Bab 1: Budak Kampung

Sarah menguis-nguis pasir dengan ibu jari kakinya yang mongel. “Bosanlah atuk. Dah dua minggu Sarah kat kampung ni. Abah dengan ibu sibuk je memanjang di KL.”, suara kecilnya mengeluh. Sesekali Sarah mengetuk-ngetuk lantai beranda rumah tiang dua belas yang kaya dengan motif ukiran kayu Terengganu.

“Atuk ada cerita best tak untuk Sarah? Penatlah hari-hari nenek suruh baca buku…”, Sarah menyeringai sambil memandang datuknya.

Tok Aki yang ketika itu sedang berehat di beranda rumah, membetulkan kain pelikatnya. Tergelak kecil beliau mendengar permintaan cucu tunggalnya itu. “Atuk ade cite best. Lagi best dari hok ade dalang Netflix tu. Tapi jom kite gi duduk di wakaf tu. Atah lambo ni panah ketik.” Pantas Tok Aki memimpin tangan cucunya dengan langkahan yang sederhana ke gazebo berhadapan rumahnya.

“Sarah nok atuk cite panjang ke pendek?”, tanya Tok Aki ringkas sambil mengusap kepala cucunya. “Hmm…atuk cerita panjang-panjang pun takpe. Sarah suka dengar atuk cerita.”, ujar Sarah ringkas.

“Atuk auu gok cite atuk ni best ke dop. Tapi doh Sarah suruh, atuk citelah. Kalu ngatuk mate, kabor ke atuk. Atuk kalu doh start cite ni, dok leh berenti doh…Haha.” Tok Aki berseloroh dan membetulkan silanya. “Sarah ok je atuk.”, angguk Sarah yang mula memberi tumpuan penuh kepada Tok Aki.

“Citenye mule gini…”. Tok Aki menarik nafasnya dan memulakan kisahnya.

**********

Pada penghujung tahun 1968, lahir seorang bayi lelaki di rumah datuknya, Ceh Abas bin Said dan neneknya, Wan Minah binti Noh di Pulau Rusa, Kuala Terengganu. Tangisannya membelah keheningan penghulu hari, hari Jumaat. “Allahuakbar, Allahuakbar…”, Ustaz Mad, si ayah mengazankan anak ketiganya dengan penuh kesyukuran. Ustaz Mad yang merupakan Guru Pelawat Agama di Chukai, Kemaman pulang seketika ke rumah mertuanya untuk menatap anak ketiganya yang baharu dilahirkan.

Keluarga kecil Ustaz Mad dan Hajah Ramlah bertambah dengan kehadiran cahaya mata ketiga yang masih belum diberi nama ini. Kelahiran bayi ketiga mereka ini agak ganjil kerana semasa dilahirkan, tubuhnya berbalut dengan tembuni berwarna keputih-putihan. Hal itu dimaklumkan oleh Hajah Ramlah kepada suaminya. “Anak kita hok ning memang lain dari lain…”, ujarnya.

Disebabkan pada ketika itu belum ada ketetapan bagi pendaftaran kelahiran yang lewat, Ustaz Mad mendaftarkan kelahiran anaknya pada 16 Januari 1969 dengan tempat kelahiran di Kampung Gong Pauh, Kemaman.

“Abang ingat, nok juppe qadhi. Nok mitok pandangang name-name hok mmolek untuk anok kite ning.”, kata Ustaz Mad kepada isterinya yang ketika itu sedang menidurkan si bayi. Abang dan kakaknya sedangnya berlari-lari di halaman. “Moleklah tu. Saye setuju blake ape-ape hok bagoh, insya-Allah.”, jawab Ustazah Ramlah ringkas.

Petang itu selepas Asar, Ustaz Mad menapak ke rumah qadhi yang berdekatan dengan rumahnya.

“Ambe ade hajat ni ustak. Alhamdulillah, anok ambe nombor tige baru lahir. Takdop name lagi. Hajatnye nok mitok cadangang name dari ustak.”, Ustaz Mad memulakan bicaranya di rumah qadhi daerah Kemaman.

“Haha…Anta sendiri pung bulih bagi name. Jauh derak mari rumah ana.”, katanya merendah diri. “Memang hajat ambe. Tupang barakah orang alim.”, Ustaz Mad membalas dengan senyuman.

Ana cadang name Zulkifli. Ambik semangat almarhum Prof. Dato’ Dr. Zulkifli Muhammad, bekah Timbalang Yang Dipertue Agung PAS. Mase tu PAS kalau anta ingat, Dr. Burhanuddin Al-Helmy hok pegang. Molek doh. Anta pung name Mohamad. Zulkifli bin Mohamad”. Air teh o yang panas, dicicip perlahan-lahan oleh qadhi.

Angin petang berhembus sepoi-sepoi bahasa. Kedua-duanya diam. Ustaz Mad menunduk dan kemudiannya mengangguk-angguk. “Zulkifli bin Mohamad bin Abu Bakar bin Ya’kub. Alhamdulillah. Molek sangat.”, bisik hati kecilnya.

**********

“TASS…!!!”, rotan dilibas ke lantai papan.

“Ehemm…Bace mmolek skek! Dok ssaboh mung bace hok tule. 10 kali doh aku ajar…!!!”, suara Haji Bakar memecah kesunyian pagi Sabtu di Kuala Terengganu. Mi, Yah, Zul dan Ayub masing-masing menjeling antara satu sama lain dan tertawa kecil melihat teman sepengajian mereka menikus ketakutan kerana dimarahi. Tok Aki mereka, Haji Bakar memang bekeng orangnya. Beliau pendiam tetapi sekali berdehem, sudah cukup menimbulkan rasa gerun. Rotan memang wajib di tangannya. Zul sendiri pernah dilibas dengan kain basah kerana berbual-bual dengan sahabatnya, Adi semasa kelas al-Qur’an.

Beranda tepi rumah Haji Bakar itulah tempat mereka belajar mengaji al-Qur’an sehingga khatam. Bacaannya al-Qur’annya laju, fasih. Beliau amat tegas ketika mengajar. Hasilnya, kesemua cucunya khatam al-Qur’an sejak sekolah rendah. Cucunya pula seronok belajar mengaji walaupun Tok Aki mereka bekeng kerana setiap hari cuma satu mukasurat. Tak lebih, tak kurang. Kalau giliran Tok Su, isteri Haji Bakar mengajar al-Qur’an, itulah satu kebahagiaan yang besar kerana Tok Su lembut orangnya. Tidak ada langsung murid yang akan dimarahi.

“Ayub. Kite tubik cepat-cepat pah habih bace Qur’an ning. Aku nok ajak anta gi cari ikang sekila. Mung bowok sekali botol-botol sos tomato hok ana bagi tu.”, bisik Zul kepada adiknya. Khairul Anuar atau lebih mesra dengan panggilan Ayub mengangguk laju.

Basikal pantas dicapai. Zul mengayuh laju dibonceng adiknya. Adik beradiknya yang lain terpinga-pinga melihat kedua-duanya bagai lipas kudung hilang dari pandangan.

“Adi! Mung cari hok mmolek skek untuk aku. Di rumoh aku ade lapang ekor doh.”, jerit Zul kepada jirannya yang juga teman sepermainannya, Adi. “Hohh..penat aku! Gohek jauh-jauh sapa sini, nok kene cari ikang sekila untuk mung pulok. Hok aku pung dok dapat lagi ni!”, dengus Adi sambil disambut derai tawa Zul dan adiknya. Tak berpuas hati dengan hasil tangkapan Adi di baruh, Zul sendiri turun di baruh dengan air separas dada itu.

“Eh, dop bahaye ke? Dalam ning!”, kata Adi kemudiannya menoleh kepada Zul di belakangnya. “Jalan je! Kite kene cari lagi ikang hok comey…”. Zul membalas pertanyaan sahabatnya dengan riak wajah yang serius. Tidak ada langsung rasa takut.

Ikan-ikan tersebut disimpan di bawah rumah Adi kerana Zul yakin, kalau ayahnya tahu, sudah pasti beliau akan dimarahi. Setiap pagi, Zul akan terhendap-hendap berjalan ke rumah Adi yang tidak jauh daripada rumahnya untuk melihat koleksi ikan skilanya.

Sampai di rumah, langit sudah mula senja. Ustaz Mad menjeling tajam Zul dan Khairul Anuar. “Dari mane ning…???”, tegur Ustaz Mad dengan tegas.

Zul menyiku adiknya. Adiknya membalas dengan menyiku kembali. Anta kabor lah kite dari balasoh.”, bisik Zul perlahan kepada adiknya. “Ish…tak mboh eh. Anta dop soh nawok. Dose.”, balas Khairul Anuar. “Gi mandi cepat. Lepah Ghorib bace buku.”, arah Ustaz Mad ringkas kepada anak-anaknya.

Sedang mereka mandi, Ustaz Mad turun ke bawah rumahnya dan melihat deretan botol kaca sos tomato yang terisi ikan sekila. Memang ada sebahagian ikan, belum “disembunyikan” lagi di rumah Adi. Beliau menggeleng kepala. Dicapainya baldi yang ada di tepi tempayan air dan semua botol berisi ikan itu dicurahkan ke dalam baldi. Khairul Anuar yang baru selesai mandi, memerhatikan dari celah rekahan lantai rumahnya. “Aduh…ayoh nak wak mende pulok ikang-ikang tu.”, getusnya.

Selepas solat Maghrib, Ustaz Mad menyuruh anak-anaknya membaca buku. Zul dan Khairul Anuar dipanggil ke ruang tamu. Riak wajah keduanya bagai ditoreh tak berdarah.

“Nah. Makang blake ikang sekila ni. Ayoh goreng.”, ujar Ustaz Mad sambil menghulurkan pinggan yang dipenuhi ikan sekila yang digoreng. Kelihatan seperti ikan bilis goreng. Tercengang Zul dan adiknya. Semenjak itu, hobi mengumpul ikan sekila perlahan-lahan dilupakan.

Banyak aktiviti Zul ketika di kampung. Setiap hutan banat diredah, merata parit diranduk dan segala batang pokok diragas. Ada masanya beliau dan kawan-kawan mandi di parit. Datang musim laga ayam, beliaulah juara. Sebut sahaja Hujung Tanduk, Taji Asal, Batang Kaki, apa jua jenis ayam laga adalah kepakarannya.

“Mung nok main ayang lage, kene panda cari hok mmolek. Ppale woh pinang, balung meroh nyale, leher tebal, dade kene bidang. Se lagi jari kaki kene panjang, haluh. Aku tengok ayang Pok Cheng, menang sokmo. Ppale ayang ye botok. Aku cabut jugop bulu-bulu atah pale ayang aku. Napok bekeng skek…”, Zul mengajar Adi dan kawan-kawan lain tentang kaedah memilih baka ayam laga yang baik.

Ayam laga kepunyaannya dimandikan setiap kali sebelum disabung di “bon”. Sehelai kain dibasahkan dan dilap ke seluruh badan ayam daripada kepala hingga ke kakinya. Bulu-bulu sayap, bahagian bawah sayap dan ekornya digosok hingga basah kuyup. Kerongkong ayam dijolok dengan bulu ayam supaya keluar lendir yang boleh mengganggu pernafasannya. Balung ayamnya dikilatkan sehingga merah menyala.

Khairul Anuar terkebil-kebil memerhatikan kemahiran abangnya mempersiap ayam laga yang akan disabung. Kadangkala menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Pernah menang? Sama sekali tidak kerana ayam Zul dan Adi cuma ayam kampung biasa. Tapi Zul tidak pernah berputus asa untuk mencari ayam baharu dan melatihnya  setiap kali ayam laganya kalah.

**********

“Sarah dok soh main lage ayang. Haram. Mase ni, Zul budok kecik lagi. Biaselah…dok tau starang halal haram. Nabi kabor doh:

نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ التَّحْرِيشِ بَيْنَ الْبَهَائِمِ

Rasulullah dok bagi lage natang.[1]

Imam al-Syaukani dalam kitab die ade syaroh hadith ni. Die kate:

وَوَجْهُ النَّهْيِ أَنَّهُ إيلَامٌ لِلْحَيَوَانَاتِ وَإِتْعَابٌ لَهَا بِدُونِ فَائِدَةٍ بَلْ مُجَرَّدُ عَبَثٍ

Sebabnye main lage ning bagi natang sakit. Dok rok mmepeh. Tak dop pekdoh, sie-sie.[2]

Panjang Tok Aki menghuraikan fiqh pengharaman laga ayam yang menjadi kebiasaan di sebelah Pantai Timur sekitar 70-an.

********************

“Zul. Petang ning ikut ayoh. Kite gi beli baju skoloh baru.”, pesan Ustaz Mad kepada anaknya. Zul mengangguk laju. Bukan selalu boleh berjalan-jalan ke Kuala Terengganu. Beliau sudah memikirkan perancangannya di Kuala Terengganu. Bukan untuk memilih baju baharu tetapi ada perkara yang mungkin tidak dipersetujui ayahnya. Apapun, perancangan kena rapi!

Sejurus selepas Ustaz Mad memberhentikan keretanya, Zul bergegas turun daripada kereta dan berlari. Ustaz Mad hanya menuruti dan memerhatikan gelagat anaknya. Zul menuju ke sebuah kedai buku berdekatan. Tersengih-sengih sendirian di rak buku dan mencapai sebuah buku.

Ustaz Mad menjeling buku di tangan anaknya dan bertanya. “Buku mende tu? Berapa riyal?”

“Buku komik. 30 sen je ayoh…hehe”. Zul tersenyum-senyum tanpa rasa bersalah.

Pulang ke rumah, Zul tidak lekang dengan buku komiknya sepanjang masa. Dipanggil ke meja makan pun tidak datang. Ustaz Mad pergi ke bilik anaknya dan bertanya, “Zul tak mboh makang ke?”.

“Sedak ning ayoh…sedak ning…”. Itu sahaja jawapan Zul yang kemudiannya menyambung pembacaannya. “Bersungguh budok ning kalu bbace buku…”, getus Ustaz Mad di hatinya yang kehairanan.

_____________________

[1] Hadis Riwayat Imam Abu Daud (2562) dalam Sunan-nya

[2] Lihat Nail al-Autar (8/99)

94 thoughts on “Bab 1: Budak Kampung

  1. Rafidah Alias says:

    Assalamualaikum ustaz…arwah ayah sy pon mengajar ank2 kampung mengaji…sgt garang…tp mmg mengajar banya satu mukasurat sehari…ayah asal acheh…arwah datuk pon mengajar mengaji muqaddam dan alquran..wlupon garang alhamdulillah cepat dpt…alhamdulillah ank2 nya usia kanak2 lagi dh khatam alquran…9 org adik beradik sy…kini.mmsy pula ajar ank2 mengaji alhamdulillah khatam diusia 10 thn…anak bongsu sy 4 thn sekarang dlm iqra’4..alhamdulillah…semoga alquran lekat dihati kita semua…inshaallah….

  2. Nadiah says:

    Alhamdulillah… Saya faham loghat Ganu.. Kenangan masa kecil tak dapat dijual beli Dato. Tak sabar menunggu yang seterusnya

  3. Abdul Hakim Bin Khairuddin says:

    Alhamdulillah, sedap baca. Baca seolah-olah terus tergambar susasan ketika itu. Hebat. Admin, kirim salam DS Dr Zulkifli. Dari anak murid dia.

  4. Afiqah Latip says:

    Alhamdulillah..saya dah selesai baca bab 1..terbayang suasana kampung tu…best sangat baca cerita Ustaz Zulkifli…boleh la ustaz upload bab seterusnya? terima kasih ustaz….

    • Ummi nadiah binti zamani says:

      Alhamdulillah, suke dengang plot crite ning.. Boleh bayang dulu dulu adik mandi sunga, balik mok tanye mung mandi sunga ke? Nyer jawab dokkk.. Mok Kate bakpe teh rambuk my kerah cokeng.. Bahang bilo atah blakang ngan wayar paip.. ???

  5. Badrol Dzulkifli says:

    Assalamualaikum,cerita Dato uztaz ni menarik..tpi kmi org perak xbrapa nk faham sngat loghatnya..Sy org perak tak pndai kechek ganung ustaz?

  6. Siti Alawiah bt Mansor says:

    Alhamdulillah…
    Sngat menarik penceritaan dri datuk..dpt imagine zaman kanak2 dlu juga sarat dgn pengajaran juga hukum2 dlm islam..
    Mga datuk trus istikomah menulis buku2 begini..

  7. Nor Hanis Hafizza BT Abu says:

    Saya orang Johor ..seronok saya membaca ikut slang Gonu…terima kasih Dr atas penulisan ini…saya akan terus ikuti ..

  8. Md Ikhwan bin Jawahir says:

    Tahniah Dato moga buku sejarah kehidupan Dato menjadi pedoman kepada ibubapa bagaimana mendidik anak dengan baik dan selari dengan pendidikan Islam .

  9. Siti Khalijah binti Yusof says:

    Assalamualaikum datuk.. semoga sihat-sihat dan dilindungi Allah SWT… saya suka cerita datuk.. ingat saya masa kecik dulu.. saya pun cari ikan laga ikut kawan Gan budak lelaki ?.. saya anak tunggal.. saya tinggal masa tu Gan tokwan.. ibubapa saya berpisah..

  10. Amiza says:

    Kenangan waktu zaman kanak-kanak. Memang seronok bila mengimbau kembali, zaman yang tidak akan dapat diputar balik. Zaman anak-anak bebas bermain diluar rumah , berbasikal, main dalam longkang ..seronoknya bila diingat balik. Allahuakhbar.. memori semua tu ustaz ?

  11. Habibullah bin Che Nok says:

    ماشالله تبارك الله عليك
    Moga Allah panjangkan umur Dr dalam kesihatan yang baik dijauhkan dari fitnah dunia dan akhirat. Saya selalu teringat Dr pernah memberi taklimat pada kami anggota KAGAT di ILMI ATM, banyak ilmu yang saya pelajari dari penulisan Dr, Terima kasih banyak Dr Jazakumullahu Khairan Kathira.

  12. amalina says:

    Alhamdulillah. Tahniah Datuk Dr Zul. Bila baca bertambah ilmu. Tapi hok sedak agi baca, bahagian cakak tranung. Saya nok tera vi orang laki saya baca, nok tengok beliau pahang dok. Beliau orang perok?

  13. KAMAL BIN ABDULLAH says:

    Begitu asyik mengikuti permulaan memoir Datuk… Amat dekat benar dgn dunia, zaman, saya, budak2 dulu…

  14. Rohana bt Shamsudin says:

    Jalan cerita ysng menarik, pengalaman masa kecil datuk yang sangat berharga. Digarap dalam bahasa yang mudah difahami, ada sikit2 perkataan bahasa Terengganu yang tak dapat difahami sebab saya orang Kedah?..
    Tetapi keseluruhannya.. Boleh faham..
    Kami menanti coretan seterusnya.. ???

  15. Siti Khadijah bt Shaari says:

    Sambung lagi Ust Zul weh.. Sedak bace cerita zaman kita2 ni… Saya blaja lek nung gok.. Kt Taman Islang kemamang.. Pahtu g Pondok Pasir Tumboh..

