al-Kaff dalam al-Taqrirat al-Sadidah adalah meminum air zamzam sepuas-puasnya.[1]

Daripada Jabir bin Abdillah RA telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَاءُ زَمْزَمَ، لِمَا شُرِبَ لَهُ

Maksudnya: “Air zamzam bergantung pada sesiapa yang meminumnya.”[2]

Nabi SAW sendiri mengakui fadhilat air zamzam yang mengenyangkan dan ubat bagi penyakit sebagaimana sabdanya:

إِنَّهَا مُبَارَكَةٌ، وَهِيَ طَعَامُ طُعْمٍ، ‌وَشِفَاءُ ‌سُقْمٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya ia mengandungi keberkatan. Ia makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit.”[3]

Justeru, tidaklah perlu dibawa tawaf kerana dibimbangi tertumpah atas orang lain. Ia juga boleh menganggu konsentrasi untuk beribadah dan berzikir ketika tawaf. Wallahu a’lam.


[1] Al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masa’il al-Mufidah, m. 483

[2] Riwayat Ibn Majah, no. 3062

[3] Riwayat Abu Daud, no. 459

One thought on “#5 Air Zamzam Tawaf Dijadikan Ubat

  1. Bokhari Ahmad says:

    Dimana saya boleh dapat senarai nama ulamak terkenal zaman salaf dan nama kitab karangan mereka untuk di buat rujukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *