Category Archives: Solat

#34 Solat Memakai Stoking Nipis

SOALAN Salam, adakah jahitan pada stokin wanita yang menampakkan sedikit warna kulit dikira tidak sah untuk dibawa solat dan tawaf? Saya cuba menggunakan dua lapis stokin tapi masih kelihatan sedikit samar-samar warna kulit. JAWAPAN Antara syarat-syarat sah solat ialah menutup aurat. Di sisi mazhab Syafie, aurat bagi lelaki ialah bahagian tubuh antara pusat dan lutut, […]

#27 Qadha’ Solat atau Solat Sunat

SOALAN Bolehkah saya menunaikan solat sunat dalam keadaan saya masih ada solat fardhu yang belum diqadha’? JAWAPAN Telah ijma’ ulama’ bahawa mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja, wajib mengqadha’ solat tersebut.[1] Di sisi mazhab Syafie, Imam al-Nawawi memperincikan masalah ini seperti berikut: Sekiranya seseorang meninggalkan solat kerana uzur syari’e seperti tertidur atau lupa yang tidak […]

#25 Mualaf Tidak Mahir Surah al-Fatihah Dalam Solat

SOALAN Bagaimanakah seorang mualaf hendak melakukan solat dalam keadaan dia masih tidak menghafal Surah al-Fatihah? JAWAPAN Apabila seorang bukan Muslim sudah memasuki agama Islam, wajib ke atasnya mempelajari tatacara solat dan menunaikannya sekadar kemampuannya sebagai seorang yang baru mempelajari Islam. Pada asalnya, dua bacaan yang wajib dibaca dalam solat adalah Surah al-Fatihah, tasyahhud dan selawat […]

#22 Imam Seorang Perokok

SOALAN Imam kampung saya perokok. Bolehkah saya solat di belakangnya? Sah ke? Atau lebih baik saya solat seorang diri? JAWAPAN Berdasarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia bagi kali ke-37 pada 23 Mac 1995, Muzakarah telah memutuskan merokok itu adalah haram mengikut pandangan Islam. Antara kriteria imam adalah seperti yang disebutkan […]

#20 Makhraj Huruf Surah al-Fatihah

SOALAN Apakah sah solat jika membaca “ولا الضالين” dengan ditebalkan bunyinya mirip ظ di dalam surah al-Fatihah? JAWAPAN Saya cenderung kepada tidak sah solat seseorang yang menukar sebutan huruf di dalam bacaan jika ia dilakukan dalam keadaan sengaja dan begitu juga tidak boleh berimamkan seseorang yang membaca al-Quran seperti ini melainkan dia tidak mampu lagi untuk […]

#19 Sengaja Hadir Lewat Solat Jumaat

SOALAN Apakah hukum sengaja hadir lewat ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat? JAWAPAN Firman Allah SWT: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّـهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka […]

#16 Beralih Tempat Solat Sunat Rawatib

SOALAN Adakah perlu beralih tempat daripada tempat solat fardu untuk melakukan solat sunat rawatib? JAWAPAN Sunat hukumnya mengubah tempat solat sunat rawatib agar berbeza dengan tempat solat fardhu. Hal ini berdasarkan pesanan Muawiyah radhiyallahu ‘anhu kepada al-Sa’ib Ibn Yazid: إِذَا صَلَّيْتَ الْجُمُعَةَ، فَلَا تَصِلْهَا بِصَلَاةٍ حَتَّى تَكَلَّمَ أَوْ تَخْرُجَ، فَإِنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ […]

#15 Solat dengan Memakai Singlet / Tidak Berbaju

SOALAN Bolehkah lelaki solat dengan memakai singlet? JAWAPAN Solat dengan memakai singlet, atau memakai baju yang mendedahkan kedua-dua bahu, atau tidak berbaju, hukumnya adalah makruh namun sah solatnya. Rasulullah SAW bersabda لاَ يُصَلِّي أَحَدُكُمْ فِي الثَّوْبِ الْوَاحِدِ لَيْسَ عَلَى عَاتِقَيْهِ مِنْهُ شَىْءٌ Maksudnya: “Janganlah salah seorang dari kamu solat dengan pakaian yang satu, yang mana […]

#4 Jama’ Taqdim antara Solat Jumaat dan Solat ‘Asar

SOALAN Bolehkah jama’ taqdim antara solat Jumaat dengan solat Asar? JAWAPAN Keharusan untuk menjamakkan solat dirumuskan berdasarkan beberapa hadis Nabi. Antaranya sebagaimana yang diriwayatkan daripada Mu’az bin Jabal bahawa: جَمَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي غَزْوَةِ تَبُوكَ ‌بَيْنَ ‌الظُّهْرِ ‌وَالْعَصْرِ، وَبَيْنَ الْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ Maksudnya: “Rasulullah SW menjamakkan solat Zohor dan Asar, Maghrib dan […]