  16. Nurul Atiekah binti Kamaruzaman says:

    terbaik dato’, terima kasih. Sebuah perkongsian yg sangat menarik buat diri saya ini, Sungguh dengan prolog dato’ ini serba sedikit saya tahu ttg dato’ semasa kecil.

  17. Saidah says:

    Salam Ustaz..seronok saya baca???. Cuma jika ada maksud perkataan Trengganu yang boleh diberi maksud dalam Bahasa Melayu lebih baik untuk saya faham. Contoh balasoh tu apa maksud nya..? Terimakasih.

  18. Rumaina Hadjiri says:

    Alhamdulillah. Tahniah Datuk! Seronok membaca sambil membayangkan suasana kampung. Cerita yang ringkas tapi menghiburkan. Sudah lama tidak membaca cerita sebegini. Sy sampai mampu membayangkan setiap ‘detail’ yang dihuraikan penulis. Saya akan menantikan sambungannya, inshaAllah.

  19. FNHMohamad says:

    Salam, ustaz. Seronok saya baca kisah kanak-kanak, ustaz. Teringat zaman saya kanak-kanak dulu. Jika ada buku yang menyusul sinambungan daripada kisah ini, insyaAllah saya pasti beli. Cuma cadangan saya jika dialog loghat terengganu tu jika selepasnya diletak dialog bahasa melayu standard lebih baik. Pembaca luar terengganu dapat lebih memahami.

  20. Mohd Abdul Rahim says:

    Alhamdulillah, menarik gaya penulisan dan penceritaan Datuk. Kita sebaya, jadi pengalaman waktu kecil Datuk tak banyak beza tapi kalah saya…
    Teruskan Datuk semoga dipermudahkan.

  21. anis farhan says:

    MasyaAllah..terbaik kisah yg amat mengimbau nostalgia..walaupun tak berapa faham,tapi sampai penceritaannya? Barakallah Dato’, tak sabar menanti yg seterusnya.

  22. Khaliza Mat Ghani says:

    mengusik jiwa sungguh kenangan Datuk Zul. Cerita ggining nk lebih kure ngng abg kakak saya pd zaman tu. Terbayang keseronokan mandi parit dan menangkap ikan sepila dlm parit. Itu makanan kami adik beradik jg. Membaca cerita datuk seakan akn mengimbau kenangan kami semasa kecik ibarat hidup didepan mata kenangan itu. Indah sangat dihati .

  23. Ummu At Thohirah says:

    Terasa dekat penulisan. MasyaAllah Dato’. Semoga penulisan Dato’ menjadi saham akhirat yang berpanjangan. InsyaAllah

  24. Nurul Huda @ibu umar says:

    Assalamualaikum Dato’. Kenangan menggamit memori. Seronok teringat masa kecik dengan kawan2. Semoga urusan dakwah Dato’ dipermudahkan dan dikurniakan kesihatan yang baik kpd Dato’.

  25. Shamsuri Mat Isa says:

    Sedak bace crite Datuk. Ambe orang Perak tapi nikoh orang Kemamang. Sebab suke dang cinte Tganu, ambe beli rumoh di Binjai. Penceng nati, ambe nok duk situ. Lening dok KL. Datuk suke gi surau ambe. Di Taman Melati. Ambe bilal sini. Siap buku Datuk nati jangang lupe kabo.

  26. Najihah says:

    Ya Allah ?. Nakal jugak Dr Zul dan Ustaz Khairul kecil2 dulu. Dekat betul penulisanya di hati . Semoga urusan penerbitan dipermudahkannn.

  27. Rozita Murad says:

    Alhamdulillah..terima kasih Datuk Zul.Saya suka baca.. dalam penceritaan ada teladan.Tak sabar nak baca sambungannya.

  28. Nouriey says:

    Assalamualaikum Dato’..smoga sihat2 selalu..sronok bca crta Dato’ ni..xsabaq tnggu yg full.wlpun sy xbrapa phm loghat trangganu?

  29. Sarah Ikhsan says:

    Best ngat baca loghat Tranung. Rindu ke kampung kat Hiliran banyok tahun doh x balik. Saye lahir di Klate tapi ma saye orang Tranung. Saya name Sarah gok hehe.

    Datuk sangat² baik. Saye akang kenang sapa bile² kebaikan Datuk pade arwoh suami saye. Terime kasih jugok sentiasa mendoakang arwoh suami saye.

    Teruskang bagi inspirasi untuk anok² mude kite Datuk. Semoge Allah sentiasa merahmati Datuk sekeluarge. Aamiin Ya Allah Ya Mujib ??

  30. Sharifah says:

    Assalāmu’alaikum wrb, Saya bukan org Terengganu tapi saya boleh agak dan faham apa yg Dato sampaikan. Seronok dan asyik saya membaca cerita Dato… kisah silam yg santai tapi ada pengajaran dan mesej yg nak disampaikan.
    Alhamdulillah..Tahniah,Dato! Jazakumullahukhairan di atas perkongsian cerita dan berbagai ilmu yg Dato kongsikan di alam maya dan dari webpage Pejabat Mufti Wilayah.
    Semoga Allah SWT merahmati Dato sekeluarga dan kurniakan ilham yg mencurah2 untuk terus menulis.

    Salam hormat dari Austria.

  31. FARISHA says:

    Nak baca lagi. ralit baca citer Dato Dr Zul. Baca siap ada pengajaran ayat quran lagi. Nak episod seterusnya. Saya akan menunggu sambungan kisahnya.

  32. Hafizah Bakri says:

    Assalamualaikum ustaz..saya nak cadangkan letak “subtitle” kat sebelah bahasa terengganu yg ustaz guna tu🤭🤭☺️☺️…tak semua org faham..hehe..

  33. Eda Taufiq says:

    Allahuakhbar.. teringat pulop zamang ngaji quran kt rumoh Ustaz saya dulu .. kena teking ustak, rase nok kecing😅 .. tapi Alhamdulillah kerana ustaz (Allahyarham – أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ) saya “mengenal” dan bole baca quran dgn baik.

  34. M Juhaimi Isa says:

    Suke kite bace cerpen betol ni ustaz. Mengimbau kenangan zaman kecik2 dulu. Teruhkang nulleh ustak. Ambe follow rapak. IAllah bermanfaat. Dalam cerita ada nasihat.

    Mi Bukit Payong

  35. Ima mohamad says:

    اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
    Terbaik ustaz..dop sabor nok tggu buku ni kuo..bca crite ustaz sapa sengih sorg sy..teringat zaman nakal bdk2 dlu..dulu xdop tefon, tab semua tu..tv kt rumoh pun xdop..jauh beza zmn lening..mok sy pun ajor org kg ngaji..tp igt dlu2 rumoh xdop letrik..guna pelita je ngaji mlm2..masok pin guma dapur kayu ork ustaz..kalu kira sy ni jauh muda dri ustaz..tp dan merasa pengalaman kecik2 mcm uztaz..beza nye org puan ni x la lasak mcm org laki..tp dang la merasa cri ikang sekila..mandi kubang..pnjat pokok..mndi sungai..blik rumoh mmg get ready billo atah lakang kena rotan ngan arwah ayoh..prangai buas mcm laki..besor duk asrama bru nampok lembut mcm org puan mula..
    Moga ustaz dberi kesihatan oleh Allah s.w.t.
    آمِيــْـــنُ … يَا رَبِّ الْعَالَمِيــْــنَ

    ima , kuala berang

  36. Rohani ibrahim says:

    Cerita dato sedikit sebanyak telah mengimbau perjalanan kehidupan saya suatu ketika dahulu..indahnya zaman kecil tersebut

  37. Mohd Zulkifli bin Abdullah says:

    best sungguh ustaz…boleh bayang secara real…suasana kg ustaz sbb kg ustaz sebeloh kg saya (durian burung).Pengalaman hidup sebagai budak kg mendewasakan dan mematangkan kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *