#6 Berwudhu’ dengan Air Banjir

-25%
Original price was: RM440.00.Current price is: RM330.00.
-30%
Original price was: RM10.00.Current price is: RM7.00.
-30%
Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%

Buku Fizikal

Dengan Nama Allah

Original price was: RM15.00.Current price is: RM10.50.
-30%

Buku Fizikal

Imam Mahdi

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%

Buku Fizikal

Yajuj dan Majuj

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%

Buku Fizikal

Hakikat Dajjal

Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-29%
Original price was: RM70.00.Current price is: RM50.00.

SOALAN

Sekiranya ketiadaan air bersih, adakah mangsa banjir boleh menggunakan air banjir untuk berwudhu’?

JAWAPAN

Seboleh-bolehnya carilah air mutlak untuk berwudhu’ namun jika tidak ditemui, boleh digunakan air banjir kerana ia adalah suci. Ini berdasarkan kenyataan Syeikh ‘Abdullah bin ‘Abd al-Rahman Bafadhal

وَلَا يضر تغير بمكث وتراب وطحلب وَمَا فِي مقره وممره

Maksudnya: “Tidak menjadi masalah perubahan air kerana tidak bergerak dalam waktu yang lama oleh kerana debu, lumut dan apa yang menetap dalam tempat menetapnya air dan tempat mengalirnya air.”[1]

Hal ini juga ada disebutkan oleh Dr. Muhammad al-Zuhaili:

“Sekiranya air berubah pada warna, bau, dan rasanya sama ada disebabkan oleh lamanya menetap, disebabkan debu tanah, lumut, tanah kibrit (sulfur), dan kesemua yang susah untuk dipelihara darinya, maka ia kekal suci lagi menyucikan. Adapun jika air tersebut telah digunakan untuk berwuduk, mandi, serta menghilangkan najis maka ia tidak lagi berada dalam keadaan suci lagi menyucikan.”[2]

Jika seseorang itu meyakini bahawa air banjirnya telah bercampur dengan banyaknya najis, maka tidak boleh digunakan untuk berwudhu’. Adapun jika ia hanya sangkaan ataupun keraguan, ia tidak menggugat kesucian air banjir untuk berwudhu’. Ini berdasarkan kaedah

اليَقِين لَا يُزَالُ بِالشَّكّ

Maksudnya: “Keyakinan tidak dihilangkan dengan syak (keraguan).”

Juster, penggunaan air banjir bagi tujuan berwudhu’ adalah dibolehkan syara’ sekiranya tidak ditemui bekalan air bersih dan mutlak.  Wallahu a’lam.

____________________

[1] Al-Muqaddimah al-Hadramiyyah, 21

[2] Al-Mu’tamad fi Fiqh al Syafie, 1/38

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *